Saturday, April 23, 2011

Cabaran 1 - Period dan Vagina

1 - Dimanakah terletaknya selaput dara?
Jawapan yang tepat : Pada pembukaan vagina
Tak payah tercari-cari. Ia sememangnya terletak pada pembukaan vagina kamu. Kamu mungkin melihat terdapatnya selaput dara menutupi sebahagian daripada pembukaan vagina… itupun jika masih ada. Kamu patut ingat yang selaput dara merupakan membran dan boleh terkoyak dengan mudah akibat aktiviti lasak atau sebarang kemasukan vagina. Terdapat beberapa jenis selaput dara dan kebanyakannya telah mempunyai pembukaan sedia ada, sama ada satu lubang atau beberapa lubang kecil. Lubang-lubang ini membolehkan darah haid untuk keluar melalui pembukaan vagina. Ada juga gadis yang dilahirkan tanpa selaput dara yang boleh dilihat dan ada juga yang mempunyai selaput dara tanpa lubang. Ini akan menimbulkan masalah apabila mereka mula period.


2 - Vuva merupakan?
Jawapan yang tepat : Lipatan berisi yang mengelilingi pembukaan vagina
Iya. Vulva merupakan lipatan tiga segi berisi yang selalu kamu basuh tu! Ia merujuk kepada mons (bukit berisi di bahagian depan di mana terdapatnya bulu pubik) sehinggalah kepada pembukaan vagina. Sama seperti wajah kita, setiap vulva wanita mungkin mempunyai komponen yang sama tetapi mungkin berbeza dari segi rupa. Untuk lebih mudah, ingat sahaja yang vulva tu merupakan organ seks luaran dan vagina pula organ seks dalaman. Okay?


3 - Lelehan vagina merupakan 1 cara cucian sendiri vaginadan ia bisa berlaku pada setiap wanita
Jawapan yang tepat : Benar
Lelehan vagina biasanya keluar dalam bentuk jernih dengan bau sabun yang sedikit. Dalam kebanyakan kes, ia tidak sepatutnya mengandungi bau yang kuat atau busuk. Lelehan vagina mengandungi sel vagina, bakteria dan tisu mati yang datang dari uterus, serviks dan dinding vagina. Vagina meluruhkan sel tisu dan sel mati dari dindingnya dari semasa ke semasa untuk memberi ruang pada yang baru. Bakteria biasanya tinggal di dalam vagina. Bakteria baik membuatkan vagina sihat dengan mengekalkan pH vagina dan mencegah sebarang jangkitan.


4 - Kalau saya tak datang period seperti biasa, adakah itu menandakan saya hamil?
Jawapan yang tepat : Mungkin ya, mungkin tidak - ada banyak sebab yang membuatkan period tidak datang seperti biasa.
Sekiranya kamu aktif secara seksual, period yang tidak datang mungkin bermakna kamu hamil. Namun begitu, kehamilan bukan merupakan satu-satunya sebab untuk tidak period. Ketidakseimbangan hormon seperti berlebihan hormon lelaki dalam badan, stres dan kehilangan berat badan secara mendadak boleh mengganggu kitaran haid kamu. Sesetengah wanita mungkin ketinggalan period kerana terlalu stres atau kuat bersenam. Jalani pemeriksaan doktor atau Pakar sakit puan sekiranya kamu kerap ketinggalan period, terutamanya jika kamu perasan terdapat perubahan pada tubuh kamu seperti pertumbuhan bulu yang banyak, rasa kembung dan sakit pada perut.


5 - Berapa lama biasanya tempoh period?
Jawapan yang tepat : Antara 3 hingga 8 hari.
Semasa kamu period buat kali pertama, ia mungkin lebih lama berbanding biasa, bermakna antara tiga hingga lapan hari. Semasa dua tahun pertama, period kamu mungkin tidak datang setiap bulan dan mungkin juga ada yang lebih lama atau pendek. Apabila kamu semakin dewasa, tubuh kamu mula menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, jadi kamu akan perasan yang ia akan menjadi lebih tetap.


