Showing posts with label 44 Menu Pilihan 9 Bulan 10 Hari. Show all posts
Showing posts with label 44 Menu Pilihan 9 Bulan 10 Hari. Show all posts

Friday, November 02, 2012

Nasi Goreng -~DAGING MERAH~



BAHAN-BAHAN :

  • 80gm nasi putih
  • 10gm cili kisar
  • 10gm daging (hiris)
  • 40gm kobis putih (potong)
  • 40gm lobak merah (potong halus)
  • 3gm sos tomato
  • 3gm sos cili
  • 2gm sos tiram
  • 2 ulas bawang putih  (ketuk)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 biji telur
  • Minyak secukupnya
  • Garam secukupnya
CARA MEMBUAT :
  1. Nasi goreng : Panaskan sedikit minyak untuk menumis bawang sehingga wangi.
  2. Masuk cili kisar & tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masuk kubis, lobak merah, telur & garam secukup rasa. Gaul rata.
  4. Masuk nasi putih & goreng hingga masak.
  5. Daging merah : Panaskan minyak & masuk daging.
  6. Masuk sos cili, sos tomato, sos tiram & serai. Gaul sebati & masak hingga daging lembut.
  7. Makan bersama nasi goreng tadi.

"Daging sebagai salah 1 sumber protein amat diperlukan dengan tempoh kehamilan dari trimester pertama hinggalah dipenghujung trimester kehamilan. Semakin meningkat tempoh kehamilan semakin bnyak protein diperlukan oleh tubuh."

Thursday, November 01, 2012

Rendang HATI LEMBU



BAHAN-BAHAN :

  • 200gm hati lembu [potong kiub]
  • 10gm biji ketumbar [sangai & kisar]
  • 10gm jintan manis [sangai & kisar]
  • 10gm jintan putih [sangai & kisar]
  • 20gm serai [dititik]
  • 10gm halia
  • 20gm bawang putih [kisar]
  • 10gm bawang merah [kisar]
  • 10gm kunyit hidup
  • 100ml air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • Garam & gula secukupnya
CARA MEMBUAT :
  1. Panaskan minyak untuk menumis bahan kisar & serai hingga harum.
  2. Masuk hati lembu & gaul rata.
  3. Tambah garam, gula & air asam jawa secukup rasa.
  4. Akhir sekali, masuk biji ketumbar, jintan manis & jintan putih. Diratakan.
  5. Biar seketika. Sedia disajikan.

"Hati lembu mengandungi sumber zat besi tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Tanpa zat besi yang cukup, tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah. Keadaan ini boleh menjejaskan fungsi organ & tisu tubuh akibat kekurangan oksigen."

Wednesday, October 31, 2012

Kari DAGING



Bahan-bahan :
  • 3kg daging batang pinang
    {potong kiub}
  • 1 liter santan
  • 6 biji ubi kentang
    {belah 4}
  • 5 biji bawang merah
    {hiris}
  • 4 ulas bawang putih
  • {hiris}
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 paket rempah kari daging
  • 3 sudu makan cili boh
  • Kerisik secukupnya
  • Sedikit air stok
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam & gula secukup rasa

Bahan tumis :
  • 3sm halia {hiris}
  • 3 biji bawang merah {hiris}
  • 2 ulas bawang putih {hiris}
Cara membuat :
  1. Panaskan minyak untuk menumis bahan tumis, kulit kayu manis, bunga lawang & daun kari sehingga naik bau.
  2. Kemudian masuk bahan kisar, cili boh, rempah kari & air secukupnya.
  3. Kacau rata & masuk ubi kentang. Biar hingga empuk & pecah minyak.
  4. Masuk air stok & daging. Setelah empuk, masuk pula santan & perasakan.
  5. Akhir sekali, masuk kerisik & gaul sebati. Sedia dihidang.

"Daging sumber protein kepada tubuh. Ibu hamil perlu ambil lebih kurang 80gm protein daripada sumber protein termasuklah daging."

