Saturday, May 07, 2011

Spageti Winnie The Pooh (Selera Sayangku)

picture from google
Bahan-bahan:
150gm spageti (rebus empuk)
50gm daging lembu cincang (beli siap je y da paket cam ramli ke saudi ke dll) / bebola daging
3 ulas bawang merah
10gm saleri (poong kecil)
10gm leek (potong kecil)
1 biji lobak merah (potong dadu) 
 5gm pes tomato
10gm tomato coulis
1 helai daun bay
3gm thyme
3gm keju parmesan
Sedikit minyak jagung untuk menumis

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang, saleri dan leek sehingga layur.
  2. Masukkan pes tomato dan tomato caulis. Kacau seketika.
  3. Masukkan daun bay dan thyme. Kacau sehingga masak.
  4. Hidang spageti bersama kuah dan tabur keju parmesan di atasnya.

Info:
Berikan anak anda makan pelbagai jenis makanan terutama buah-buahan dan sayur-sayuran. Memakan makanan yang berbeza kategorinya membolehkan anak anda mendapat bekalan nutrien yang diperlukan tubuh untuk tumbesarannya. 

 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

  1. menarik...n sedap....aku lama dah nk buat...tp xjd2...huhuhu....nti aku nk cuba buat la...hehe..ikut resepi mg...

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...