Monday, April 18, 2011

Jeli Nanas (selera sayangku)

Bahan-bahan:

  • 90gm serbuk adunan agar-agar Jeli A
  • 100ml jus atau perisa nanas
  • 300ml air
  • Kiub nanas dalam tin secukupnya - potong kecil
Cara membuatnya:
  1. Mula-mula, masukkan air dan jus nanas ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Kemudian, tuangkan serbuk adunan agar-agar Jeli-A perlahan-lahan ke dalam air yang telah mendidih. Kacau selama dua hingga tiga minit. Padamkan api.
  3. Selepas itu, tuang larutan agar-agar tadi ke dalam acuan.
  4. Masukkan pula kiub nanas ke dalam agar-agar.
  5. Sejukkan agar-agar di dalam peti sejuk sehingga keras.
  6. Setelah cukup keras, keluarkan agar-agar dari acuan dan hidangkan.
Info:
Kanak-kanak hiperaktif perlu dikawal pengambilan gula dan kabohidrat bagi mengelakkan rangsangan terhadap tahap hiperaktif mereka.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...