My Mom & My Mother In Law |
22 tahun lalu aku dilahirkan ke dunia ni. Ma aku kata antara adik beradik aku.. saat kelahiran aku lah yg paling sempurna. Aku mula melihat dunia atas katil di wad bersalin Hospital USM, Kubang Kerian. Bersalin secara c-zer. Ekekek.. Ma aku kata dulu aku besar 3.89kg. Skang ni dah besar cam arwah nenek aku. Hehehe.. Ma memang seorang ibu yang periang dan amat mengasihi anak-anaknya. Ma.. engkaulah ibu ratu hatiku.
Selamat hari ibu ma…
2 tahun yang lalu aku dapat seorang ibu mertua. Hasil usaha aku memikat anak dia yang encem. Hehehe.. Muk memang seorang ibu yang tabah. Tabah membesarkan anak-anak dia. Bagi aku.. takkan terbalas jasa muk oleh anak-anak dan anak menantu dia. Mak pun suka bagi aku makan. Sedap2 masakan mak. Hehehe…
Selamat Hari Ibu Mak…
Hampir 2 tahun juga aku bergelar seorang ibu.. aku dah bergelar seorang ibu. Segala penat jerih payah menyabung nyawa terbalas dengan kelahiran puteri-puteri kami.. Nur Amina Aisya & Nur Amira Auliya. Lahirnya membawa keberkatan yang amat indah buat kami terutamanya suamiku. Tak terbayang kegembiraan di wajahnya. Linangan air mata kesyukuran menjadi saksi kurniaan yang tak terhingga buat kami. abang.. terima kasih kerana dirimu..aku jua telah menjadi seorang ibu. Tak terbalas segala pengorbanan dan keperitan yang telah ku lalui. Ebby dan anak2 akan sentiasa menyayangi mu sayang…
Semoga Aku Terus Tabah untuk menjadi seorang ibu y sempurna.....
Semoga Aku Terus Tabah untuk menjadi seorang ibu y sempurna.....
No comments:
Post a Comment