Tuesday, October 30, 2012

Kailan TUMIS

Gambar google

Bahan-bahan :
  • 500gm kailan
  • 200gm ikan bilis
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara membuat :
  1. Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih hingga berbau.
  2. Masuk sayur kailan & sedikit air. Kacau rata.
  3. Masuk ikan bilis & biar seketika.
  4. Perasakan dengan sedikit garam & biar hingga masak.


"Ikan bilis merupakan pembekal zat besi yang baik untuk fungsi darah & kesihatan tubuh, Kailan pula merupakan sayuran antioksidan yang amat penting untuk tubuh agar dapat melawan radikal bebas yang datang sekali gus melawan penyakit."

Monday, October 29, 2012

Ikan MASAK KICAP

Gambar google

Bahan-bahan :
  • 125ml kicap manis
  • 2 ekor ikan kembong
  • 70gm cili kering (kisar)
  • 30gm bawang merah(kisar)
  • 1/2 sudu teh garam(kisar)
  • 1/2 sudu teh gula(kisar)
  • Minyak secukupnya

Cara membuat :
  1. Campurkan kesemua bahan kisar bersama sedikit kicap & gaul rata.
  2. Masuk bahan tadi ke dalam ikan.
  3. Panaskan minyak & goreng ikan hingga masak.
  4. Letak dalam pinggan & tuang kicap manis di atasnya.
  5. Enak rasanya jika dihidang panas bersama nasi putih.


"Kandungan paling berkhasiat dalam kicap ialah kacang soya yang mempunyai banyak sumber protein. Protein di perlukan oleh tubuh badan untuk tenaga & perkembangan otak. Malahan protein sangat penting untuk perkembangan sel-sel baru bayi."

Sunday, October 28, 2012

Hati Emas BERSULAM MADU

gambar pinjam dari blog di atas:-)


Bahan-bahan :

  • 100gm hati ayam (diperap dengan garam & kunyit. Goreng hingga empuk)
  • 20gm sos tiram
  • 10gm kicap pekat
  • 10gm kicap cair
  • 10gm bawang merah (hiris)
  • 5gm bawang putih (hiris)
  • 2gm halia (hiris)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 3 sudu makan madu
  • Minyak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara membuat :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali untuk menumis bahan hiris hingga wangi.
  2. Masuk sos tiram & kacau rata.
  3. Masuk hati & kacau lagi hingga sebati.
  4. Masuk kicap pekat, kicap cair & lada hitam. Kacau seketika.
  5. Akhir sekali masuk madu & garam secukup rasa.



"Hati kaya dengan zat besi. Ia mengandungi pelbagai khasiat & mineral. Selain itu, ibu hamil amat memerlukan makanan seperti ini untuk membentuk hemoglobin bagi menghindari masalah anemia."

Saturday, October 27, 2012

Brokoli Tumis DENGAN CENDAWAN

Gambar google

Bahan-bahan :
  • 50gm brokoli
  • 10gm cendawan hitam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 ulas bawang putih
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara membuat :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masuk sos tiram. Kacau rata.
  3. Kemudian masuk sedikit bancuhan tepung jagung, sedikit air & garam secukup rasa. Kacau sebati & masak sehingga pekat.
  4. Masuk cendawan & brokoli ke dalam pinggan hidangan. Tuang kuah ke atasnya. Sedia dihidangkan.


"Cendawan hitam hendaklah direbus terlebih dahulu agar cepat lembut. Cendawan boleh mengurangkan kandungan gula & menambahkan insulin dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit & turut berperanan sebagai agen pertahanan badan dari penyakit barah."

Friday, October 26, 2012

Ayam PANGGANG

Gambar google 

Bahan-bahan :
  • 80gm ayam (bahagian ikut suka)
  • 5gm halia muda (tumbuk)
  • 3gm kunyit hidup (tumbuk)
Bahan air asam :
  • 1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
  • 2 biji bawang merah (hiris)
  • 2 keping asam gelugur (rendam dalam air panas selama 5 minit)
  • Air secukupnya
Cara membuat :
  1. Bersihkan ayam & gaul bersama bahan tumbuk. Perap seketika.
  2. Bakar di atas api kecil sehingga garing. Angkat & ketepikan.
  3. Untuk bahan cicah, masuk semua bahan air asam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  4. Hidang bersama ayam panggang tadi.


