Friday, April 22, 2011

Sup Makaroni (Selera Sayangku)

Bahan-bahan:
  • 200gm makaroni (rebus empuk)
  • 1/4 biji lobak merah (potong bulat)
  • Sebiji kentang (potong dadu)
  • Sedikit bunga kubis dan brokoli
  • 200gm isi ayam
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
  • Minyak untuk menumis
  • Air dan garam secukupnya
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan lobak merah dan kentang. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan isi ayam. Apabila masak, masukkan brokoli, bunga kubis dan garam secukup rasa.
  5. Masak sehingga semua sayur-sayuran empuk, tapi jangan terlalu lama. Masuk makaroni dan kacau rata. Padam api dan sedia dihidangkan
Info:
Sup cair mengandungi kurang lemak dan lebih baik daripada yang berkrim.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...