Showing posts with label Ringkas Berkhasiat Enak (Selera Sayangku). Show all posts
Showing posts with label Ringkas Berkhasiat Enak (Selera Sayangku). Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Waffle Enak (Selera Sayangku)

GambarMak Cik Gugel
BAHAN-BAHAN :
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu minyak sayur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 1/2 sudu teh gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT :
  1. Pukul telur sehingga sedikit kembang.
  2. Campur susu segar, minyak sayur, tepung gandum, serbuk penaik, gula & garam. Gaul sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam acuan waffle yang telah dipanaskan & disapukan dengan sedikit majerin.Sekiranya tidak mempunyai acuan waffle, bolehlah dimasak di dalam kuali seperti membuat lempeng.
  4. Waffle ini boleh dimakan bersama mentega kacang, mentega, jem buah-buahan @ madu mengikut citarasa sendiri.
INFO :
SUSU, DADIH, KEJU, IKAN BILIS, IKAN SARDIN BERTULANG, KEKACANG, TEMPE, TAUHU ADALAH MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM. PENGAMBILAN MAKANAN DALAM KUMPULAN INI BAIK UNTUK TUMBESARAN & PERTUMBUHAN TULANG ANAK-ANAK.

Skuterku Laju (Selera Sayangku)

Gambar Hiasan
BAHAN-BAHAN :
  • 1 keping roti oat
  • 1 keping keju
  • 2 sudu isi tuna dalam tin
  • 2 sudu mayones
  • 1 batang sosej (siap rebus)
  • 1 batang biskut jejari
  • Kismis (hiasan)
Cara membuat :
  1. Campur mayones & isi tuna & gaul rata.
  2. Potong roti menjadi empat keping segi empat sama.
  3. Susun roti menjadi seperti skuter
  4. Letak tuna mayones & keju sebagai tempat duduk & sosej sebagai tayar. Biskut jejari pula dijadikan pemegang dan lampu daripada kismis.


INFO :
PASTI ROTI YANG HENDAK DIHIDANGKAN TIDAK MELEBIHI TARIKH LUPUT. KUKUS ROTI SEBELUM DIHIDANGKAN JIKA DIDAPATI AGAK KERING & KERAS.

Susyi Salmon (Selera Sayangku)

Gambar dari Puan Gugel
BAHAN-BAHAN :
  • 3 1/3 cawan beras jepun (khusus untuk susyi)
  • 4 cawan air
  • 5 sudu besar cuka beras
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
BAHAN TOPPING
  • Isi ikan salmon (hiris nipis & rendam sebentar dengan air limau kasturi)
CARA MEMBUAT :
  1. Tanak beras dengan sukatan air yang diberikan.
  2. Masukkan cuka, garam & gula. Didih dengan apisederhana sehingga bahan larut. Tutup api & sejukkan dengan meletakkan periuk di dalam campuran air & ais.
  3. Nasi yang masih panas diletakkan sama rata di atas dulang plastik & gaul dengan larutan yang telah disejukkan tadi. Gunakan senduk kayu ketika menggaul.
  4. Bentuk nasi menjadi empat segi & letak kepingan ikan salmon di atasnya
  5. Kukus. Sedia di makan.


INFO : Berhati-hati dan jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan 'tiada bahan pengawet' @ 'tiada dula tambahan'. Makanan yang mengandungi bahan pengawet tidak sesuai untuk bayi & boleh menjejaskan kesihatan serta tumbesaran bayi. 

Sandwic Udang (Selera Sayangku)

Gambar Pak Cik Gugel
BAHAN-BAHAN :
  • 200gm udang (rebus)
  • 2 sudu makan mayones
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Roti gandum
  • 1/2 biji zuchini (hiris nipis)
  • Beberapa helai daun salad
Cara membuat :
  1. Gaul rata udang, mayones & sos tomato di dalam mangkuk.
  2. Susun daun salad & beberapa hirisan zuchini di atas sekeping roti.
  3. Letak campuran udang tadi di atasnya & tutup dengan sekeping lagi roti.
  4. Ulang langkah di atas sehingga udang habis.
  5. Sedia dihidangkan.
Info :
Apabila memasak, buang lemak yang ada pada daging & kulit ayam. Elakkan daripada menggunakan minyak masak berulang kali.

Salad Yummy (Selera Sayangku)

Gambar En.Gugel
BAHAN-BAHAN :
  1. 1 mangkuk kecil makaroni rebus
  2. 1 biji limau Sunkist (buang kulit & potong dadu)
  3. 1 biji epal hijau @ merah (potong dadu)
  4. Sepotong tembikai (potong dadu)
  5. Sos thousand island secukupnya

Cara membuatnya:
  • Gaul makaroni bersama buah-buahan yang dipotong tadi di dalam mangkuk besar.
  • Masukkan sos thousand island & gaul rata.
  • Sedia dihidangkan bersama daun salad & hirisan limau sebagai hiasan.

