Jawapan yang tepat ialah: SALAH
Kamu tak akan hilang dara sekiranya menggunakan tampon. Mungkin ada kebarangkalian untuk selaput dara kamu terkoyak sama seperti apa yang akan berlaku pada kali pertama seorang wanita mengadakan seks. Tetapi selaput dara bukannya penunjuk kedaraan seseorang. Terdapat juga gadis yang masih dara tanpa selaput dara boleh dilihat dan ada juga wanita yang aktif dalam hubungan seksual tetapi masih mempunyai selaput dara. Dara merujuk kepada seseorang yang masih belum mengadakan hubungan seks, di mana penis lelaki belum pernah masuk ke vaginanya. Memasukkan tampon ke dalam vagina bukanlah satu perlakuan yang sama dengan mengadakan hubungan seks.
2. Apa yang patut saya lakukan sekiranya payudara saya berbeza saiz?
Jawapan yang tepat ialah: Tunggu dan lihat
Sama seperti tangan dan kaki kamu, tiada payudara yang sama kedua-duanya. Jadi, adalah normal sekiranya kamu mempunyai payudara atau puting berbeza saiz – terutamanya ketika baligh atau hamil. Menyentuh atau mengurut payudara kamu tidak akan menukar saiznya di mana ia biasanya dipengaruhi oleh genetik. Paling elok jika kamu tunggu dan lihat. Sementara itu, periksa payudara kamu dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada warna atau rupanya, pergilah berjumpa doktor secepat mungkin untuk pemeriksaan lanjut.
3. Lelaki mempunyai dorongan seks lebih tinggi berbanding perempuan.
Jawapan yang tepat ialah: BENAR
Ada sebabnya kenapa ia dipanggil hormon menggila. Dengan tahap testosteron lebih tinggi pada lelaki, mereka menjadi lebih agresif dan mendesak berbanding wanita. Ia juga merangkumi kemahuan seksual, pemikiran seksual dan fantasi seksual. Memanglah ia satu lumrah semula jadi untuk lelaki dan wanita untuk merasa dan berfikir seperti makhluk seksual dari semasa ke semasa. Tetapi, lelaki terbukti lebih kerap berfikir mengenai seks. Lelaki juga lebih berkemungkinan untuk mengadakan seks dengan seseorang yang tidak berkaitan dengan mereka secara emosi. Sebaliknya, dorongan seks wanita mungkin meningkat pada pertengahan kitaran haidnya apabila dia sedang mengovum, dan dia mungkin mahu dibelai dan bercumbu-cumbu pada waktu ini.

4. Apa itu G-spot?
Jawapan yang tepat ialah: Zon bersaiz walnut dalam vagina untuk kepuasan
G-spot atau Grafenberg spot merupakan cantuman berspan kecil pada dinding hadapan (sebelah perut) pada vagina kamu. Rangsangan pada G-spot boleh memberikan orgasma berganda pada seorang wanita.

5. Bilakah bulu pubik mula tumbuh?
Jawapan yang tepat ialah: 2 tahun sebelum kamu period buat kali pertama
Bulu pubik akan tumbuh sekitar payudara mula mengembang dan ketika bulu lain juga mula tumbuh pada tubuh seorang gadis. Semasa waktu ini, gadis mungkin melihat terdapatnya lelehan vagina pada seluar dalam mereka. Cukup biasa untuk bulu pubik melitupi kawasan mons, bibir luaran, kawasan yang mengeliling dubur dan celah kelangkang. Selepas 1 hingga 2 tahun bulu pubik kamu tumbuh, kamu akan mendapat period buat kali pertama.

6. Bilakah payudara kamu akan berhenti membesar?
Jawapan yang tepat ialah: Ia berbeza antara gadis tetapi biasanya, sekitar umur 17 atau 18.
Faktor keturunan akan memainkan peranan dalam menentukan saiz payudara kamu. Sekiranya ibu atau makcik kamu mempunyai cup B, maka kamu juga berkemungkinan untuk mendapat saiz cup yang sama. Selepas baligh, payudara kamu mungkin bertambah besar kerana a) Kehamilan. Perubahan hormon semasa kehamilan untuk merangsang kawasan penghasilan susu pada payudara. Duktus dan ruang menjadi lebih aktif dan membesar ketika kehamilan berlaku. b) Pertambahan berat badan. Saiz payudara mungkin dipengaruhi oleh jumlah tisu lemak di bawah payudara kamu. Jadi, jika kamu kehilangan berat secara mendadak disebabkan penyakit atau diet melampau, payudara kamu mungkin kelihatan lendut dan hilang bentuk dan konturnya.

7. Kerap memakai coli akan menyebabkan kanser payudara.
Jawapan yang tepat ialah: SALAH
Siapa kata? Memanglah terdapat khabar angin yang menyatakan pemakaian coli akan menyebabkan kanser payudara. Tapi akhirnya, ia terbukti tidak benar. Kanser payudara disebabkan oleh beberapa faktor risiko. Ini termasuklah umur kamu, sejarah kanser payudara dalam keluarga dan juga penggunaan pencegah kehamilan oral. Apabila seorang wanita itu meningkat dewasa, risiko mendapat kanser juga makin meningkat. Wanita yang mendapat period buat kali pertama ketika masih muda juga mempunyai risiko yang lebih. Sama juga untuk wanita yang hamil buat kali pertama ketika lanjut usia, contohnya dalam umur tiga puluh. Penggunaan pencegah kehamilan oral sedikit meningkatkan kebarangkalian mendapat kanser payudara tetapi risiko akan berkurangan sebaik sahaja kamu berhenti mengambilnya. Untuk coli pula, teruskan memakainya kerana ia memberikan payudara kamu sokongan yang diperlukan. Mereka yang berpayudara besar akan menikmati faedah postur badan yang lebih elok sekiranya memakai coli yang sesuai.

8. Kanser payudara boleh menyerang lelaki dan wanita.
Jawapan yang tepat ialah: BENAR
Walaupun dada mereka leper, tetapi itu tak bermakna kaum lelaki tidak mempunyai payudara. Mereka memang ada payudara, dan sama seperti wanita, lelaki mungkin mendapat kanser payudara walaupun kebarangkaliannya agak kurang. Kanser payudara pada lelaki biasanya melibatkan dinding dan otot dada mereka kerana payudara lelaki kurang lemak yang biasa terdapat pada wanita. Sebarang ketulan atau benjolan pada payudara lelaki atau wanita memerlukan pemeriksaan lanjut doktor. Kaum wanita pula patut memberikan lebih perhatian pada payudara mereka. Melakukan pemeriksaan payudara sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali, dalam masa seminggu selepas period, boleh membiasakan kamu dengan apa yang normal dan tidak normal pada payudara. Sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti kehadiran benjolan, dapatkan nasihat doktor secepat mungkin.

9. Berapakah bilangan sel telur berpotensi yang ada pada gadis ketika dia baligh?
Jawapan yang tepat ialah: 400000
Wow, empat ratus ribu! Bunyinya macam banyak tetapi ia sangat sedikit jika dibandingkan dengan telur yang ada pada bayi perempuan ketika mereka lahir. Semasa lahir, bayi perempuan mempunyai lebih kurang 2 juta sel telur dalam ovarinya. Ketika kamu membesar, nombor itu berkurangan dengan drastik. Yang menariknya, hanya satu telur daripada telur yang beratus dan beribu ini akan dibebaskan daripada ovari setiap bulan. Sebaik sahaja seorang wanita mencecah umur tiga puluh, bilangan sel telur dalam ovarinya hanya akan tinggal dalam 100,000 sahaja.

10. Saya boleh mendapat bau badan dengan memakan makanan pedas dan berempah atau meminum kopi.
Jawapan yang tepat ialah: SALAH
Memakan hidangan pedas atau meminum kopi ketika makan tengahari atau minum petang tidak akan memulakan bau badan… sekurang-kurangnya belum lagilah. Walaupun makanan pedas dan kopi boleh menyebabkan seseorang berpeluh dengan banyak, peluh itu sebenarnya tidak berbau. Bakteria yang membiak dalam kelembapan yang menyebabkan peluh itu berbau. Pada akhirnya, bau ini yang menyebabkan bau badan. Tidak semua bau yang dihasilkan oleh tubuh itu busuk. Setiap orang mempunyai pilihan terhadap bau-bau tertentu. Apa yang kamu bau wangi mungkin dianggap busuk oleh orang lain. Budaya berlainan juga mempunyai tanggapan berlainan mengenai bau yang dianggap wangi. Wanita juga mungkin tertarik pada sesetengah lelaki kerana bau mereka dan begitulah sebaliknya. Memakan banyak hidangan pedas dan meminum kopi boleh menyebabkan bau nafas yang busuk dan juga menyumbang terhadap bau badan. Walaupun diet yang merangkumi hidangan pedas dan kopi tidak terbukti menyebabkan bau badan, pengambilan daging merah yang terlalu banyak boleh menyebabkan kamu berbau… sedikit.

No comments:
Post a Comment