Wednesday, May 18, 2011

Bahaya Air Masak Pada Bayi bawah 6 Bulan





* Untuk bayi yang menyusu susibu sepenuhnya DAN JUGA yang menyusu formula...


Hye mommies….
Sedikit informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd kawan-kawanku sekelian…Mungkin masih ramai yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan :-


1. Merencatkan Tumbesaran
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*


2. Merencatkan Akal
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*


3. Mengancam Nyawa
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*


4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali. Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)

Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya” oleh Kumpulan Sokongan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur


Copy From : Harlinda Halim 
 

 

 

2 comments:

  1. info yg bagus ebby.... skrg org suh bg air masak byk2 kt baby sbb cuaca panas... nasib baik la family sy dh faham skrg... ms anas dulu, sy ikut je sbb xtahu... bila dh tahu terus educate diorg ckp xleh tp ssh nya la time tuh...

    ReplyDelete
  2. yup...mak2 kita ssh nak ikut cakap kita..bg mereka,pesal nak ikut cakap kita sedangkan mereka dlu y makan asam garam..hwaaaa...:'(
    macam bg baby makan x sempat umur 6M...huhu...paksa walau baby da geleng...huhu

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...