|
gambar hiasan |
Bangun pagi merupakan satu rutin yang menyihatkan dan penuh dengan keberkatan. Di antara waktu-waktu istimewa yang diciptakan Allah SWT untuk Muslim adalah saat Subuh. Di dalamnya terkandung banyak keberkatan. Begitu mulianya waktu Subuh, Rasulullah SAW pernah berdoa. “Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.” (HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).
Ada kata-kata mengatakan bahawa kalau tak bangun pagi, rezeki ni susah nak masuk. Sebahagian masyarakat tidak mengambil berat makna yang terkandung pada kata-kata tersebut. Betul ke bangun lewat rezeki x masuk? Adakah ada hubungan antara bangun pagi dengan rezeki???. Memang secara logiknya tak ada, tetapi perkara tersebut bermaksud bahawa jika kita bangun di pagi hari dan melakukan sesuatu pekerjaan atau kegiatan kita akan mendapatkan lebih banyak dari apa yang kita kerjakan dari siang hari. Di pagi hari ni udara masih segar, matahari belum panas lagi akan membuatkan perkerjaan di pagi hari menjadi bersemangat.
Menurut Ahmadie Thaha (1983: 141) faedah bangun pagi, antaranya :
|
Pada waktu subuh, gas ozon (O3) memenuhi sebahagian besar udara kita. Jumlah gas itu semakin berkumpul dengan munculnya matahari. Kita akan merasakan nikmat apabila menghirup udara pagi, kerana udara pagi ni mengandungi jumlah ozon yang banyak. Gas ozon sangat berguna bagi organ saraf, membuatkan kita semangat bekerja, fikiran tidak bercelaru dan anggota tubuh menjadi cergas. Tak ada waktu yang sesuai untuk kita dapat menikmati udara yang nyaman selain waktu pagi. |
|
Sinar matahari pagi, mengandungi warna merah dan warna ungu memberikan pengaruh tersendiri bagi semangat kerja urat saraf, sedangkan sinar ultra violet amat bermanfaat bagi kulit di dalam proses penghasilan vitamin D. |
|
angun pagi juga dapat mengurangkan waktu tidur. Orang yang tidur lama dalam satu waktu, akan menghidapi penyakit hati, khususnya penyakit atherosclerosis, sesak nafas.
|
|
Pada waktu pagi, jumlah kortozon yang terdapat dalam darah mencapai puncaknya, sekitar 7-22 mikrogram/100 ml plasma. Sedangkan pada siang hari hanya kurang dari 7 mikrogram/100 plasma. Kortozon merupakan zat yang menguatkan proses metabolisme. |
Orang yang bangun pada waktu pagi, akan dapat menerajui kerjanya. Mereka akan mengerjakan perkerjaannya dengan fikiran yang segar, jiwa yang tenang dan tenaga yang kuat....Oleh itu, mulai esok, jom kita semua bangun pagi...kalau x bangun jugak, nasib la...hehe...
No comments:
Post a Comment