Showing posts with label Fiesta Biskut Kek. Show all posts
Showing posts with label Fiesta Biskut Kek. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Brownies Walnut (Selera Sayangku)

INFO : Jangan memberi anak minum air yang banyak sebelum & semasa makan kerana boleh mengganggu selera makannya.


BAHAN-BAHAN :
  • 3 1/4 Cawan tepung gandum
  • 80gm coklat masakan
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 200gm kacang walnut (panggang seketika)
CARA MEMBUAT :
  1. Pukul mentega, telur& gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila & pukul sehingga sebati.
  2. Sementara itu, cairkan coklat masakan mengikut kaedah double boil.
  3. Masukkan tepung,kacang walnut & coklat masakan cair ke dalam adunan yang dipukul sebati tadi. Lakukan secara berselang- seli & kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunak ke dalam bekas pembakar & bakar selama 30 minit pada suhu 200'C
  5. Tuang coklat masakan cair & tabur coklat urai di atasnya jika suka ketika menghidang.

Biskut Susu (Selera Sayangku)

INFO : Pastikan minuman berpasteur terutama susu di simpan di dalam peti ais untuk mengelakkan pembiakan bacteria



BAHAN-BAHAN :
  • 250g tepung jagung
  • 3/4 tin susu pekat manis (tin saiz kecil)
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Mentega secukupnya untuk menguli tepung
  • 2 pewarna makanan
CARA MEMBUAT :
  1. Gaul tepung & susu pekat sehingga sebati.
  2. Tambahkan mentega sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh menjadi doh
  3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
  4. Gandingkan setiap bahagian & bulat-bulatkan. Masukkan ke dalam mangkuk kertas.
  5. Bakar biskut pada suhu 180'C selama 15-20 minit atau sehingga masak
  6. Sedia dihidangkan.

Coklat Mousse (Selera Sayangku)

INFO :
KANAK-KANAK YANG TIDAK MENGAMBIL DARAPAN PAGI SUKAR MEMBERI FOKUS @ MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA PELAJARAN YANG DIAJAR OLEH GURU DI DALAM KELAS

BAHAN-BAHAN :
  • 125g coklat masakan
  • 4 biji telur (asingkan putih & kuningnya)
  • 50gm parutan coklat masakan putih sebagai hiasan
CARA MEMBUAT :
  1. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boil
  2. Biarkan sedikit sejuk & masukkan kuning telur yang telah dipukul. Gaul rata & ketepikan.
  3. Pukul putih telur sehingga kembang seperti kapas (meringue) & masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat cair tadi.
  4. Gaul rata & tuang ke dalam mangkuk @ bekas hidangan yang sesuai. Sejukkan di dalam peti ais selama 2 jam.
  5. Semasa menghidangkan, hias dengan parutan coklat putih.

Biskut Emping Jagung Coklat (Selera Sayangku)

INFO :
FINOL MERUPAKAN ANTI OKSIDA DALAM COKLAT YANG MAMPU MENGURANGKAN KEPADATAN KOLESTEROL LDL

BAHAN-BAHAN :
  • 55g mentega
  • 4 sudu makan madu @ golden syrup
  • 100g coklat masakan
  • 70g emping jagung
  • Coklat urai & manik gula warna warni sebagai hiasan
CARA MEMBUAT :
  1. Masukkan mentega, coklat masakan & madu ke dalam periuk & cairkan menggunakan teknik double boil.
  2. Setelah semua cair, angkat & masukkan emping jagung. Kacau rata.
  3. Sudukan emping jagung ke dalam mangkuk kertas & hias dengan manik gula serta coklat urai.
  4. Sejukkan di dalam peti ais selama 1 jam
  5. Sedia dihidangkan.

Biskut Coklat Cip (Selera Sayangku)

Tanin pada koko membantu mencegah karies gigi & mengurangkan pertumbuhan plak

BAHAN-BAHAN :
  • 250gm mentega
  • 1 1.2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji telur (kuningnya sahaja)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu besar milo
  • 1 cawan walnut (cincang kecil)
  • Cip coklat secukupnya
CARA MEMBUAT :
  1. Pukul mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur & pukul lagi.
  2. Masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung, milo, esen vanila, walnut & cip coklat sedikit demi sedikit & gaul sebati.
  3. Sudukan adunan mengikut saiz yang digemari di atas dulang pembakar yang sudah disapukan sedikit mentega.
  4. Bakar biskut dengan api sederhana selama 15 minit @ sehingga biskut masak. Sedia dihidangkan.

Sunday, September 11, 2011

Biskut Bijirin (Selera Sayangku)



INFO : KURANGKAN MEMAKAN MAKANAN BERKALORI TINGGI & PENGAMBILAN MINUMAN BERGULA. JUGA ELAKKAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA YANG BIASANYA BANYAK MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET & PERASA.






BAHAN-BAHAN :
100gm coklat putih
75gm mentega
75gm golden syrup
60 emping jagung (ramas hancur)
60gm oat segera
50gm kismis
30gm kacang walnut / badam (panggang & cincang kasar)





CARA MEMBUAT :

Satukan emping jagung, oat, walnut & kismis di dalam mangkuk. Gaul Rata.