"Ayam sebagai sumber protien dikenali sebagai zat pembangunan. Namun, ibu hamil digalakkan mengambil protein kurang lemak. Tanpa protein yang mencukupi, anda sukar memperoleh kebaikan asid lemak yang baik untuk perkembangan otak janin."

Thursday, October 25, 2012

Asam Pedas IKAN PARI

Gambar google

Bahan-bahan:
  • 500gm ikan pari (potong)
  • 500ml air
  • 125ml air asam jawa
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 4 tangkai kacang bendi
  • 3 tangkai daum kesum
  • 5 biji cili merah (kisar)
  • 4 biji bawang merah (kisar)
  • 2sm kunyit hidup (kisar)
  • 1sm lengkuas (kisar)
  • 1sm halia (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu kecil belacan serbuk
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Cara membuat :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama belacan serbuk & pes cili kering hingga berbau harum.
  2. Kecilkan api & masuk ikan pari, bunga kantan & daun kesum. Kacau rata & masuk separuh air. Biar mereneh selama 5 minit.
  3. Masuk kacang bendi, baki air & air asam jawa. Besarkan api & perasakan. Biar ikan hingga masak.


"Protein pada ikan amat diperlukan oleh tubuh badan ibu hamil untuk memastikan perkembangan otak janin. Untuk pembentukan tulang bayi pula, sumbernya boleh diperoleh daripada minyak hati ikan, kuning telur & susu."

Wednesday, October 24, 2012

Menu Tengah Hari ~KEKAL TENAGA~

"Hidangan tengah hari wajib diambil oleh setiap orang. Malahan, makan tengah harilah yang paling 'besar' & 'berat' menunya. Nasi, lauk pauk & sayuran adalah menu wajib. Jika orang biasa amat memerlukan menu sebegini, apatah lagi bagi wanita hamil. Yang penting, setiap menu diambil harus berkhasiat."

Harus diingatkan, anda perlu meningkatkan pengambilan beberapa jenis nutrien agar kesihatan kedua-dua belah pihak terjamin. Nutrien seperti protien, kalsium, karbohidrat, vitamin C & zat besi antara yang penting untuk perkembangan anda & bayi. Semakin menghampiri trimester terakhir semakin banyak nutrien diperlukan.

Tuesday, October 23, 2012

Ubi Rebus KELAPA PARUT

Gambar google

Bahan-bahan :
  • 1kg ubi kayu
  • 1 1/2 liter air
  • 800gm gula
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Garam secukup rasa

Cara membuat :
  1. Masak air, gula & ubi kayu hingga empuk selama sejam dengan api sederhana.
  2. Setelah masak, buang air & masukkan ubi ke dalam pinggan.
  3. Hidangkan besama kelapa parut yang diletakkan dengan sedikit garam.

"Kandungan karbohidrat yang wujud dalam ubi amat diperlukan oleh tubuh sebagai sumber tenaga. Selain itu, ubi mengandungi pati, sukrosa & selulosa."

Monday, October 22, 2012

Thosai

Gambar google

Bahan-bahan :
  • 480gm beras
  • 240gm ulunthe (boleh didapati di kedai runcit)
  • 1 kepal nasi
  • 1 sudu teh ventheyem (boleh didapati di kedai runcit)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam secukup rasa
Cara membuat :
  1. Kisar ulunthe yang telah direndam sehingga hancur. Kemudian masukkan pula beras, ventheyem & nasi. Kisar hingga lembut
  2. Seterusnya masuk adunan ke dalam mangkuk & perasakan.
  3. Biar semalaman atau sekurang-kurangnya selama 6 jam.
  4. Apabila tepung tersebut menjadi masam, ambil 1 sudu & ratakan pada kuali yang telah dipanaskan dengan minyak. Buatkan bentuk bulat & masak dengan api perlahan.
  5. Sedia untuk dimakan bersama kari kacang dhal.


"Thosai yang dibuat daripada beras membantu ibu hamil mendapatkan tenaga. Ini kerana beras yang dijadikan nasi mengandungi sumber karbohidrat yang baik untuk kesihatan ibu. Amat sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi & dimakan bersama kari kacang dhal."

