Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Cloth Pad (Cloth Pad)

1st CP
Over Night kiri & kanan
Slim Pad Y kat tengah2

Jiwa Go Go Green makin menjadi...bulan lepas sibuk smpaikan anak x sempat berCD...bulan ni kena pulun la...ya la kewangan keluarga B x semeriah keluarga org lain..huhuhu
CD2 aisya lak da x muat sebab aisya da bambam....so,ada la CD Sunny XL...pon x tau la lama mana aisya blh pakai..hurmmm..nak ajar porty...:)

ni koleksi mama x tau la bila nak pakai...duk kat C2 x berusik...
ye la...masih pakai DP kan...

rini bukan nak kongsi pasal cerita B ya...nk kongsi info pasal CP...ni info b dapatpada pemplet y dibekalkan bersama CP...hehehe...lama x update kan..so,rini ada keluangan baru la B update...

Soalan-soalan Kerap Mengenai Cloth Pad & Liner
Hampir semua pelanggan kami kerap kali bertanyakan soalan-soalan berikut. Sila lihat sekiranya anda ada soalan-soalan yang sama. Jika masih ada soalan, silalah hubungi kami dan kami akan cuba bantu anda!

BOLEHKAH CLOTH PAD BOCOR?
Sekiranya anda menggunakan produk yang sesuai dengan kuantiti darah haid anda, ia tidak akan bocor. Semua Snowdrop Cloth Pad mempunyai lapisan kalis air di bahagian bawah dan lapisan penyerap di bahagian tepi untuk mengelakkan kebocoran dari segala arah.

BERAPA KERAP HARUS SAYA TUKAR CLOTH PAD?
Pada hari-hari biasa, pad kami kebiasaanya boleh bertahan selama lebih kurang 3-5jam. Secara umumnya, tukar cloth pad sebagaimana kerap anda tukarkan disposible pad, kerana kuantiti darah haid bergantung kepada individu.

ADAKAH CLOTH PAD & LINER BERBAU SEMASA GUNA?
Tidak sama sekali! Produk kami mempunyai pengudaraan yang sangat baik dan tidak mengandungi bahan kimia tambahan yang boleh bertindak balas dengan darah haid, jadi tiada bau yang kurang menyenangkan dihasilkan. Darah haid secara sendirinya tidak berbau. Malah cecair kelamin y diserap oleh cloth liner pun tidak berbau.

ADAKAH CLOTH PAD & LINER SELESA UNTUK DIPAKAI?
Ya, ia sangat selesa hinggakan anda mungkin lupa langsung andai sedai memakainya. Bahan kain dalam cloth pad & liner kami dipilih dengan teliti untuk keselesaan maksimum.

ADAKAH IA TERASA BASAH ATAU LEMBAB SEMASA PAKAI?
Tidak, anda akan rasa kering semasa pakai. Cloth Pad & Liner kami direka khas untuk pengeringan yang pantas. Anda akan dapati cloth pad & liner kami terasa kering dalam masa beberapa minit sahaja selepas menyerap cecair.

APABILA MEMAKAI DISPOSIBLE PAD, SAYA MENGALAMI KEGATALAN, RUAM & KEMELECETAN. ADAKAH MASALAH YANG SAMA BERLAKU DENGAN CLOTH PAD & LINER?
Tidak, cloth pad & liner kami dibuat daripada 100% kapas semulajadi tanpa tambahan barang kimia, tidak seperti disposible pad yang mempunyai bahagian plastik & bahan kimia penyerap. Pad kami lemah lembut terhadap kulit anda dan tidak mengakibatkan ruam, sakit kulit gatalan atau sakit kemaluan.

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGHILANGKAN KESAN DARAH & MEMBASUH CLOTH PAD & LINER?
Pembersihan sebenarnya tidaklah sesukar yang anda mungkin fikirkan. Secara umumnya, lebih awal anda bersihkan pad selepas pakai, lebih sukar untuk darah menjadi kering dan meninggalkan kesan yang kekal. Oleh itu, kami menasihatkan agar basuh pad sebaik sahaja selesai guna; sekurang-kurangnya rendamkan pad ke dalam air yang ditambah garam atau detergen jika anda ingin basuh kemudian. Jangan gunakan air panas untuk membasuh pad kerana air panas akan mengekalkan kesan darah pada pad anda. Juga elakkan dari menggunakan berus untuk menghilangkan kesan darah kerana pad akan menjadi rosak.
Untuk langkah pertama, bilaskan pad dengan air untung membuang kesan darah, dan kemudian bilas lagi. Ulang sebanyak mana yang perlu. Anda boleh basuh dengan tangan atau mesin basuh (gunakan laundry bag bersama mesin basuh). Anda juga boleh jemurkan pad di bawahmatahari untuk memudarkan kesan darah, tetapi elakkan jemur sebegini terlalu kerap kerana warna boleh terpudar.