Info : Galakkan anak-anak memakan lebih salad segar. Hadkan memakan ramuan salad berlemak tinggi seperti keju, buah zaitun & telur. 

Roti John Mini (Selera Sayangku)



Bahan-bahan:

  • 1 tin kecil sardin
  • 4 biji roti hotdog
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar (potong labu)
  • 1 serbuk kecil serbuk kari
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit mentega untuk menumis
  • Sos tomato, mayones & timun
Cara membuat :
  1. Hancurkan sardin di dalam mangkuk. Masukkan bawang besar & gaul rata.
  2. Masukkan garam & serbuk kari. Gaul lagi.
  3. Masukkan telur & kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  4. Belah roti si tengah-tengah & sapu adunan sardin di atasnya.
  5. Panaskan kuali leper dengan sedikit mentega & tekap roti pada kuali. Biarkan sehingga masak & balik-balikan.
  6. Setelah masak, letak timun, mayones & sos tomato di tengah-tengahnya.
  7. Potong kecil serong & sedia di hidangkan.
Info:
Sajikan makanan panas dalam keadaan panas & makanan sejuk dalam keadaan sejuk. Seelok-eloknya hidang makanan yang telah dimasak dengan segera.

Roti Bakar Pisang (Selera Sayangku)


Bahan-bahan :
- 1 keping roti gandum - bakar & potong 2
- 1 biji pisang montel - potong bulat kecil-kecil
- 1 sudu teh mentega
- 1 sudu makan madu
- Sedikit serbuk kulit kayu manis
- 1 sudu makan dadih

Cara membuat :
- Cairkan mentega di dalam kuali & masukkan pisang. Biarkan selama lebih kurang 1 minit.
- Terbalikkan pisang & biarkan selama seminit lagi.
- Setelah kedua-dua belah pisang agak kekuningan, masukkan madu & sedikit serbuk kulit kayu manis. Kacau perlahan-lahan sehingga semua bahan bergaul rata.
- Apabila pisang agak lembut, angkat & letakkan di atas roti bakar yang telah dipotong tadi.
- Hidangkan bersama dadih.

Info :
Snek berkhasiat akan membekalkan tenaga secukupnya untuk kanak-kanak sebelum tiba waktu hidangan utama mereka.

Ring Ring (Selera Sayangku)

Bahan-bahan :

  1. 2 keping roti
  2. 1 keping keju
  3. 1 helai daun salad
  4. 3 keping hirisan daging ayam
  5. 1 sudu kicap manis
  6. 1 sudu sos tiram
  7. 1/2 sudu mentega
  8. Sedikit sayur campur

Cara membuat :
  • Gaul isi ayam, kicap manis & sos tiram sehingga rata. Perap selama 20 minit.
  • Cairkan sedikit mentega di dalam kuali tidak melekat & goreng isi ayam sehingga masak.
  • Susun berlapis salad & isi ayam di atas sekeping roti & lapis dengan sekeping roti lagi.
  • Hias di atasnya dengan sayur campur & keju sebagai penambah khasiat & tarikan selera si kecil dengan bentuk telefon bimbit.



Info :
Bagi memastikan roti tahan lama, simpan di dalam peti sejuk. Bagaimanapun, roti hendaklah disimpan di dalam bekas bertutup supaya tidak kering

Rama-rama Idaman (Selera Sayangku)

Bahan-bahan:
-
1 buku ban panjang oatmeal
-1 biji pisang
-2 keping biskut jagung
-2 biji kacang hijau
-emping jagung secukupnya (cornflakes)
-bertih beras bersalut coklat secukupnya
-sedikit madu & sos coklat
Cara membuat :

  1. Belah roti ban tetapi jangan putus. Letakkan pisang di tengah-tengahnya. Potong lebihan roti supaya nampak kemas.
  2. Potong 2 biskut jagung untuk dijadikan kepak & sisipkan di tepi pisang.
  3. Susun bertih beras di atas pisang & empingan jagung di kiri & kanannya. Kacang hijau dijadikan mata rama-rama.
Info :
Jangan sesekali mencampurkan gula ke dalam susu bayi anda. Anda boleh menambah sedikit susu badan @ formula ke dalam makanan bayi anda untuk menambah perisa.