Sunday, October 21, 2012

Sandwic TUNA

Gambar google


BAHAN-BAHAN :
  • 2 keping roti sandwic
  • 200gm timun {hiris}
  • 1 biji tomato {hiris}
  • 2 sudu makan isi tuna
  • 1 sudu teh mayones
  • Garam & serbuk lada hitam secukupnya

CARA MEMBUAT :
  1. Campur isi ikan tuna & mayones.
  2. Masuk lada hitam & garam secukup rasa. Gaul rata hingga sebati.
  3. Sapu di atas roti sanwic. Letak bersama hirisan timun & tomato.
  4. Potong & hidang.

"Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 & Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega-3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan."

Saturday, October 20, 2012

Salad BUAH-BUAHAN

Gambar google

BAHAN-BAHAN :
  • 50ml yogurt rendah lemak
  • 30gm anggur {belah 2}
  • 30gm isi mangga {hiris kiub}
  • 30gm tembikai susu {hiris kiub}
  • 1/2 biji epal {potong kiub & rendam dalam air garam}

CARA MEMBUAT :
  1. Tos epal yang telah direndam dengan air garam & masuk ke dalam bekas.
  2. Kemudian masuk buah-buahan lain.
  3. Masuk yogurt & gaul rata.

"Buah-buahan sangat kaya dengan serat. Ini kerana, serat membantu menghantar makanan menerusi usus & mengeluarkannya dari badan di samping mengekalkan saluran penghadaman yang sihat. Ia penting untuk menangani masalah paras kolesterol yang tinggi & mencegah sesetengah jenis kanser."

Friday, October 19, 2012

Roti Telur BUAH-BUAHAN

Gambar google

Bahan-bahan :
  • 5 keping roti sandwic
  • 60gm bijirin
  • 2 biji telur {pukul}
  • 2 biji stawberi {hiris}
  • 1 biji kiwi {hiris}
  • 1 biji pisang {hiris}
  • Sedikit mentega melenser
Cara membuat :
  1. Celup roti ke dalam telur.
  2. Panaskan kuali kalis lekat dengan sedikit mentega.
  3. Letak roti di dalam kuali. Susun buah-buahan di atasnya.
  4. Tabur sedikit bijirin.
  5. Terbalikan roti & masak hingga perang keemasan.

"Ibu hamil perlu makan banyak buah & bijirin untuk memastikan perkembangan bayi. Bijirin sebagai hidangan yang kaya dengan khasiat serat bagi melancarkan sistem penghadaman tubuh badan."

Thursday, October 18, 2012

Nasi LEMAK

Gambar google


Bahan Nasi Lemak :
  • 1-2kg beras {basuh bersih}
  • 500ml santan
  • 1 sudu teh minyak masak
  • 1 helai daun pandan {simpul}
  • Garam secukup rasa
Bahan Sambal :
  • 100gm ikan bilis {digoreng}
  • 2 biji bawang merah {tumbuk}
  • 1 ulas bawang putih {tumbuk}
  • 3 sudu makan cili boh
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Belacan secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Garam & gula secukup rasa
Bahan Lain :
  • 1 sudu makan kacang tanah goreng
  • 1 sudu makan ikan bilis goreng
  • Hirisan timun
Cara Membuat :
  1. Nasi Lemak : Satukan kesemua bahan dalam periuk & tanak sehingga masak. Ketepikan.
  2. Sambal : Panaskan minyak untuk menumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masuk cili boh & belacan. Biar hingga pecah minyak.
  3. Masuk ikan bilis & air secukupnya. Didihkan.
  4. Masuk air asam jawa & perasakan.
  5. Hidang bersama nasi, sambal & bahan lain.

"Ikan bilis mempunyai lemak omega-3 & protien yang berfaedah kepada kanak-kanak & orang dewasa. Ikan ini lebih baik dari ikan besar kerana kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum & arsenik oleh sebab pencemaran alam."