BUKANKAH DARAH HAID KOTOR?
Secara saintifiknya, darah haid adalah steril seperti darah yang keluar sekiranya anda terluka.
(Mengikut agama Islam, darah haid memang perlu dicuci walaupun menggunakan Disposible Pad. Bukankah cloth pad & liner lebih baik kerana selepas mencuci darah anda boleh pakai semula. Lebih menjimat, bukan?)

BERAPA TAHUNKAH BOLEH CLOTH PAD & LINER BERTAHAN?
Ketahanan cloth pad & liner bergantung kepada cara anda menjaganya. Secara puratanya, ramai wanita boleh menggunakan cloth pad & liner yang sama selama 3-5 tahun ataupun lebih.

ADAKAH CLOTH PAD & LINER AKAN KELIHATAN BARU SENTIASA?
Oleh kerana sifat semulajadi kain kapas flannel, cloth pad & liner anda barangkali tidak akan kelihatan baru selepas basuhan pertama atau basuhan yang berikutnya. Jadi walaupun sekiranya kain kelihatan sedikit pudar, anda tidak perlu risau kerana fungsi dan prestasi cloth pad & liner tidak terganggu...


ok...disini sedikit sebanyak B dapat kongsi kan bersama...
hope kawan2 diluar sana pon menuju ke arah mesra alam...

GO GO GO GREEN!!!

Sunday, May 22, 2011

CARA MUDAH & MURAH UNTUK CLOTH DIAPER BAYI BARU LAHIR (NEWBORN BABIES

Jika anda masih baru dalam dunia CD, mungkin anda merasakan CD itu mahal. Banyak CD yang jenamanya “established” dan telah lama di pasaran adalah jenama luar negara (Rujuk posting “Top 15 CD Brands” untuk mengenali jenama-jenama CD yang popular sekarang). Mungkin dilabel “mahal” kerana harga sekeping sahaja sudah mencecah RM60 ke atas (selalunya jenis Pocket Diapers). Saya setuju kita boleh dapatkan CD yang lebih murah harganya jika ianya bukan jenama antarabangsa atau yang kurang “dikenali” (besar kemungkinan ia Made in China, dll), tetapi saya sendiri belum berkesempatan untuk mencuba untuk menilai kualiti dan keberkesanannya. Namun begitu, saya tahu akan ibu-ibu yang cukup serasi menggunakan jenama-jenama ini, dan berpuas hati dengan pilihan mereka.


Tidak dinafikan juga ramai pengguna lebih cenderung untuk memilih CD jenis POCKET DIAPERS kerana ianya cukup popular dan dikenali. Namun begitu para pengunjung sekalian, eloklah saya memperkenalkan CD jenis PREFOLDS – sebagai salah satu jenis CD yang MURAH dan MUDAH untuk digunakan!


Cloth Diaper untuk Bayi Baru Lahir (Newborns)
Menggunakan CD ke atas bayi baru lahir memerlukan CD dalam kuantiti yang banyak dan juga agak melecehkan. Cloth Diapering pada peringkat awal ini juga mungkin agak sukar dan memerlukan kesabaran. Mengapa pula? (Rujuk juga posting “Berapa CDs yang Saya Perlu untuk Bayi Saya?” untuk pemahaman lebih mendalam):

