Sunday, May 22, 2011

CARA MUDAH & MURAH UNTUK CLOTH DIAPER BAYI BARU LAHIR (NEWBORN BABIES

Jika anda masih baru dalam dunia CD, mungkin anda merasakan CD itu mahal. Banyak CD yang jenamanya “established” dan telah lama di pasaran adalah jenama luar negara (Rujuk posting “Top 15 CD Brands” untuk mengenali jenama-jenama CD yang popular sekarang). Mungkin dilabel “mahal” kerana harga sekeping sahaja sudah mencecah RM60 ke atas (selalunya jenis Pocket Diapers). Saya setuju kita boleh dapatkan CD yang lebih murah harganya jika ianya bukan jenama antarabangsa atau yang kurang “dikenali” (besar kemungkinan ia Made in China, dll), tetapi saya sendiri belum berkesempatan untuk mencuba untuk menilai kualiti dan keberkesanannya. Namun begitu, saya tahu akan ibu-ibu yang cukup serasi menggunakan jenama-jenama ini, dan berpuas hati dengan pilihan mereka.


Tidak dinafikan juga ramai pengguna lebih cenderung untuk memilih CD jenis POCKET DIAPERS kerana ianya cukup popular dan dikenali. Namun begitu para pengunjung sekalian, eloklah saya memperkenalkan CD jenis PREFOLDS – sebagai salah satu jenis CD yang MURAH dan MUDAH untuk digunakan!


Cloth Diaper untuk Bayi Baru Lahir (Newborns)
Menggunakan CD ke atas bayi baru lahir memerlukan CD dalam kuantiti yang banyak dan juga agak melecehkan. Cloth Diapering pada peringkat awal ini juga mungkin agak sukar dan memerlukan kesabaran. Mengapa pula? (Rujuk juga posting “Berapa CDs yang Saya Perlu untuk Bayi Saya?” untuk pemahaman lebih mendalam):

  • Bayi baru lahir (newborns) sangat kerap membuang air kecil dan besar. Lampin perlu ditukar lebih kurang setiap 2 jam sekali, 12 kali sehari!
  • Ini bermakna, kita memerlukan stok 24-36 keping Cloth Diapers untuk newborn! (jika kita membasuh Cloth Diaper 2-3 hari sekali)
  •  Air besar newborn amat cair, sukar melekat pada lampin dan senang bocor di sisi dan belakang (masalah biasa jika menggunakan lampin pakai buang)
  • Newborn masih bersaiz kecil (terutama bahagian peha) dan mungkin tidak sesuai untuk dipakaikan “One Size” Cloth Diapers (kebocoran jika saiz CD tidak sesuai).
Mahu tahu cara paling murah dan senang untuk Cloth Diaper bayi baru lahir? MenggunakanPREFOLDS/FLATS (kain lampin)! Ianya adalah jenis CD yang paling versatil, menjimatkan dan sesuai untuk keperluan newborn:
  •  Sekeping Prefold diapers harganya RM8-12 setiap satu. Di mana nak beli Prefolds? Klik link ini untuk senarai kedai: Prefolds di Malaysia.
  • Harga Flat diapers (kain lampin biasa) juga amat murah dan senang didapati di mana-mana pasaraya.
  • refolds/Flats sesuai untuk pencucian yang kerap kerana ianya kain yang tahan lasak, dan ianya cepat kering.
  • Kombinasi lengkap yang boleh digunakan adalah Prefolds + Snappi + Diaper Cover. Sistem ini sesuai untuk mengelakkan kebocoran dan penggunaan kerap bagi bayi baru lahir.
  • Diaper Cover menjadikan penggunaan Prefolds sebagai kalis air, dan juga tidak perlu dibasuh setiap kali digunakan kerana ianya lapisan luar. Memadai jika kita ada 4-5 keping Diaper Cover untuk digunakan. Di mana nak beli Diaper Covers? Rujuk di sini.
  • Terpulang kepada bajet, sistem Prefolds+Diaper Cover kosnya hanya RM30-40. Ianya lebih murah jika menggunakan Flats (kain lampin).
  • Jika tidak mahu menggunakan Diaper Covers pun tidak mengapa, prefolds/flats boleh dipakaikan dengan Snappi sahaja. Cuma bersedia dengan alas kalis air jika berlaku sebarang kebocoran!
Siapa kata CD tidak berpatutan harganya? Sesiapa pun boleh menggunakan CDs, dantidak semestinya membiasakan diri dengan CD jenis Pocket Diapers sahaja. Saya setuju, ada juga CD jenis One Size Pocket Diapers yang berharga RM30-40 sekali dengan inserts, tetapi fikirkan semula: Tiada bezakah CD yang berharga RM30 ini dengan CD yang berharga lebih RM60? Kita juga perlu realistik, jangan hanya kerana “murah”, kita terlalu ghairah membeli. Fikirkan tentang kualiti juga!
*Untuk pengetahuan anda, kualiti Prefolds adalah sama dan standard. Harga Diaper Cover jenama Thirsties dan Bummis yang memang dikenali ramai dengan kualitinya pula berharga RM30-40 setiap satu. 

Ingati semula mengapa kita mahu menggunakan Cloth Diapers untuk anak kita: Untukmenjimatkan wang? Untuk kebaikan alam sekitar? Untuk keselesaan bayi? 




copy from : Cloth Diaper Malaysia! 

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...