Wednesday, May 04, 2011

Apa Itu CD?????

Apa itu Cloth Diaper?

  • Cloth diaper (lampin kain) (CD) merupakan kaedah alternatif penggunaan lampin yang ternyata selamat, mudah dan sangat praktikal. Yang pastinya , ia juga selamat untuk alam sekitar dimana ianya dapat mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (disposable diaper-DD) yang mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus. waa.. ayat cam pegawai alam sekitar almaklumlah..ex pekerja Alam Flora.....
  • Melalui penggunaan CD ini juga, kita dapat memberikan sumbangan kecil terhadap pemeliharaan alam sekitar. Bayangkan jika kita sanggup berubah hari ini kepada penggunaan CD, sekaligus kita dapat membantu pembuangan sisa DD yang macam nasi lemak bungkus tu setiap hari.
  • DD bukan sahaja membuatkan bayi terdedah kepada ammonia dan bakteria tambahan tetapi juga lebih berkemungkinan untuk mendatangkan ruam lampin.
  • Kita tidak tahu apakah kesan bahan kimia yang digunakan pada DD untuk jangka masa panjang. Yang kita tahu hanyalah DD mengandungi super absorbent polymers, petroleum based ingredients (seperti plastik) dan bahan-bahan kimia lain yang digunakan dalam industri pembuatan.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...