Showing posts with label Apa Itu???. Show all posts
Showing posts with label Apa Itu???. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Apa Itu Salmon

Masyarakat hari ini telah mula sedar akan kepentingan Omega 3. Produk makanan di pasaran juga sudah banyak yg berasaskan zat ini. Kebayakan produk-produk makanan ini mampu dibeli dan amat mudah ditemui pengguna. Namun adakah anda tahu bahawa masih banyak khasiat Omega3 yg kurang anda sedari ! Teruskan membaca dan anda akan mendapati zat ini amat baik untuk kesihatan anda!
EPA & DHA
Omega 3 terdiri daripada asid lemak EPA (Eicosa pentaenoic acid) dan DHA (Docosa hexaenoic acid) .Kedua-dua bahan ini amat baik untuk kesihatan dan amat di perlukan oleh tubuh.Kajian yg dijalankan oleh pakar pemakanan menunjukkan ikan yang terdapat di sekitar Lautan Artik seperti tenggiri biru,ikan kod,salmon mengandungi kadar EPA dan DHA yg tinggi .

Tahukah anda akan kebaikan bahan-bahan ini?

EPA MENCEGAH
  • KANSER
  • PEMBEKUAN DARAH
  • PEMBEKUAN LEMAK DALAM DARAH
  • KADAR KOLESTEROL BERLEBIHAN
  • PENYAKIT JANTUNG
  • TEKANAN PERASAAN
  • TEKANAN DARAH TINGGI
TUGAS DHA
  • MENCEGAH RADANG SENDI
  • MENCEGAH ASMA
  • MENINGKATKAN DAYA SEKS
  • MENGELAKAN KANSER PAYUDARA,USUS,PANKREAS,DAN PROSTAT
  • MENCEGAH PENYAKIT KULIT
  • MENGELAKKAN MIGRAIN ,RASA KEBAS DI ANGGOTA BADAN SERTA KESEJUKKAN PADA KAKI DAN TANGAN
Sumber OMEGA3 ? 
  • Telur
  • Ikan salmon
  • Ikan Tuna 
  • Ikan sardin
  • Ikan bilis
  • Ikan makarel
Bagusnya! 
  1. Minyak Omega 3 kaya dengan lignan yg betindak untuk mengelakkan barah.
  2. Kaya dgn serat pemakanan untuk menyahtoksin,merangsangkan paras gula dalam darah ,menurunkan kolesterol.
  3. kaya dengan asid amino,vitamin dan zat galian terutamanya vitamin E yg melindungi jantung.
  4. Omega 3 juga kaya dengan vitamin B17 yang mampu mencegah jangkitan barah.
  5. Baik untuk orang dewasa yang mengalami masaalah bekaitan tulang.
  6. Omega3 mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.
  7. Omega 3 boleh mengurangkan kerosakan rawan (lutut)
  8. Membantu dalam mengurangkan serangan jantung dan baik untuk perkembangan otak.

 sumber : PuanbeeDOTcom

Saturday, May 07, 2011

Thyme???

Baca lebih lanjut di Kenali Herba Inggeris

Daun Bay???

daun kering

Fresh
sila rujuk di LAMAN-SERi : MeNCaRi KeReDHaaN-MU

Pes Tomato???

kalau nak cepat beli je y ready
Bahasa Inggeris: Roma Tomatoes
Nama Saintifik: Lycopersicon lycopersicum
Tomato Roma juga dikenali sebagai plum Itali, berbentuk bujur telur. Ia terdapat dalam warna merah atau kuning. Tomato Roma mempunyai kurang biji serta isinya penuh dan pejal. Ini bermakna ia senang dijadikan sos dan adalah sangat sesuai untuk ditinkan, dikeringkan, dan dijadikan pes tomato. Tomato Roma yang dihiris sesuai diletakkan di atas piza, kerana ia kekal bentuk dan tidak membuatkan piza lembik.

Tomato tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk, sebaliknya memadai dengan suhu bilik. Jika tomato disejukkan, ia akan mengurangkan rasanya sebanyak 30% kerana suhu sejuk menukarkan gula menjadi kanji. Selain itu, teksturnya yang pejal juga boleh bertukar menjadi lembik.