Cairkan coklat putih, mentega 7 golden syrup menggunakan teknik dauble boil. Tuang ke dalam campuran bijirinkering tadi & kacau rata.

Masukkan adunan ke dalam acuan & simpan di dalam peti ais selama lebih kurang 30 minit.

Sedia dihidangkan.

Mufin Coklat Walnut (Selera Sayangku)

INFO: KANAK-KANAK YANG TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI BERISIKO UNTUK MENGALAMI MASALAH KEKURANGAN ZAT BESI DALAM DARAH, MENJADI GEMUK, SAKIT JANTUNG & MENGHIDAP KENCING MANIS.





BAHAN-BAHAN A :

  • 120gm mentega lembut
  • 180gm gula kastor
  • 50gm coklat masakan (cairkan dan biarkan sejuk)
  • 45gm gliserin
  • 200gm telur
  • 120gm krim putar non dairy
  • 80gm susu segar
  • 35gm walnut cincang halus
  • 45gm cip coklat
BAHAN-BAHAN B : (semua bahan di ayak bersama)
  • 210gm tepung gandum
  • 80gm tepung roti
  • 2 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 25gm serbuk koko
CARA MEMBUAT :
  1. Pukul gula, mentega & coklat cair sehingga lembut dengan kelajuan perlahan. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit & kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan gliserin, krim putar non dairy & susu segar. Pukul selama 5 minit.
  3. Masukkan walnut & cip coklat. Gaul sehingga rata & sebati.
  4. Tuang adunan sehingga separuh di dalam mangkuk kertas dan bakar pada suhu 180'C selama 20-25minit

Kek Keju (Selera Sayangku)



BAHAN-BAHAN :

  • 500gm krim keju
  • 210 gula kastor
  • 125ml krim putar
  • 60ml susu segar
  • 30gm tepung kastard
  • 5biji telur (asingkan putih & kuningnya)
  • 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN DASAR KEK :
  • 150gm biskut digestive (dihancurkan)
  • 90gm mentega (dicairkan)
  • 100gm coklat masakan (dicairkan)
CARA MEMBUAT :
  1. DASAR KEK : Gaul biskut, mentega & coklat masakan sehingga rata. Masukkan ke dalam loyang khas kek keju yang telah disapukan sedikit mentega. Tekan padat & biarkan sebentar di dalam peti ais.
  2. KEK : Putar krim keju, 150gm gula & susu sehingga gebu. Masukkan kuning telur 1 per 1 & putar sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung kastard & esen vanilla. Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Di dalam bekas lain, putar putih telur & lebihan gula sehingga kental. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan krim tadi. Gaul sebati perlahan-lahan menggunakan spatula plastik @ senduk kayu.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang berisi dasar kek tadi & bakar selama 1 jam pada suhu 185'C

INFO :
Gunakkan telur bersaiz B untuk membuat biskut kerana telur bersaiz A terlalu besar (biasanya digunakan untuk membuat kek) & saiz C pula terlalu keciil.

Brownies Ceri Walnut (Selera Sayangku)

Gambar Hiasan


BAHAN-BAHAN :
  • 255gm mentega lembut
  • 250gm gula kastor
  • 10gm ovalette
  • 280gm telur
  • 30gm gliserin
  • 50gm coklat masakan (cairkan)
  • 285gm tepung halus
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 15gm serbuk koko
  • 100gm walnut (panggang sekejap & potong kecil)
  • 270gm ceri dalam tin (buang sirapnya)
  • 70gm cip coklat
BAHAN-BAHAN GANACHE :
  • 250gm coklat gelap (potong kecil-kecil)
  • 250gm krim putar non dairy
  • 1/2 sudu besar mentega
CARA MEMBUAT :
  1. Pukul mentega, gula & ovalette selama 10 minit @ sehingga gebu.
  2. Masukkan telur & pukul selama 5 minit lagi dengan kelajuan sederhana. Kemudian masukkan gliserin & coklat masakan.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko & serbuk penaik sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Pukul sebati.
  4. Bentuk biskut mengikut bentuk kegemaran & golekkan ke dalam kepingan oat.
  5. Bakar dalam loyang bersaiz 10" pada suhu 160'C selama 1 jam 15 minit @ sehingga masak.
  6. Ganache (topping) : Panaskan krim putar non dairy sehingga suam sahaja & tuang ke dalam coklat gelap. Masukkan mentega & gaul sebati. Biarkan selama 2 jam.
  7. Setelah brownies sejuk, tuang ganache di atasnnya & boleh dihias dengan coklat putih kalau suka.
INFO :
Pastikan telur yang hendak dibuat biskut @ kek berada di dalam suhu bilik. Jika telur di simpan di dalam peti ais, keluarkan terlebih dahulu lebih kurang 30 minit sebelum digunakan untuk mengadun biskut.