Wednesday, October 17, 2012

Muffin Pisang & OAT

Gambar from google

BAHAN - BAHAN :
  • 250gm tepung gandum
  • 250gm gula kastor
  • 250gm mentega
  • 100gm oat
  • 5 biji telur
  • 2 biji pisang emas {dilenyek)
  • 1 sudu besar serbuk penaik

CARA MEMBUAT :
  1. Pukul gula & mentega sehingga kembang.
  2. Masuk telur satu per satu & kacau rata.
  3. Setelah itu, masuk tepung gandum & sebuk penaik sedikit demi sedikit. Kacau lagi.
  4. Masuk oat & pisang sambil dikacau sebati.
  5. Letak separuh sahaja bancuhan ke dalam bekas cawan muffin.
  6. Bakar pada suhu 160'C selama 30 minit.

"Oat sebagai bijirin penuh sangat berkhasiat dimakan di kala sarapan kerana kaya dengan serat bagi melancarkan sistem penghadaman tubuh badan. Pisang pula dikatakan mampu mengelak dari masalah 'morning sickness'."

Tuesday, October 16, 2012

Mihun SUP

Gambar from google

BAHAN - BAHAN :
  • 300gm mihun {basuh, celur & tos}
  • 1 liter air
  • 70gm lobak masin {hiris)
  • 50gm bebola ikan {rebus, tos & hiris}
  • 50gm kek ikan {celur}
  • 20gm isi ayam {celur}
  • 50gm sawi {celur}
  • 50gm tauge {celur}
  • 2 ketul ayam {celur}
  • 3 sudu makan rempah sup
  • 2 sudu makan bawang goreng
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 biji buah pala
  • 2 biji bawang merah {tumbuk}
  • 3 ulas bawang putih {tumbuk}
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 tangkai daun sup
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT :
  1. Panaskan sedikit minyak & tumis bawang putih, bawang merah,  buah pala, bunga lawang & serbuk lada putih.
  2. Masuk rempah sup & dikacau rata.
  3. Kemudian masuk air & ayam. Kacau rata & biar hingga mendidih.
  4. Masuk lobak masin & perasakan. Biar hingga kuah sup masak.
  5. Masuk mihun ke dalam mangkuk bersama bebola ikan, kek ayam, hirisan daging ayam & sayur-sayuran.
  6. Tuang kuan & makan bersama bawang goreng & daun sup.

"Ada ibu hamil yang terasa mual di pagi hari. Alternatifnya, cuba hidangan sup ini. Haruman hirisan daun sup & daun bawang pasti membantu membangkitkan selera. Bahan-bahan direneh untuk tujuan kesihatan."

Monday, October 15, 2012

Bingka UBI

Gambar from google

BAHAN-BAHAN :
  • 250ml santan kelapa
  • 500gm ubi kayu - parut
  • 250gm gula pasir
  • 200gm mentega - untuk lenser
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • sedikit bijan
CARA MEMBUAT :
  1. Tapis parutan ubi di atas kain kapas untuk membuang kanjinya supaya adunan tidak liat.
  2. Campur semua bahan ke dalam bekas besar. Gaul sebati.
  3. Lenser dulang dengan mentega. Kemudian tuang bancuhan ke dalamnya.
  4. Jika perlu, tabur bijan di atasnya sebelum di bakar.
  5. Bakar selam 20 - 30 minit dengan suhu 180'C. Keluarkan.
  6. Sedia dihidang.

"Makanan seperti ubi perlu diambil paling banyak oleh ibu hamil. Ini kerana, ubi merupakan sumber utama karbohidrat yang akan membekalkan tenaga di kala sarapan"

Sunday, October 14, 2012

Mulakan Hari DENGAN SARAPAN


"Sarapan merupakan satu kemestian. Pengambilannya akan membekalkan tenaga yang baru agar tubuh lebih cergas & bersemangat dalam aktiviti seharian. Jika anda tidak hamil sangat memerlukan sarapan, apatah lagi untuk ibu hamil yang lebih memerlukan makanan dikala sarapan agar badan terus kekal bertenaga."

Tahukah anda, apabila bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah? Ini kerana, kita 'berpuasa' semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat & seimbang akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.


Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...