Showing posts with label Juadah Buat Ibu Dalam Pantang. Show all posts
Showing posts with label Juadah Buat Ibu Dalam Pantang. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Tauhu Masak Manis



BAHAN-BAHAN :

  • 2 keping tauhu putih
  • 1/2 biji labu besar dimayang separuh bulat
  • 1 sudu makan halia yang sudah dimayang
  • 2 sudu makan daun ketumbar yang di patahkan kasar-kasar
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh kicap manis
  • Sedikit garam
CARA MEMBUATNYA :
  1. Letakkan tauhu di dalam bekas kemudian taburkan di atasnya dengan bahan yang sudah dipotong & dimayang
  2. Campurkan minyak bijan, serbuk lada sulah & kicap manis hingga sebati
  3. Tuangkan di atas campuran tauhu
  4. Setelah itu kukuskan selama 10 minat, kemudian angkat & boleh dihidangkan bersama-sama nasi panas.
  5. Ini adalah kaedah lain untuk menyediakan hidangan tauhu. Kalau suka, anda juga boleh menggoreng tauhu & dibuat campuran. Masaan Rampai Tempe Ikan Bilis

Urap Betik & Bunga Betik



BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat daun betik muda
  • 1 ikat bunga betik
  • 1/2 biji kelapa parut disagan
  • 1 ekor ikan selar kuning dipanggang
  • 5 ulas bawang merah
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 2" ubi cekur
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit cuka
CARA MEMBUATNYA :
  1. Daun betik & bunga betik dibersihkan kemudian dicelur layu. Angkat & toskan airnya & dipotong-potong.
  2. Kelapa parut yang sudah disagan ditumbuk bersama-sama isi ikan panggang, bawang merah, ubi cekur & lada hitam sampai lumat.
  3. Setelah itu gaulkan dengan daun & bunga betik yang sudah dicelur tadi sampai rata. Masukkan garam & cuka secukup rasa.

Telur Dadar Aroma



BAHAN-BAHAN :

  • 4 biji telur ayam
  • 1/2 cawan daun kucai yang sudah dimayang halus
  • 1/2 cawan daun ketumbar yang sudah dimayang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan minyak untuk mendadar
CARA MEMBUATNYA :
  1. Basuh telur ayam kemudian pecahkan 1/1 & dipukul sedikit.
  2. Campurkan telur dengan bawang besar, daun kucai, daun ketumbar, garam & serbuk lada sulah sambil digaulkan sehingga rata.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali kemudian dadarkan campuran ini sehingga masak. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Kerabu Ulam



BAHAN-BAHAN :

  • 1 ikat daun pegaga
  • 1 ikat daun kaduk
  • 1 ikat ulam raja
  • 1/2 ikatkecil daun selasih
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat kecil daun kesum
  • 5 helai daun cekur muda
BAHAN GAUL :
  • 1/2 biji kelapa parut yang sudah dibuang kulit airnya disagan (direndang tanpa minyak)
  • 1/2 cawan ikan bilis halus direndam air panas
  • 6 ulas bawang merah
  • 2" ubi cekur
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit cuka makan
CARA MEMBUATNYA :
  1. Semua bahan sayur-sayuran dibersihkan kemudian dimayang halus. Masukkan ke dalam satu bekas.
  2. Kelapa parut yang sudah disagan ditumbuk sekejap kemudian masukkan ke dalam bekas sayur-sayuran.
  3. Bawang merah, ubi cekur, ikan bilis & lada hitam ditumbuk hingga lumat kemudian gaulkan dengan bahan-bahan tadi sambil digaulkan hingga rata.
  4. Masukkan garam & cuka sambil dikacau bahan ini hingga sebati.
  5. Ulam sangat berkhasiat untuk kesihatan badan. Kaedah di atas adalah cara lain untuk makan sayuran hijau mentah.

