Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

Bahaya Air Masak Pada Bayi bawah 6 Bulan





* Untuk bayi yang menyusu susibu sepenuhnya DAN JUGA yang menyusu formula...


Hye mommies….
Sedikit informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd kawan-kawanku sekelian…Mungkin masih ramai yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan :-


1. Merencatkan Tumbesaran
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*


2. Merencatkan Akal
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*


3. Mengancam Nyawa
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*


4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali. Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)

Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya” oleh Kumpulan Sokongan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya & Kuala Lumpur


Copy From : Harlinda Halim 
 

 

 

Tuesday, May 17, 2011

Cara-Cara Traditional Membanyakkan Susu Ibu


  • Berurut (dengan bidan).
  • Banyakkan minum air/jus buah-buahan.
  • Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
  • Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.
  • Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.
  • Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.
  • Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.
  • Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.
  • Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu:

Brokoli


Lobak Merah
Lobak Putih
Daun Saleri / Daun Selom
Kobis Bulat
Sawi Putih
Peria
Ulam Pegaga
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]
p/s: Tips agar air susu ibu lancar:Makan kulup daun betik setiap hari.

Thursday, April 28, 2011

Susu Ibu Boleh Menentukan Jantina

HAK DI ANTARA DUA JANTINA...

Ada seorang doktor beragama islam, yang bekerja di sebuah hospital di negara barat. Doktor muslim ini amat disenangi serta dihormati kerana mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi biarpun kesemua pakar di hospital berkenaan dari kalangan bukan islam.

Doktor muslim ini berkawan baik dengan seorang doktor beragama kristian. Walaupun berlainan agama, namun mereka tiada masalh untuk bekerjasama di dalam usaha merawat pesakit.

Suatu hari, dua orang wanita melahirkan bayi pada waktu yang sama di hospital tersebut. Si ibu pertama melahirkan bayi lelaki dan ibu kedua melahirkan bayi perempuan.

Masalah timbul apabila akibat kecuaian seorang jururawat, kedua-dua bayi tersebut telah bertukar.

Peristiwa ini telah menimbulkan kebingungan di kalangan para doktor di hospital berkenaan. Bagaimana untuk mereka mengenalpasti yang mana satukah ibu kepada kedua-dua tersebut.

Doktor Kristian itu teringatkan teman baiknya, Doktor Muslim. Lantas beliau bertanya kepada temannya : " Dahulu, engkau mengatakan bahawa Al - Quran ada jawapan kepada semua persoalan dan mampu menjelaskan segala sesuatu kemusykilan. Oleh itu, cuba engkau tunjukkan kepadaku cara untuk mengetahui yang mana satukah ibu kepada kedua bayi-bayi ini !"

Jawab Doktor Muslim ini, " Benar, Al - Quran telah menerangkan segala-galanya. Aku akan tunjukkan kepadamu tentang kebenarannya."

Doktor Muslim itu meminta contoh air susu daripada kedua-dua ibu yang baru melahirkan anak itu. Tujuannya adalah untuk menjalankan ujian terhadap kandungan susu tersebut.

Setelah mendapat keputusan hasil daripada ujian tersebut, Doktor Muslim tanpa ragu-ragu memberitahu bahawa si ibu yang tinggi kandungan garam dan mineral di dalam air susunya adalah ibu kepada bayi lelaki manakala kandungan mineral yang rendah bermakna wanita tersebut adalah ibu kepada bayi perempuan.

Doktor Kristian itu kehairanan lalu bertanya. " Berdasarkan apa engkau berjaya mendapat keputusan mengkagumkan itu ?"

Lalu Doktor Muslim itu membacakan sepotong surah an-Nisa ayat 11 yang membawa maksud : " Allah telah mensyariatkan kepada kamu mengenai wasiat buat anak-anakmu di mana bahagian seorang anak lelaki adalah menyamai dua bahagian anak perempuan." ( Surah an-Nisa : 11 )

Doktor Muslim itu menerangkan kepada rakannya, " Melalui ayat ini, Allah menjelaskan bahawa satu bahagian lelaki bersamaan dengan dua bahagian perempuan. Bermakna bahagian lelaki adalah dua kali ganda berbanding wanita."