Reference:
http://www.recipetips.com/glossary-term/t--34070/roma-tomato.asp
http://www.cookthink.com/reference/820/What_is_a_Roma_tomato
http://en.wikipedia.org/wiki/File:TomateTrossRomanaTyp.jpg

Leek???

Allium ampeloprasum L

LEEK (Allium ampeloprasum L) adalah sejenis sayur daun dari keluarga bawang atau LILIACEAE yang ditanam di Malaysia terutama di kawasan tanah tinggi Cameroon Highland dan Kundasang. Tanaman ini tidak popular 20 tahun dulu dan diimpot tetapi kini telah banyak ditanam di negara kita. Tanaman ini dipercayai berasal ari kawasan Meditrenean dan sekitarnya sebelum disebarkan ke Eropah dan asia terutama Asia Tenggara seperti Indonesia. Kebanyakkan negara di Asia Tenggara masih mengekalkan nama "leek" kerana tanaman ini memang dibawa masuk dari luar negara.


Terdapat seluas 78 hektar tanaman leek pada tahun 2009 diusahakan di Malaysia dimana kebanyakannya untuk pasaran domestik. Malaysia juga mengimpot leek dari luar negara (Indonesia). Kawasan tanah tinggi di Jawa dan sumatra banyak menanam leek. Negera pengeluar utama leek didunia ialah Perancis, Jerman, Belgium dan Belanda dengan keluasan mencapai 25,000 hektar setahun. Leek digunakan bahagian daun iaitu bahan campuran untuk sayuran sup atau campuran makan salad (kadang2).


Pembacaan saya dari buku PROSEA on Vegatable mendapati nilai pemanakan setiap 100 g leek adalah air (90 g), Protin (2 g), Karbohiderat (5 g), Ca (60 mg), P (30 mg), Fe (1 mg), Vitamin C (0.03 mg) dan tenaga sebanyak 128 kJ. Tumbuhan Leek seperti bawang lain merupakan tumbuhan herba setinggi 40-60 cm dan merupakan 'vegetative' iaitu tiada bebawang atau mempunyai bebawang (bulb) sangat kecil. Akar jenis akar rambut dan daun leper berbentuk "V" dan berukuran 10-50 cm panjang x 0.27 cm garispusat. Bunga leek berbentuk 'campanulate' berwarna ungu atau putih, 4-6 mm panjang dan 2 ovule. Biji leek berukuran 2-4 mm garispusat berwarna hitam.


Kawasan sesuai untuk menanam leek bersuhu antara 20-25 celcius dan kalau di kawasan tropika melebihi ketinggian 1,000 meter. Tanah yang subur dan peroi dengan banyak baja organik diperlukan untuk pertumbuhan leek. Leek ditanam dengan bijibenih yang diimpot dari luar negara. Benih disemai dalam tapak semaian berbumbung selama 2-3 bulan sehingga berukuran 15-20 cm tinngi baru diubah kebatas tanaman. Jarak tanaman disyorkan adalah 15-25 cm x 15-25 cm diatas batas. Baja organik dan baja NPK diberikan dengan kadar disyorkan. Pastikan batas mempunyai sistem pengairan dan saliran yang sempurna. Akar mudah rosak dan pokok layu jika tenggelam dalam air.


Antara masaalah tanaman leek adalah serangan Kulat Ungu (Altenaria porri),Layu Fusarium (Fusarium spp) danKutu Thrips (Thrips tabaci). Kawalan dijalankan dengan menyembur racun kimia dan penggiliran tanaman. Pastikan memetik hasil selepas PHI dan sentiasa baca lebel. Leek akan matang dan sesuai untuk dituai dalam masa 120 - 150 hari. Penuaian di jalankan dengan mencabut menggunakan tangan dan dibuang bahagian akar serta daun yang cedera. Pengurusan pasca tuai perlu dibuat dengan baik kerana leek tahan disimpan selama 1-3 bulan dalam bikik sejuk 0 celcius. Kajian mndapati hasil tanaman leek di kawasan tropika seperti di Asia Tenggara cuma 5-15 mt sehektar berbanding dengan kawasan Eropah mencapai sebanyak 45 mt sehektar.


