Monday, May 23, 2011

Sabar : Bagaimana Seseorang Itu Penyabar & Lainnya Tidak

Bismillah,


Sebenarnya dah lama saya dengar tazkirah tentang SABAR ni. Waktu tu
saya terus tulis tajuk tapi tak draft langsung sebarang isi. So skang
masa nak menulis tentang tajuk ni ter blurr sekejap. Hehehehe...



OK lah, simple2 sahaja memandangkan saya pun bukanlah ustazah cuma
saya suka kepada perkara2 yang membawa kepada kebaikan. Itu fitrah
kan? Sejahat mana pun seseorang itu, dia tetap akan mencintai
kebaikan.



Lawan kepada SABAR adalah MARAH. Orang yang tidak sabar memang akan
selalu marah2. Kalau orang yang marah2 ni, kita dok sebelah dia pun
terasa panas sebab apa? Sebab marah itu datangnya dari api (syaitan).



Jadi kenapakah syaitan boleh ada dekat dengan kita?? Sebabnya kita
tidak menghalau syaitan itu.. Jadi bagaimanakah mau halau syaitan??
Pastilah pula dengan melakukan perkara yang berlawanan dengan kesukaan
syaitan.



Syaitan paling benci kalau kita menjadi hamba yang taat. Oleh itu
caranya adalah tidak lain dan tidak bukan kita kena menjadi hamba yang
taat untuk mencapai ketenangan jiwa kita sendiri. Jika kita melakukan
kemungkaran, kemaksiatan, ingkar dengan suruhan agama dan perkara2
sewaktu dengannya maka, jangan tanya orang kenapa kita cepat nak
baling selipar dengan periuk marah.



Jadi sekarang, tahulah kita bahawasanya kenapa seorang itu sabar dan
seorang itu tidak kan?? Ia adalah LOGIK sahaja. Cuma kita yang tidak
nilaikannya dengan baik. Tapi memang ada yang kita nampak orang yang
taat tapi tak juga sabar, jadi itu kenapa?? Itu adalah masalah hati
yang urusannya hanya dia dan ALLAH yang tahu. Barangkali dia tidak
melakukannya kerana kehambaan tetapi atas sebab2 yang lain.



Sebab tu kalau kita tengok orang yang mukanya tenang tu selalunya
adalah orang yang soleh dalam ibadahnya dan dia boleh mencapai tahap
sabar yang mengkagumkan. Semoga ALLAH perlihara hati kita semua. Sabar
itu indah bukan???

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...