Tuesday, February 07, 2012

3 tahun sudah usia perkahwinan ku...07.02.2012



Selamat hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke 3, Abbi.

Menjadi seorang isteri kepada abbi, buat ammi merasa bertuah. Bertuah kerana Allah memberi peluang kepada seorang wanita yang tiada apa2 untuk disayangi oleh seorang lelaki. Tempat utk bermanja, tempat utk menangis, tempat utk mengadu segala sesak di dada, tempat untuk menumpang kasih dan sayang seorang lelaki. Kita menangis, ketawa dan kongsi segala-galanya.

Tiada ucapan yang indah kerana ammi tidak pandai bermadah berbunga. Hanya doa mengiring setiap langkah abbi. Hanya minta Allah pelihara kesihatan, tubuh badan dan jiwa abbi. Hanya minta Allah pelihara keharmonian rumahtangga dan keluarga kita sehingga tertutup mata.

muachhxx ♥♥♥

I ♥ U ketat2....:)




No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...