Biskut Oat Coklat (Selera Sayangku)



BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula pasir halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bilkarbonat
  • 2 1/2 cawan oat (kisar halus)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 cawan oat untuk salut
CARA MEMBUAT:
  1. Satukan tepung, oat, serbuk koko, garam, soda bikarbonat & serbuk penaik ke dalam mangkuk & gaul rata. Ketepikan.
  2. Pukul mentega & gula sehingga kembang. Masukkan telur & esen vanilla. Pukul lagi,
  3. Masukkan campuran bahan-bahan kering tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan & gaul rata sehingga menjadi doh.
  4. Bentuk biskut mengikutbentuk kegemaran & golekkan ke dalam kepingan oat.
  5. Bakar padasuhu 180'C selama 20 minit @ sehingga masak
INFO :
Bijirin beras perang baik untuk bayi kerana mempunyai lebih banyak khasiat berbanding beras putih

Biskut Nestum (Selera Sayangku)




BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan nestum
  • 1 1/2 gula halus
  • 2 biji telur
  • sedikit esen vanila
  • ceri untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :
  1. Pukul mentega & gula hingga kembang. Masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi.
  2. Masukkan tepung gandum & nestum. Gaul rata semua bahan sehingga sebati.
  3. Bentuk doh mengikut kegemaran anda dan letakkan ceri.
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit @ sehingga biskut masak.

INFO:
Tahukah anda bahawa 220gm bijirin sarapan pagi yang bersalut madu mengandungi 10.1 sudu teh gula.

Biskut Emping Jagung (Selera Sayangku)



BAHAN-BAHAN:

  • 250gmmentega
  • 1/2 cawan gula
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 150gm emping jagung (ramas halus)

Cara membuatnya:
  1. Pukul mentega & gula sehingga kembang. Masukkan tepung naik sendiri & emping jagung. Gaul sehingga sebati & menjadi doh.
  2. Bentuk doh mengikut cita rasa,
  3. Tabur sedikit empin jadung yang diramas kasar pada biskut.
  4. Bakar pada suhu 180'C selama lebih kurang 20 minit @ sehingga biskut masak

INFO:
Bijirin tinggi kandungan mineral, karbohidrat, serat & rendah kandungan lemak. Sekiranya dicampurkan dengan susu, anak akan mendapat tambahan kalsium.

Biskut Coklat (Selera Sayangku)


BAHAN-BAHAN :
  • 50gm mentega
  • 70gm tepung gandum
  • 50gm gula perang
  • 50gm serbuk koko
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • Sedikit garam
  • Mangkuk kertas
  • Manik gula sebagai hiasan
CARA MEMBUATNYA :
  1. Potong mentega menjadi kiub-kiub kecil & masukkan ke dalam peti ais.
  2. Ayak tepung, serbuk penaik, serbuk koko & garam bersama. Masukkan gula perang ke dalam campuran tepung ini & gaul rata.
  3. Keluarkan mentega & ramas dengan bahan-bahan kering tadi sehingga berketul-ketul.
  4. Kepal adunan kecil-kecil & masukkan ke dalam mangkuk kertas. Tabur manik gula di atasnya.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C & bakar biskut selama 25-30minit. Sedia dihidangkan.
INFO:
Jangan lupa memeriksa tanda-tanda kehadiran kulapuk @ kulat pada makanan yang dibiar seperti biskut @ roti.

Biskut Ceria (Selera Sayangku)


BAHAN-BAHAN :

  • 114gm mentega lembut
  • 195gm tepung halus
  • 85gm gula kastor
  • 40gm badam kisar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur saiz besar
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Lidi sate secukupnya
BAHAN-BAHAN ROYAL ICING
  • 250gm gula aising (ayak)
  • 1 1/2 sudu besar serbuk putih telur (meringue powder)
  • 3/4 sudu besar air suam
CARA MEMBUAT :
  • BISKUT
  1. Pukul mentega, gula & esen vanila. Masukkan telur & pukul rata. Adunan tidak perlu dipukul lama.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat & gaul sebati.
  3. Masukkan pula serbuk badam & gaul sehingga menjadi doh lembut.
  4. Masukkan doh di dalam plastik & simpan di dalam peti ais selama sejam.
  5. Keluarkan adunan & canai di atas kertas minyak. Tabur sedikit tepung supaya tidak melekat.
  6. Terap mengikut acuan yang digemari & cucuk pada lidi sate. Masukkan ke dalam peti ais selama 15 minit sebelum dibakar supaya bentuknya tidak berubah setelah dibakar.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 10-13 minit @ sehingga kekuningan. Setelah biskut masak, sejukkan di atas redai.
  • ROYAL ICING
  1. Pukul semua bahan selama 5-7 minit. Adunan tidak boleh terdedah pada angin. Tutup mangkuk dengan tuala lembut.
  2. Hias biskut mengikut corak yang anda suka dengan royal icing.

INFO:
Bijirin,kekacang, buah-buahan & sayur sayuran mengandungi banyak serat. Hidangan ini memberi tenaga & baik untuk sistem penghadaman tubuh.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...