Jawapan yang tepat ialah: Fasa dalam hidup seseorang apabila dia mula mempersoalkan orientasi seksual dirinya
Pada masa-masa tertentu dalam hidup, kita mula mempersoalkan identiti dan seksualiti kita. Ini merupakan satu fasa semula jadi yang dilalui oleh semua orang. Kita melalui pelbagai pengalaman yang mengubah hidup. Apabila minda dan tubuh berkembang, pertimbangan diri kita pun turut sama melaluinya. Mempersoalkan seksualiti seseorang mungkin boleh mengelirukan dan mengganggu. Ia juga mungkin memberikan perasaan takut dinilai dan ditolak. Perbalahan emosi dan fikiran mungkin berlaku untuk sesetengah orang yang sedang melalui fasa ini. Apabila ia berlaku kepada kamu atau orang tersayang, mintalah bantuan daripada kaunselor profesional yang boleh membantu kamu untuk lebih memahami apa yang sedang berlaku.

2. Bolehkah saya hamil dengan menelan air mani?
Jawapan yang tepat ialah: Tidak sama sekali
Kehamilan hanya berlaku apabila sperma yang terdapat pada air mani masuk ke dalam tiub Fallopio dan bersatu dengan sel telur. Tekak kamu tidak mempunyai laluan untuk terus ke sistem pembiakan jadi kamu tidak akan hamil sekiranya kamu tertelan air mani ketika melakukan seks oral. Namun begitu, kamu mungkin mendapat STI, herpes atau HIV apabila kamu melakukan seks oral dengan mereka yang telah dijangkiti melalui pertukaran air liur, darah dan cecair badan lain atau sekiranya kamu mempunyai luka di gusi dan mulut.

3. Semasa seks, penis dan vagina sama mengembang.
Jawapan yang tepat ialah: BENAR
Apabila terangsang, tubuh juga turut memberikan tindak balas terhadap seks dengan cara tertentu. Pada lelaki, penis menjadi semakin keras dan tegak. Pada wanita pula bibir luaran kelihatan menebal semasa vagina menjadi lebih lembab dan bahagian atas terusan vagina mula mengembang. Perubahan ini berlaku apabila darah turun ke vagina dan penis, membuatkan ia lebih penuh dan bersedia untuk perhubungan seks.

4. Berapakah tempoh purata orgasma wanita?
Jawapan yang tepat ialah: 20 saat
Tindak balas seksual berbeza antara seorang wanita dan wanita lain. Sesetengah wanita memerlukan lebih masa untuk mencapai klimaks (orgasma). Sesetengah orgasma juga mungkin lebih panjang berbanding yang lain. Ada juga yang tidak merasai orgasma langsung. Orgasma wanita agak rumit dan kelihatannya seperti bergantung pada perasaan selamat dan kepuasan emosi dengan pasangan mereka. Biasanya, wanita memerlukan lebih masa untuk mencapai orgasma berbanding lelaki, tetapi bila mereka mencapainya ia lebih lama antara 15 hingga 50 saat!

5. Bagaimana nak tahu sekiranya seorang wanita itu bukan lagi dara?
Jawapan yang tepat ialah: Saya tak akan tahu melainkan dia beritahu
Tak mudah untuk mengetahuinya. