Tuesday, September 06, 2011

Fakta hubungan seks dalam perkahwinan

Fakta Hubungan Seks

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai seks dalam perkahwinan yang anda perlu tahu.

  
  • Seks dalam perkahwinan bukanlah aktiviti berdosa. Jadi, anda boleh lakukannya pada bila – bila masa yang anda mahu, asalkan tidak melanggar syariat. Lagipun, hubungan seks adalah di tuntut dalam perkahwinan. Oleh itu jangan mengabaikan tanggungjawab anda bergelar seorang suami atau isteri dalam memberikan nafkah batin kepada pasangan anda.
  • Aktiviti seks adalah tidak terhad. Anda boleh lakukan seks selagi anda termampu. Dengan ini juga, seks juga merupakan satu bentuk latihan atau ‘senaman’ bagi menyihatkan badan. Hal ini juga mempengaruhi perkembangan hormon dalam badan. Aktiviti hubungan seks juga dapat menyihatkan emosi dan minda.
  • Hubungan seks akan menyihatkan badan anda berdua. Sudah terbukti, hubungan seks boleh menyihatkan tubuh badan. Ia menyihatkan anda secara fizikal dan mental. Gerakan tubuh badan dan tindakan ghairah mewujudkan suasana sensai. Adalah penting juga ada menjaga kesihatan dan sentiasa bersukan untuk membantu anda mendapatkan hubungan seks yang mantap.

Keperluan Hubungan seks

  • Hubungan seks adalah keghairahan cinta. Orang-orang lama menanamkan rasa cinta pada pasangannya untuk mendapatkan hubungan seks yang hebat. 
  • eks adalah aktiviti wajib untuk di lakukan jika ada pasangan yang inginkannya. Jika suami inginkan seks, isteri perlu beri. Begitulah sebaliknya. Tuntutan hubungan seks pasangan anda perlu dilayan dengan sebaiknya dan penuh dengan perhatian. Jika terhalang oleh sesuatu sebagai contoh kedatangan haid, lakukan dengan cara lain dengan belaian. Terdapat juga pasangan yang gemar melakukan oral seks untuk mengatasi keterbatasan ini.
  • Seks adalah hubungan cinta. Manusia tidak boleh bercinta tanpa ada hubungan seks antaranya. Hubungan seks adalah kemuncak pada percintaan. Semakin anda mencintai seseorang, semakin ingin untuk anda menidurinya. Ekspresi diri dan hati diluahkan melalui hubungan seks, tingkah laku dan respon ketika hubungan seks berlangsung mengambarkan ekspresi diri pasangan anda terhadap anda. Jika dia merasa puas atau sebaliknya, itu menampakan mood dan perasaan hatinya kepada anda ketika itu.
  • Seks adalah hubungan sepanjang hidup. Seks tidak terhad pada umur dan anda boleh lakukannya selagi bernafsu. Pasangan hidup yang bahagia dan ceria sepanjang hidup mereka dalah mereka yang sering menjaga dengan konsisten keharmonian hubungan seks walaupun usia sudah lanjut.
  • Seks adalah aktiviti yang menyeronokkan di mana suami isteri tidak perlu malu untuk membincangkannya. Luahan mudah dikeluarkan dari lidah pasangan kerana tiada apa yang hendak dirahsiakan berbeza dengan orang lain disekeliling anda. Oleh itu, gunakan ruang untuk berbincang dan bertukar pendapat. Luahan biasanya mudah didengar ketika pasangan selesai melakukan seks.
  • Anda boleh lihat pasangan anda berbogel dan begitu juga sebaliknya. Anda tahu rahsia pasangan anda walau sekecil tahi lalat yang tersembunyi. Hal ini juga bermaksud rahsia hidup anda berdua perlulah dijaga, tiada siapa yang boleh melihatnya selain anda berdua. Hubungan seks perlu dijaga kerana ia adalah lambang maruah pasangan suami isteri.
  • Seks adalah aktiviti yang akan memuaskan psikologi dan emosi suami isteri. Melalui seks, hubungan suami isteri akan lebih rapat. Anda juga akan gembira. Kegembiraan adalah santapan bagi hidup semua manusia. Oleh itu pastikan hubungan seks anda membawa kebahagiaan dan kegembiraan. Lakukan dengan hati yang gembira dengan sayang menyayangi.
Fakta di atas adalah faedah yang anda bakal dapat apabila melakukan hubungan seks selepas berkahwin. Anda perlulah ingat bahawa melakukan hubungan seks bukan semata-mata untuk memuaskan nafsu, tetapi sebenarnya lebih dari itu.




Copy From : SINI

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...