Showing posts with label Botok Dan Pepes. Show all posts
Showing posts with label Botok Dan Pepes. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Pepes Tauhu

PEPES TAHU Resep Pepes Tahu

BAHAN PEPES TAUHU :

  • 250g tauhu (kukus & haluskan)
  • 100g udang (tumbuk halus)
  • 5 biji belimbing buluh (potong)
  • 1 biji telur ayam
  • Daun pisang secukupnya
BAHAN BUMBU HALUS :
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji kemiri (serai)
  • 3 biji cabai merah
  • cabai kerawit secukupnya
  • Garamsecukupnya
  • Gula pasir secukupnya
CARA MEMBUAT:
  1. Campur tauhu, udang, telur, belimbing buluh & bumbu halus sehingga rata.
  2. Ambil sehelai daun pisang, isi dengan 3 sudu campuran tauhu.
  3. Gulung & bungkus menyerupai lontong, tapi kecil.
  4. Semat kedua hujungnya dengan lidi. Ulang sehingga adunan habis.
  5. Panaskan pengukus, kukus sehingga masak.
  6. angkat dan buang sematnya..Sedia dihidangkan

Pepes Ikan



BAHAN-BAHAN:

  • Ikan kakap putih - 1 ekor (ambil isinya)
  • Air limau nipis - 1 sudu makan
  • Garam - secukupnya
  • Gula pasir- 1/2 sudu teh
  • Serai _ 2 batang (ketuk)
  • Belimbing Buluh - 3 biji (hiris)
  • Kunyit- 10cm
  • Lengkuas - 3cm
  • Bawang merah - 6 biji (potong nipis)
  • Bawang Putih - 3 ulas (hiris nipis
  • Cabai merah - 3 biji
  • Cabai rawit - 7 biji
  • Daun Kemangi -25 helai
  • Tomato - 2 biji (potong)
  • Daun pisang secukupnya
CARA MEMBUAT :
  1. Lumur ikan siakap putih dengan daun limau nipis & garam. Biarkan selama 30 minit, agar hanyirnya hilang.
  2. Campur semua bahan lainnya, gaul sehingga rata.
  3. Ambil sehelai daun pisang, letakkan 1/2 bahagian campuran bahan-bahan di atasnya. Letakkan ikan siakap putih di atas bumbu. Tutup dengan sisa campuran bumbu.
  4. Gulung & padatkan, semat kedua ujungnya dengan lidi.
  5. Panaskan pengukus, kukus selama 10 minit.
  6. Panggang dalam oven bersuhu 200'C sehingga masak.
  7. Angkat dan bukak kedua2sematnya.
  8. Sajikan.

Botok Ares

BOTOK ARES Botok Ares
Botok Ares merupakan masakan kukus dibungkus daun berbentuk tum dengan bahan utamanya ares, iaitu bahagian dari dalam batang pisang.
Untuk rasanya, silakan cuba sendiri resepi botok ares untuk 8 bungkus:

BAHAN BOTOK ARES :
  • Ares 400gram (potong kasar)
  • Kelapa muda 200gram (parut)
  • Cabai rawit merah 15biji
  • Lengkuas 3cm (potong kasar)
  • Daun salam 3 helai (potong 2 setiap helai)
  • Daun pisang secukupnya
  • Air secukupnya
BUMBU HALUS :
  • Bawang merah - 7 biji
  • Bawang putih - 4 ulas
  • Cabai merah - 5 biji (buang bijinya)
  • Ketumbar sangrai - 1 sudu teh
  • Terasi bakar - 1 1/2 sudu teh
  • Asam jawa - 1/2 sudu teh
  • Garam secukupnya
CARA MEMBUAT :
  1. Rebus air sehingga mendidih, masukkan ares & sedikit garam. Masa hingga ares layu. Angkat & sejatkan.
  2. Perah ares sehingga airnya betul-betul kering. Asingkan.
  3. Campur ares dengan kelapa parut & bumbu halus. Gaul sehingga rata.
  4. Ambil selembar daun pisang ukuran 10x15cm. Masukkan 2-3 seduk adunan ares di atasnya.
  5. Panaskan pengukus, kukus botok hingga masak. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...