Thursday, July 28, 2011

Kepak Ayam Popeye (Selera Sayangku)

Cik.Gugle
Bahan-bahan:
3 kepak ayam
5gm serbuk roti
1biji telur
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Sos thai secukupnya

Cara membuat:
  • Perap kepak ayam dengan telur & serbuk roti selama kira-kira 20minit.
  • Goreng sehingga berwarna kekuningan @ sehingga kepak ayam masak
  • Hidang bersama sos Thai. Sedap dimakan ketika masih panas
Info : Pastikan anak anda minum air kosong yang banyak sekiranya dia demam & muntah-muntah.

Ayam Goreng Senang (Selera Sayangku)

Gambar En.Gugel
Bahan-bahan:
300gm isi ayam (potong nipis)
200gm tepung goreng ayam segera
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu makan jus limau nipis
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Sos Cili & Mayones secukupnya

Cara membuat:
  • Pukul telur & masukkan air limau nipis. Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan isi ayam & kacau rata. Perap selama 20minit didalam peti sejuk.
  • Ambil isi ayam & golekkan sehingga bersalut di dalam tepung goreng ayam segera.
  • Goreng di dalam minyak panas yang banyak sehingga berwarna kekuningan @ sehingga ayam masak.
  • Sedia dihidangkan bersama sos cili & mayones.

Info : Papan pemotong perlu dibasuh bersih & disimpan dalam keadaan benar-benar kering. Bakteria mudah membiak pada papan pemotong @ landas yang lembap.

Salad Mudah (Selera Sayangku)

Gambar Hiasan


Bahan-bahan:
200gm kubis (potong halus)
50gm lobak merah (potong halus)
1/2biji bawang besar (cincang)
4 sudu mayones
1sudu makan gula
Garam secukup rasa
Cili banggala & Brokoli sebagai hiasan

Cara membuat:
  1. Gaul kubis, lobak merah & bawang sehingga rata.
  2. Masukkan mayones, gula & garam sebagai perasa. Kacau rata. Simpan di dalam peti ais.
  3. Sedap dimakan sejuk & boleh juga dihidangkan bersama roti gandum kosong.

Info: Anda tidak boleh memotong sayur & daging diatas papan pemotong yang sama. Pakar pemakanan menegaskan bahawa daging seperti ikan,ayam & daging lembu mempunyai bakterianya tersendiri. Papan pemotong yang digunakan memotong daging mesti dicuci bersih sebelum digunakan untuk kerja-kerja memotong bahan-bahan lain.

Monday, July 25, 2011

Kentang Baji Rangup (selera sayangku)

Info : Kebanyakan doktor menyarankan agar minuman bersusu dielakkan sekiranya anak anda mengidap gastoenteristis.
Bahan-bahan :
  • 100gm kentang - potong baji
  • 10gm mayones
  • 2gm capers
  • 2gmbuah zaitun hitam
  • 2gm buah zaitun hijau
  • 5gm sos tomato
  • 5gm sos cili
Cara membuat:
  1. Gorengkentang sehingga berwarna keemasan & ketepikan.
  2. Gaul mayones bersama capers, buah zaitun, sos tomato & sos cili.
  3. Hidangkentang baji bersama sos baji tadi.

Friday, July 01, 2011

Penkek Istimewa (Selera Sayangku)

Info : Coklat mengandungi tannin, kassein & asid oksalik yang berperanan sebagai bahan anti kerosakkan gigi.
Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 375ml susu segar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
Cara membuat :
  1. Gaul semua bahan sehingga sebati. Biarkan seketika untuk melembutkan adunan.
  2. Guna kuali leper yang tidak melekat & tuang sesenduk adunan ke dalam kuali yang telah dipanaskan seperti membuat lempeng.
  3. Biarkan seketika sehingga masak. Ulang langkah 2 sehingga adunan habis.
  4. Sedia dihidangkan. Penkek ini boleh dimakan bersama madu, pisang, mentega, strawberi, mayones, susu @ sirap coklat mengikut cita rasa sendiri.

Pai Ayam (Selera Sayangku)

Info : Lemak & koko dalam coklat mengandungi 38.2%
asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berfungsi
merendahkan paras kolestrol dalam darah.
Bahan - bahan :
  • 120gm tepung naik sendiri
  • 90gm mentega
  • 2 biji telur (pukul sehingga kembang)
Bahan - bahan Inti :
  • 200gm daging kisar
  • 1 tangkai daun sup (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 biji telur (ambil putihnya untuk sapuan)
Cara membuat :
  1. Kulit pai : Gaul semua bahan & uli sehingga menjadi doh. Perap selama kira-kira 20 minit.
  2. Inti : Tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging kisar, daun sup, serbuk lada hitam & garam. Kacau sehingga masak.
  3. Ambil doh & gelek sehingga menjadi setebal 1/2sm. Terap dengan acuan berbentuk bulat. Ambil sekeping & masukkan ke dalam acuan pai mini aluminium.
  4. Masukkan inti & tutup dengan sekeping lagi doh yang sudah diterap & tekan bahagian tepinya supaya inti tertutup rapat.
  5. Sapu permukaan pai dengan putih telur & bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit.
  6. Sedia dihidangkan.