Masak Semur Ikan Haruan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ikan haruan
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 biji bawang besar dimayang bulat
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 1/2 sudu makan halia yang sudah dicincang
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 5 sudu makan kicap pekat manis
  • 1/2 cawan air
  • 5 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMBUATNYA :
  1. Ikan haruan dibersihkan kemudian dipotong-potong.
  2. Basuh & toskan airnya. Setelah itu gaulkan dengan sedikit garam & serbuk kunyit.
  3. Setelah itu goreng ikan hingga masak, angkat & toskan.
  4. Ubi kentang dikupas kulitnya & dibelah-belah kecil. Setelah itu digoreng sehingga masak.
  5. Halia, bawang putih & lada hitam ditumbuk hingga lumat.
  6. Panaskan minyak untuk menumis di dalam kuali kemudian tumiskan bahan yang sudah ditumbuk tadi hingga agak garing, setelah itu masukkan bawang besar, kicap & air sambil dikacau hingga rata.
  7. Apabila mendidih masukkan ikan haruan & ubi kentang. Sebatikan bahan ini kemudian bolehlah diangkat.

Sup Lobak Putih Daun Belinjau

Gambar Hiasan

BAHAN-BAHAN :
  • 1 batang lobak putih
  • 1 ikat kecil pucuk muda daun belinjau @ pucuk muda kacang panjang @ sawi
  • 2 sudu makan ikan bilis halus
  • 1/2 labu bawang besar dimayang
  • 1 biji bawang putih dimayang
  • 1 sudu makan halia muda yang sudah dimayang halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 mangkuk sederhana besar air
CARA MEMBUAT :
  1. Bersihkan lobak putih kemudian potong bulat-bulat nipis. Daun belinjau muda @ daun kacang muda @ sawi dibersihkan @ dibuangkan urat kasarnya.
  2. Masukkan ikan bilis, bawang besar, bawang putih, garam, serbuk lada hitam & air ke dalam periuk kemudian jerangkan di atas api yang sederhana & biarkan sehingga mendidih.
  3. Setelah itu masukkan lobak putih serta dauin belinjau @ sawi @ daun kacang panjang. Setelah mendidih sekali lagi (kira-kira seminit) bolehlah diangkat.

Air Halia Bergula Merah



BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan halia bara(merah) yang sudah dicincang.
  • 4 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan gula merah
CARA MEMBUATNYA :
  1. Campurkan ketiga-tiga bahan tersebut, kemudian jerang hingga larut & mendidih kemudian bolehlah diangkat & ditapis.

Jemput-jemput Kacang Soya



BAHAN-BAHAN :
4 cawan hampas kacang soya yang sudah dikisar
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 cawan daun kucai yang sudah dimayang
1/2 cawan bawang besar yang sudah didadu halus
1 biji telur dikacau sedikit
1/2 cawan ikan bilis halus
Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :

  • Gaulkan semua bahan-bahan kecuali minyak masak sehingga sebati & rata.
  • Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian jemputkan adunan bulat-bulat kecil & gorenglah sehingga adunan kuning di kedua-dua belah bahagian. Setelah itu, bolehlah di angkat & toskan minyaknya.

Kailan Tumis Minyak Bijan



BAHAN-BAHAN :

  • 1 pokok kailan
  • 2 sudu makan ikan bilis halus
  • 1/2 sudu makan bawang merah yang sudah dimayang
  • 1/2 sudu makan bawang putih yang sudah dimayang
  • 1 sudu teh halia muda yang sudah dimayang
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • Sedikit garam
  • 3 sudu makan minyak bijan
CARA MEMBUATNYA :
  1. Bersihkan kailan, kemudian di potong-potong
  2. Pinaskan minyak bijan di dalam kuali, setelah itu tumiskan bawang besar, bawang putih & halia, masukkan ikan bilis, serbuk lada sulah & garam.
  3. Akhir sekali masukkan kailan sambil digaulkan hingga rata.
  4. Setelah itu bolehlah diangkat.
  5. Kombinasi minyak bijan, kailan & ikan bilis sangat baik bagi menambahkan sumber vitamin C.