  • Bayi baru lahir (newborns) sangat kerap membuang air kecil dan besar. Lampin perlu ditukar lebih kurang setiap 2 jam sekali, 12 kali sehari!
  • Ini bermakna, kita memerlukan stok 24-36 keping Cloth Diapers untuk newborn! (jika kita membasuh Cloth Diaper 2-3 hari sekali)
  •  Air besar newborn amat cair, sukar melekat pada lampin dan senang bocor di sisi dan belakang (masalah biasa jika menggunakan lampin pakai buang)
  • Newborn masih bersaiz kecil (terutama bahagian peha) dan mungkin tidak sesuai untuk dipakaikan “One Size” Cloth Diapers (kebocoran jika saiz CD tidak sesuai).
Mahu tahu cara paling murah dan senang untuk Cloth Diaper bayi baru lahir? MenggunakanPREFOLDS/FLATS (kain lampin)! Ianya adalah jenis CD yang paling versatil, menjimatkan dan sesuai untuk keperluan newborn:
  •  Sekeping Prefold diapers harganya RM8-12 setiap satu. Di mana nak beli Prefolds? Klik link ini untuk senarai kedai: Prefolds di Malaysia.
  • Harga Flat diapers (kain lampin biasa) juga amat murah dan senang didapati di mana-mana pasaraya.
  • refolds/Flats sesuai untuk pencucian yang kerap kerana ianya kain yang tahan lasak, dan ianya cepat kering.
  • Kombinasi lengkap yang boleh digunakan adalah Prefolds + Snappi + Diaper Cover. Sistem ini sesuai untuk mengelakkan kebocoran dan penggunaan kerap bagi bayi baru lahir.
  • Diaper Cover menjadikan penggunaan Prefolds sebagai kalis air, dan juga tidak perlu dibasuh setiap kali digunakan kerana ianya lapisan luar. Memadai jika kita ada 4-5 keping Diaper Cover untuk digunakan. Di mana nak beli Diaper Covers? Rujuk di sini.
  • Terpulang kepada bajet, sistem Prefolds+Diaper Cover kosnya hanya RM30-40. Ianya lebih murah jika menggunakan Flats (kain lampin).
  • Jika tidak mahu menggunakan Diaper Covers pun tidak mengapa, prefolds/flats boleh dipakaikan dengan Snappi sahaja. Cuma bersedia dengan alas kalis air jika berlaku sebarang kebocoran!
Siapa kata CD tidak berpatutan harganya? Sesiapa pun boleh menggunakan CDs, dantidak semestinya membiasakan diri dengan CD jenis Pocket Diapers sahaja. Saya setuju, ada juga CD jenis One Size Pocket Diapers yang berharga RM30-40 sekali dengan inserts, tetapi fikirkan semula: Tiada bezakah CD yang berharga RM30 ini dengan CD yang berharga lebih RM60? Kita juga perlu realistik, jangan hanya kerana “murah”, kita terlalu ghairah membeli. Fikirkan tentang kualiti juga!
*Untuk pengetahuan anda, kualiti Prefolds adalah sama dan standard. Harga Diaper Cover jenama Thirsties dan Bummis yang memang dikenali ramai dengan kualitinya pula berharga RM30-40 setiap satu. 

Ingati semula mengapa kita mahu menggunakan Cloth Diapers untuk anak kita: Untukmenjimatkan wang? Untuk kebaikan alam sekitar? Untuk keselesaan bayi? 




copy from : Cloth Diaper Malaysia! 

Cara² Penjagaan Cloth Diapers


Sebaik sahaja menerima CD :


1.  Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam tanpa sabun. Ianya adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan. Harus di ingat semakin banyak anda basuh, semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elakkan kebocoran. Jika anda baru gunakan CD, jgn panik jika adanya kebocoran...mungkin daya serapan tidak begitu baik lagi. Teruskan guna CD anda, Insya Allah bila dah byk kali basuh, prestasi CD anda akan bertambah baik.


2.  Selepas pemakaian CD, bilas CD dgn air yang byk. PooPoo blh di flush dalam toilet bowl...pancut dgn air yang deras...biasanya kesan kekuningan akan kelihatan atas CD...jgn risau...basuh macam biasa samada menggunakan tangan atau mesin basuh. Boleh juga rendam dulu CD yg kena PooPoo terlebih dahulu, kemudian basuh bersama² CD yang lain. Kesan kekuningan akan hilang jika anda jemur dibawah sinaran matahari.


3.  Basuh CD anda hanya menggunakan kuantiti sabun yang sedikit (1/4 daripada sukatan biasa). Lebih elok guna sabun jenis yang kurang buih, tidak mengandungi enzyme (pewangi atau pemutih). Kalau anda tidak tahu mana satu...guna je sabun Pureen Had.


4. Jika anda menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan washing net/laundry net. Net ni blh didapati di kebanyakan pasaraya seperti The Store...ada pelbagai saiz...pilih ikut kesesuaian.


5.  Jangan sesekali guna peluntur atau softener kerana ia boleh merosakkan CD dan mengurangkan daya serapan.


6. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.


7. Sekiranya anda sudah lama menggunakan CD dan insert nampak kekuningan, anda boleh la perahkan limau nipis pada insert yg basah dn tinggalkan sekejap sblm dibasuh. Ataupun anda blh juga campurkan sket soda bicarbonate semasa sesi basuhan kemudian blhla dibilas dgn air yg telah dicampurkan dgn sedikit cuka. AMARAN jgn sesekali buat camni kt CD kerana ia blh merosakkan CD bhgn luar yg berwarna-warni (PUL)...CD anda kemungkinan akan bocor.