Tanaman leek di kawasan tropika merupakan satu cabaran kerana variety yang ada sesuai untuk kawasan eropah. Kajian biakbaka perlu diteruskan bagi mamajukan tanaman ini pada masa akan datang.



NAK TANAM LEEK....TAK TAHU CARA....
SESUAI DITANAM...TANAH TINGGI SAJA...
BENIH DIIMPOT ... DARI LUAR NEGARA...
TAHU TEKNOLOGI... PUN TAK APA....

Sunday, April 24, 2011

Saderi??

Ni saderi tau...
Kalau x tau.blh tengok cter Wonder Pets
kring...kring.... ada haiwan dalam bahaya.... ada haiwan dalam bahaya..... di sana... ************************** Lenny, Todd dan Minmin juga... wonderpets datang membantu... kami x besar dan kami tak kuat... bila bekerjasama, semua jadi mudah... yeayyy...Wonderpets... Yeay!!! ---bila wonderpets berjaya menyelamatkan anak haiwan,mereka akan berkata... "mari kita raikan dengan batang saderi.."

oregano??

Oregano Leaves
Oregano Dried

Nama Saintifik: Origanum vulgare
Bergantung kepada tempat ia ditanam, secara umumnya, rasa oregano lebih kuat di tempat yang lebih panas. Rasanya menarik dan tidak tenggelam bersama bahan. Ia sebati dengan bawang putih. Aromanya kuat, dan rasanya sedikit pahit. Kekuatan rasanya pelbagai, oregano yang berkualiti tinggi sangat berperisa hingga boleh mengebaskan lidah, tetapi melada di iklim sejuk selalunya kurang berperisa.
Walaupun oregano segar lebih kompleks dan menarik, herba ini lebih banyak digunakan secara kering. Oregano kering selalunya lebih berperisa dari yang segar. Rasanya yang berempah, disesuaikan dengan ketumbar, dan sering digandingkan dengan jintan putih.
Oregano banyak digunakan dalam masakan Itali dan Greek. Ia selalu digunakan dalam sos tomato, dengan sayur goreng, dan daging bakar. Bersama daun selaseh, ia penyumbang rasa unik dalam masakan Itali. Oregano sesuai dengan acar buah zaitun, melada, dan daun lovage. Ia boleh digunakan dengan makanan pedas. Oregano menambah perisa salad, dan juga ditambah dalam sos lemon-zaitun untuk dimakan bersama ikan dan daging bakar.

Keju??

Keju adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada dadih susu.
Jenis-jenis keju:

:: Keju Cheddar :: 
Keju keras yang diperbuat daripada susu lembu. Ia dibuat berbeza-beza antara keju lembut kepada lebih keras dan antara warna putih kepada warna jingga.
:: Keju Krim :: 
Juga dikenali sebagai keju pembuat kek, ia lebih popular digunakan untuk membuat inti pastri Danish dan juga membuat kek keju dan mousse. Ia menambahkan perisa dan rasa lemak hasil pembakaran.
:: Keju Mozzarella :: 
Keju elastik dan menganjal ini asalnya dibuat daripada susu kerbau. Tetapi sekarang kebanyakannya diperbuat daripada susu lembu. Ia digunakan untuk menambah tekstur, bukan rasa kepada makanan.
:: Keju Parmesan :: 
Keju keras lagi kering ini diperbuat daripada susu skim atau susu tanpa lemak. Ia mempunyai perisa yang agak nyata dan sering diparut dan digunakan untuk menambahkan perisa makanan.

Fettucine??

Ini Fettucine!!!


Spaghetti biasa kita makan tu, macam mee kuning , fettucine ni leper.

Zucchini??

Timun Jepun / Zucchini / cukini
zucchini adalah nama lebih umum di Amerika Utara, Australia, Jerman dan Italli
manakala cuniki pula di kenali di Ireland, Belanda, Portugal dan lain lain

zucchini sama dengan timun ia berwarna hijau dan kuning dan menghasilkan buah berbentuk botol

selain buahnya di gunakan dalam salad dan pelbagai masakan buahanya juga boleh di buat sup atau di goreng bersama tepung

zucchini adalah buah yang rendah kalori dan mempunyai vitamin A

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...