SerundingIlham Suri

Gambar Hiasan

BAHAN A :

  • 1/2kg ikan bilis halus
  • 2 biji kelapa parut (perah santan menjadi 2 cawan santan pekat & 5 cawan santan cair). Jika suka, boleh juga diganti dengan 2 tin susu cair tanpa lemak.
  • 1 ikat daun pegaga
  • 3 helai daun kunyit
  • 3 batang serai
  • 3 camca besar jintan putih
  • 3 camca besar jintan manis
  • 5 camca besar lada hitam
  • 7 ulas bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 5cm halia
  • 5cm lengkuas
  • 5cm kunyit hidup
  • 5 keping asam gelugur (direndam air)
BAHAN B :
  • 5 tangkai bunga lawang
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 3 camca besar ketumbar (rempah biji)
  • 3 camca besar gula merah
  • 1/2 cawan kicap jika suka
  • 1/2 biji kelapa (buat kerisik)
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :
  1. Kisar hingga lumat semua bahan A dengan santan cair (atau susu cair tanpa lemak). Ikan bilis tidak perlu dikisar terlalu halus.
  2. Masukkan semua bahan di dalam kuali berserta bahan B. Sentiasa kacau bahan-bahan ini agar tidak pecah minyak.
  3. Selepas itu masukkan santan pekat, kerisik & garam.
  4. Kacau sehingga benar-benar kering, biarkan ia sejuk kemudian  simpan di dalam bekas kedap udara
  5. Sesuai di makan semasa sarapan bersama roti @ nasi. Tahan lama. Untuk mengelakkan daripada berkulat, selalulah panaskan sepanjang masa dalam pantang. Pegaga dikisar bertujuan untuk memudahkan ibu-ibu memakannya khususnya bagi mereka yang tidak gemar makan ulam.

Kukus Ikan Seri Santai

Gambar Hiasan
BAHAN-BAHAN :
  • 1 ekor ikan Bawal Cermin @ Bawal Putih (terpulang lah ikan apa pun asalkan gemar)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 2 sudu makan halia muda yang sudah dimayang
  • 1/2 biji lobak (dimayang halus)
  • 4 sudu makan daun kucai yang sudah dimayang
  • 4 sudu makan daun ketumbar yang sudah dimayang
  • 4 biji belimbingbuluh dipotong kecil-kecil
  • 2 sudu makan daun sup & daun bawang yang sudah dimayang
CARA MEMBUATNYA :
  1. Bersihkan ikan, basuh & toskan airnya. Setelah itu gaulkan dengan sedikit garam & serbuk lada sulah.
  2. Semua bahan-bahan digaulkan bersama.
  3. Kemudian letakkan ikan di dalam bekas & taburkan dengan semua bahan yang sudah dimayang, digaulkan bersama hingga sebati.
  4. Setelah itu kukus hingga masak (kira-kira 10-15 minit)
  5. Ikan kukus enak dimakan dengan nasi ketika masih panas.

Rampai Tempe Ikan Bilis



BAHAN-BAHAN :

  • 2 keping tempe dipotong nipis-nipis
  • 1/2 cawan ikan bilis halus (dibersihkan)
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 1/2 sudu makan halia muda (mayang halus)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu makan kicap manis
CARA MEMBUATNYA :
  1. Tempe & ikan bilis digoreng hingga garing, kemudian angkat & toskan minyaknya.
  2. Pinaskan 1 sudu makan minyak kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih & halia sehingga layu.
  3. Setelah itu, masukkan tempe, ikan bilis, serbuk lada hitam & kicap sambil digaulkan bahan ini hingga sebati.
  4. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan

Ulam Urap



BAHAN-BAHAN UNTUK ULAM :

  • Daun ulam raja
  • Daun selasih
  • Daun cekur
  • Daun kunyit muda
BAHAN SAMBAL URAP :
  • 1/2 biji kelapa parut yang sudah dibuang kulit & airnya
  • 1/2 cawan ikan bilis halus direndam dengan air panas
  • 4 ulas bawang merah
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUATNYA :
  1. Kelapa parut disagan (goreng tanpa minyak) selama 5 minit kemudian diangkat & ditumbuk sekejap. Ketepikan
  2. Ikan bilis, bawang merah & lada hitam ditumbuk hingga lumat kemudian gaulkan dengan kelapa tadi sampai rata.
  3. Setelah itu, bolehlah dihidangkan untuk dimakan bersama ulam-ulam tadi.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...