8. Sebulan atau seminggu sekali atau bila CD dh hilang daya serapan, lakukan 'stripping' untuk untuk membersihkan CD dari kekotoran halus dan mendapan sabun yg terkumpul kt bhgn luar dn dlm 'microfleece' dgn sabun pencuci pinggan, contohnya "Sunlight', kemudian blh la dibilas dgn sebersih2nya supaya 'microfleece' dpt berfungsi dgn baik semula.

KENALI 6 JENIS MATERIAL & FABRIK CLOTH DIAPER

Tahukah anda dengan jenis-jenis material atau fabrik yang digunakan untuk CD?Bukan semua jenis CD itu sama. Jika anda tertanya-tanya mengapa ada jenis CD mahal harganya, dan ada pula yang murah, kita boleh menilai dengan mengetahui jenis material yang digunakan untuk menghasilkan CD tersebut.
Sebelum membeli sesuatu jenama atau jenis CD, tanyakan dan pastikan dahulu dengan penjual tentang material CD. Ini adalah penting kerana beraneka jenis material mungkin memerlukan cara penjagaan dan pembasuhan yang BERLAINAN. Sepatutnya juga, para penjual CD perlu memberi jawapan kepada soalan-soalan ini kepada pembeli:

  • Apakah material yang digunakan untuk CD (lapisan dalam/luar/material asas?)
  • Apakah material inserts yang digunakan?
  • Bagaimanakah cara untuk basuh pertama kali sebelum digunakan (prewash)?
  • Apakah teknik penjagaan/pembasuhan yang khusus untuk CD jenis ini?
Kita mungkin pernah dengar tentang microfiber, cotton, bamboo, fleece dan sebagainya semasa pencarian CD. Mari kita menjengah lebih mendalam mengenai jenis-jenis material dan fabrik yang lazim digunakan, bersama dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing:


1) PUL (POLYURETHANE LAMINATE)



  • Diperbuat dari kombinasi kapas, polyester atau kapas/ campuran poly. Bahan ini digunakan sebagai lapisan luar kalis air CD seperti untuk pocket diapers, AIO/AI2 dan juga diaper cover.
  • Kelebihan: “Breathable” (bukan seperti lapisan plastik yang tiada pengudaraan).
2) FLEECE/MICROFLEECE









  • Material sintetik ini (100% polyester) amat biasa digunakan sebagai lapisan dalam pocket diaper, AIO/AI2 dan diaper cover. Diaper liners juga ada diperbuat daripada fleece (untuk diletakkan di atas CD sebagai lapisan “stay dry” dan untuk menyenangkan pembuangan air besar bayi dari CD).
  • Fleece ada pelbagai kualiti. Kualiti paling bagus adalah “Polar Fleece”.
  • Kelebihan: Amat lembut untuk digunakan atas kulit bayi, berkebolehan untuk menarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai cloth diaper (wicking properties), “breathable”, senang dicuci, cepat kering, “stain-resistant”.
3) MICROFIBER



  • Material ini lazim digunakan sebagai inserts, dan ianya adalah kombinasi polyester dan polyamide (bahan sintetik). Fabrik ini seperti fabrik yang digunakan untuk membuat tuala mandi.
  • Kelebihan: Agak murah, senang didapati, mempunyai daya serapan yang bagus, berupaya menyerap cecair dari permukaan kulit dengan pantas berbanding material lain (wicking properties).
  • Kekurangan: Tidak boleh digunakan terus ke atas kulit bayi kerana akan menyebabkan masalah kekeringan (kerana ianya menyerap cecair dengan pantas), material sintetik ini tidak terbiodegradasi (non-biodegradable).
4) BAMBOO







  • Bahan diperbuat dari tanaman bamboo ini semakin popular untuk pembuatan CD. Ianya digunakan sebagai material asas CD seperti fitted diaper, lapisan dalam pocket diaper dan juga sebagai insert.
  • Kelebihan: Fabrik yang “breathable” (sejuk untuk pemakaian di cuaca panas), lembut, berupaya menyerap lebih cecair berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, bahan yang semulajadi,  mesra alam sekitar dan “sustainable” (bamboo tidak menggunakan pestisid, senang & cepat ditanam).
  • Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap (lebih 6 kali) sebelum digunakan untuk memastikan daya serap yang tinggi, sewaktu prewash juga tidak boleh dibasuh dengan fabrik lain, harga yang lebih mahal.
5) HEMP