" Perbandingan kadar garam dan mineral pada air susu kedua-dua ibu tersebut sudah jelas menunjukkan bahawa kandungan yang terdapat di dalam air susu ibu lelaki dua kali ganda banyaknya berbanding susu ibu bayi perempuan. Inilah membuktikan siapa ibu kepada bayi-bayi tersebut."

Tuesday, April 12, 2011

Penyusuan Susu Ibu : Persediaan ketika hamil

Bagi wanita yang menunggu kelahiran pertama, mereka takkan 100% bersedia sehinggalah saat bayi dilahirkan. Mungkin ramai yang merasakan bahawa mereka telah bersedia untuk menyusukan bayi mereka tetapi apabila tiba saatnya pelbagai cabaran terpaksa ditempuh untuk menjayakannya. Antara persediaan mental yang boleh dilakukan sebelum kelahiran si manja anda. 
(1) Ikuti kelas penyusuan susu ibu.
(2) Warwarkan kepada keluarga terdekat bahawa anda ingin menyusukan bayi yang bakal lahir
(3) Pilih hospital yang breastfeeding friendly. Bercakap dengan doktor anda mengenai keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahirannya.
(4) Sertai forum dan komuniti susu ibu seperti susuibu.com
(5) Baca sebanyak mungkin informasi mengenai penyusuan susu ibu
- Kellymom
- Website rasmi LLL
(6) Dapatkan nombor telefon Lactation Counselor yang berdekatan supaya mudah untuk membuat rujukan apabila mengalami sebarang masalah di awal kelahiran.
(7) Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara mengatasinya. 
- Masalah puting pendek - Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.
- Susu tidak keluar - Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.
- Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.
- Puting sakit ketika menyusukan bayi - Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan. 
(8) Yakin dan percaya bahawa anda boleh menyusukan bayi sebaik kelahirannya. Seorang wanita yang normal seharusnya boleh menyusukan bayi mereka. Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan konsep supply & demand. Oleh itu, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahiran mereka.

FROM:

Pentingnya Air Susu Ibu (ASI) untuk Bayi



Asi susu Ibu (ASI) adalah anugerah Tuhan untuk si buah hati.  ASI merupakan dasar hidup sehat dan makanan terbaik di awal kehidupan seorang anak. ASI juga menjadi hak yang mendasar bagi anak agar dapat tumbuh berkembang secara optimal, demi kepentingan kesehatan dan kualitas kehidupan masa depannya.

ASI berperan untuk pertumbuhan dan kecerdasan anak. Selain merupakan makanan, ASI juga menunjang kecerdasan dan pelindung bagi kesehatan anak. Kandungan zat gizi yang lengkap, mudah dicerna dan diserap secara efisien merupa¬kan beberapa manfaat ASI bagi bayi. Bukan hanya itu. Bagi ibu yang menyusui, pemberian ASI bermanfaat untuk membantu terjalinnya ikatan antara ibu dan si buah hati.



Dalam pedoman pelaksanaan Pekan ASI Sedunia disebutkan strategi global tentang pemberian makanan bayi dan anak. WHO dan UNICEF merekomendasikan agar bayi diberi ASI ekslusif selama 6 bulan pertama. Selanjutnya, bayi diberi MP-ASI (makanan pendamping ASI) yang berkualitas dengan menyusui diteruskan sampai dua tahun atau lebih. Yang penting juga adalah waktu mulai menyusui, yaitu sebaiknya dalam menit-menit pertama kehadiran bayi di dunia sampai satu jam pertama. Kontak kulit ibu dan kulit bayi akan membantu ibu dan bayi sampai mencapai keberhasilan menyusui, saat itu dan selanjutnya.
However untuk bunda yang tidak bisa memberikan Asi janganlah bersedih hati, karena ada susu formula yang menggantikannya. Yang paling penting sewaktu menyusui  adalah dalam keadaan tenang dan bahagia, sehingga bayi anda juga akan merasakan kenyamanannya.
 Baby Bar juga pro Asi!! Hidup mommies!!!

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...