Wednesday, April 20, 2011

Bubur Cha Cha (Selera sayangku)



Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk kecil bubur cha cha kering - direbus
  • 1 mangkuk kecil keledek (potong dadu dan rebus)
  • 1 mangkuk kecil isi jagung
  • 1/4 mangkuk kecil sagu mata ikan
  • 2 mangkuk pati santan
  • Gula secukupnya
  • Air secukupnya
  • Daun pandan
Cara membuat:
  1. Mula-mula masukkan pati santan, air, gula, isi jagung dan daun pandan.
  2. Kemudian, masukkan pula bubur cha cha dan keledek. Kacau lagi.
  3. Selepas itu, masukkan sagu mata ikan dan kacau lagi.
  4. Setelah semua bahan masak, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Info:
Kanak-kanak yang berlebihan berat perlu mengurangkan pengambilan makanan bergula dan berlemak.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...