6 - Jika kamu mengadakan hubungan seks semasa period, kamu tidak akan hamil
Jawapan yang tepat : BENAR
Memang boleh untuk hamil sekiranya kamu melakukan hubungan seks walaupun semasa tempoh period. Semasa tempoh tertentu ketika ovulasi, kamu mungkin mengalami sedikit pendarahan. Ini sebenarnya bukan period tapi kamu mungkin menganggapnya sebagai permulaan period. Juga, sesetengah wanita mungkin membebaskan telurnya beberapa hari sebelum periodnya berakhir. Apabila ini berlaku, hubungan seks ketika period akan menyebabkan kehamilan, kerana sperma boleh hidup di dalam badan untuk beberapa hari. Penggunaan pencegah kehamilan ketika melakukan seks boleh merancang kehamilan dan STI. Sekiranya kamu ragu-ragu, pastikan kamu sentiasa bersedia dan memilih jalan yang selamat.


7 - Apa yang menyebab akne labia?
Jawapan yang tepat : Stres
Mempunyai jerawat pada mana-mana bahagian tubuhmu boleh menjadi memalukan dan agak menyakitkan hati. Lebih-lebih lagi kalau bintik merah tu tiba-tiba je muncul pada alat sulit kamu. Akne pada bibir luar vulva sama seperti akne yang terdapat pada muka dan badan. Akne disebabkan oleh perubahan hormon, stres dan kerengsaan kulit (disebabkan oleh penggunaan detergen atau pencuci alat sulit kasar). Ia boleh menyebabkan luka atau pecah-pecah pada kulit kamu, yang pada akhirnya menyebabkan jangkitan kulit. Apabila ini berlaku, kamu perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat dan mengelakkan jangkitan daripada merebak atau berlaku semula. Tentang kehidupan pula, ia mungkin tak selalunya tenang tapi kamu boleh cuba untuk sentiasa kekal positif. Kurangkan stres. Bertukar menggunakan sabun lembut dan memakai seluar dalam selesa boleh mencegah berlakunya akne labia.


8 - Jika seorang wanita itu agak moody, ini mungkin kerana dia akan period.
Jawapan yang tepat : BENAR
Suka atau tidak, PMS memang benar-benar berlaku. Kebanyakan wanita rasa moody dan cepat mengamuk menghampiri waktu period mereka. Mungkin juga terdapat sebab lain yang membuatkan mereka mengamuk seperti stres atau kawan yang menyakitkan hati, tetapi perubahan dalam kelakuan wanita boleh dilihat beberapa hari sebelum bermula periodnya. Sesetengah wanita mungkin merasa perut kembung, perubahan pada selera makan dan sakit kepala. Jadi bila kamu dah mula angin dengan teman lelaki tanpa sebab atau rasa nak ketuk kepala seseorang, tengoklah kalendar dulu. Lihat sama ada itulah waktunya kamu patut period atau tak, kerana angin moody mu itu mungkin disebabkan oleh hormon.


9 - Sperma boleh menembusi seluar dalam kamu dan masuk ke vagina.
Jawapan yang tepat : SALAH
Sperma tidak boleh hidup di luar tubuh. Ia sangatlah lemah dan perlu dilindungi oleh cecair yang dihasilkan oleh kelenjar dalam tubuh lelaki. Air mani terdiri daripada komposisi cecair ini paling banyak dan ia mengandungi nutrient untuk membuatkan sperma berenang lebih cepat dan hidup lebih lama. Walaupun sperma tidak boleh berenang menembusi kain, janganlah kamu bercumbu-cumbuan tanpa mengambil langkah pencegahan. Sekiranya seluar dalam kamu terangkat dan pasangan kamu terpancut berdekatan dengan pembukaan vagina, ini mungkin membuatkan kamu hamil.


10 - Semasa kamu period, kamu patut
Jawapan yang tepat : Bersenam. Ia membantu mengurangkan senggugut.
Bukannya tak boleh untuk kamu bermalas-malasan semasa period. Memang benar, kebanyakan wanita rasa tak bersemangat dan lebih suka relaks ketika period. Tapi, tahukah kamu yang kajian menunjukkan wanita yang bersenam ketika period kebarangkalian mereka untuk senggugut adalah kurang berbanding wanita yang tidak bersenam. Ini bermakna meluangkan masa sejam untuk bersenam pada waktu pagi dan berlari di gim selepas waktu kerja boleh mengelakkan kamu daripada senggugut. Ha, bukankah itu sahaja cukup untuk memotivasikan kamu melawan senggugut setiap bulan.



No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...