  • Diperbuat daripada kayu tanaman hemp. Lazim digunakan sebagai bahan asas untuk fitted diaper, lapisan atas pocket diaper dan sebagai insert.
  • Kelebihan: Tahan lasak, berkebolehan untuk menjadi lebih lembut selepas penggunaan berterusan, daya serap yang lebih tinggi berbanding microfiber (lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam), bahan yang semulajadi (lebih environmental), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi, sesuai untuk pemakaian di cuaca sejuk ataupun panas.
  • Kekurangan: Memerlukan “prewash” yang lebih kerap untuk membuang “natural oils” yang ada di dalamnya, agak lambat untuk dikeringkan, lebih sukar didapati di Malaysia, harga yang jauh lebih mahal.
6) WOOL












  • Material semulajadi daripada kulit biri-biri ini amat sesuai sebagai bahan diaper covers atau soakers (shorties/longies). Bahan ini juga selalu digunakan untuk membuat baju sejuk (sweater).
  • Kelebihan: Fabrik yang amat “breathable” (sesuai untuk bayi semasa cuaca panas dan juga sejuk), boleh digunakan berulang kali tanpa dibasuh, lanolin dalam wool mempunyai “repelling properties” (boleh memansuhkan air dari kulit bayi dengan cekap).
  • Kekurangan: Memerlukan penjagaan yang khusus, perlu di-lanolize semula untuk mengembalikan daya serap dan “repelling properties”, agak sukar didapati di Malaysia (biasanya perlu dibeli dari luar negara), harga yang mahal.
Sekarang anda sudah lebih mahir tentang fabrik-fabrik cloth diaper bukan? Jangan lupa gunakan info-info ini semasa proses pembelian cloth diapers anda kelak!

Wednesday, May 18, 2011

CARA MELAKUKAN STRIPWASH CD

Setelah cd digunakan untuk tempoh tertentu kadang2 serapannya dah kurang power kerana beberapa faktor seperti:
- built up detergent 
- terguna detergen/sabun yang tak sesuai
-terguna peluntur
-cd asyik bocor


bahan2 yang diperlukan:
-air paip
-pencuci pinggan (sunlight etc)
-cuka (distilled vinegar)
-soda bikarbonat



cara2nya(katakan nak stripwash insert):
1. Masukkan insert2 yg nak distripwash dalam baldi yg berisi air suam (air paip + air panas)
2.ambil 1 insert dan letak sedikit sunlight dan gosok/gonyoh/ tenyeh/sental insert tu gently. Xperlu guna berus.
3. Ulang pada semua insert.
4.bilas dengan air bersih.
5. Untuk lebih puas hati, masuk semua insert yg dah dibilas dalam mesin basuh dan masukkan sedikit distilled vinegar Dah tak perlu masukkan sabun).basuh mcm biasa.
6. Dan saya ulang sekali lg basuhan dan letak sedikit soda. Then, sidai sampai kering.



Ini cara Nik MedaiStore.


Note ttg distilled vinegar: dulu saya guna cuka makan tp lepas dpt info dr Hanz ttg distilled vinegar, saya skrg guna distilled vinegar utk stripwash cd.

Ada juga di kalangan CDing mom yang tak guna cara ni tapi gunakan 100% SUNLIGHT (cahaya matahari) utk stripwash.

Tujuan guna cuka utk neutralkan tahap acidic pada insert.

Soda pulak bertujuan utk lembutkan dan putihkan insert. selain itu "balance pH, keeping things neither too acidic nor too alkaline, and it resists further changes in the pH balance. Add 1/2 to 1 cup to the wash cycle to neutralize and eliminate odors. Then rinse until there are no more" quote dari sini

Jika insert mcm dah keras2 sikit, blh rendam dalm air panas tp kejap je.jgn tinggal semalaman pulak.

Utk nak tahu insert perlu di striwash atau tidak blh wat ujian sendiri. Cuba curahkan air paip kat insert yg kering. Tgk kadar resapan.kalo agak2 dah kurang meresap, leh la buat stripwash tu. 

Begitu juga dengan inner, caranya sama jugak, tp jgn sesekali rendam cover ngn air panas. Rosak nanti.

Catatan ini mengikut pemahaman dan cara saya lakukan. Terpulang pada kehendak masing2..jika ada salah inform, sila bagitahu saya. Kita share sama2..

ini cara 
Nik MedaiStore, cara anda bagaimana?

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...