Jejari Ikan Loony Tunes (Selera Sayangku)

Info : Pastikan anak anda meminum banyak susu & air.
Ketahuilah air kosong adalah penghilang dahaga yang paling berkesan & susu
penting untuk mendapatkan kalsium.
Bahan-bahan : 
  • 100gm kepingan ikan dory (potong memanjang)
  • 1/2 biji lemon (ambil jusnya)
  • 1 biji telur
  • 50gm serbuk roti
  • Garam & lada hitam secukup rasa
Bahan-bahan sos tatar :
  • 10gm mayones
  • 2gm zaitun hitam
  • 2gm zaitun hijau
  • 2gm capers
  • 5gm bawang (cincang halus)
Bahan-bahan : 
  1. Gaul kepingan hitam dengan garam, lada hitam & jus lemon.
  2. Celup ke dalam telur yang sudah dipukul & salut dengan serbuk roti.
  3. Goreng kepingan ikan sehingga kekuningan. Ketepikan.
  4. Sos tartar. Campur semua bahan & gaul sebati.
  5. Hidang kepingan ikan bersama sos tartar & kentang goreng jika suka.

Thursday, June 30, 2011

Kebab ayam (selera sayangku)

Info : Dalam 100gram isi ayam mengandungi 19gm protein, 66 gm air, 15gm lemak,
70mg natrium & 0.9mg ferum.

Bahan-bahan : 
  • 200gm isi ayam (potong kiub)
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 biji zuchini (potong dadu)
  • 1 biji lada banggala merah (potong dadu)
  • lidi sate
Cara membuat : 
  1. Gaul isi ayam bersama madu & kicap & perap selama sejam.
  2. Kemudian, cucuk isi ayam pada lidi berselang seli dengan zhuchini & lada banggala.
  3. Bakar dalam ketuhar @ panggang di atas dapur pemanggang sehingga masak.
  4. Sedia dihidangkan bersama pasta @ dimakan begitu sahaja.

Jus Tomato & Saderi (selera sayangku)

Info : Buah-buahan penting dalam menu harian  pemakanan untuk
keseimbangan nutrien & sistem imunisasi tubuh

Bahan-bahan :
  • 1 biji tomato masak saiz sederhana
  • 7sm batang seleri
  • 1 sudu makan susu manis
  • Air masak secukupnya
Cara membuat : 
  1. Potong tomato dan batang sederi kecil-kecil & masukkan ke dalam mesin pengisar.
  2. Masukkan air & kisar sehingga hancur.
  3. Tapis jus dan campur ngan susu pekat. Kacau.
  4. Boleh dihidangkan bersama ais.

Tuesday, June 28, 2011

Jemput-jemput ikan bilis (Selera Sayangku)

Info : Mengikut U.S Food & Drug Adminstration, makanan seimbang mestilah mengandungi 6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta & nasi.

Bahan-bahan : 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 50gm ikan bilis (tumbuk halus)
  • 1 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit kunyit
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-membuat :
  1. Masukkan tepung, ikan bilis, telur, bwang besar, kunyit & garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air & gaul sebati. Sekiranya adunan agak keras, tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan sederhana lembut.
  3. Ambil sesudu adunan & goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan. Goreng sehingga kekuningan.
  4. Sedap di makan ketika panas

Jejari Roti Gandum (Selera Sayangku)

Info : Karbohidrat melindungi otot & membantu mengawal jumlah gula di dalam darah supaya semua sel mendapat tenaga yang diperlukan.

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti gandum (ambil bahagian tepi sahaja)
  • 1 biji telur
  • 125ml susu segar
  • Sedikit garam
  • Gula secukupnya
  • Sedikit mentega
Cara membuat :
  1. Pukul telur & garam sehingga sebati. Masukkan susu segar dan kacau rata.
  2. Ambil bahagian tepi roti yang dipotong memanjang celup ke dalam telur tadi.
  3. Sapu sedikit mentega pada dulang pembakar dan susun roti yang dicelup telur tadi di dalamnya.
  4. Tabur gula di atas roti & bakar selama 15 minit hingga 20 minit @ sehingga kekuningan pada suhu 200 darjah celcius.
  5. Sedia dihidangkang ketika masih panas & rangup.

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...