Tuesday, March 08, 2011

08-03-2011....Hari Wanita y ke 100 Tahun




Hari ini 8 Mac 2011 merupakan Hari Wanita Sedunia
tp apa yang menariknya hari ni kita kaum wanita menyambut
Hari Wanita Sedunia yang ke - 100 tahun...


Tema bagi tahun ni adalah


"Kesamarataan peluang terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi : Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita"

'WANITA' telah di muliakan oleh Rasuluallah sebanyak 3 kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke-4 barulah kaum adam.

WANITA juga dimuliakan dengan kata-kata 'Syurga dibawah telapak kaki Ibu'.

Selain itu title syahid juga diberikan kepada Ibu yang meninggal ketika bersalin. Tanpa WANITA atau Ibu, siapaKAH kita atau siapaLAH k
ita?


Meh kita baca skit asal usul wujudnya sambutan Hari Wanita Sedunia nih...

Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.(sumber:Perutusan Wanita Sedunia)
baca lagi kat ebby ni yer...

Kejayaan yang dinikmati hari ini hasil dari kesungguhan, iltizam dan keinginan kita sebagai kaum wanita untuk mengecapi taraf dan cara hidup yang lebih baik, progresif dan berdaya saing. Kita berasa lebih bangga kerana kejayaan negara turut disumbangkan oleh kebolehan, kesungguhan dan potensi kaum wanita.
Jika sebelum merdeka, kaum wanita turut berjuang untuk memerdekakan negara, sebagai kesinambungannya, selepas merdeka,kaum wanita mengorak langkah untuk sama-sama mengisi kemerdekaan dengan menyumbang dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial dan politik. Sekitar tahun 60-an dan 70-an, wanita rata-rata menjadi suri rumah tangga, kini wanita semakin ramai melibatkan diri di alam kerjaya.
Tidak dinafikan, wanita pada hari ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum lelaki.

Namun, ingat yer semua kaum wanita, walau setinggi mana jua pencapaian seseorang wanita itu, tanggungjawab asas dan hakiki wanita sebagai seorang ibu dan isteri tidak harus diketepikan. Kewujudan sebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang tentunya akan menyempurnakan definisi kebahagiaan seseorang wanita.

"Selamat Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita di luar sana....."



No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...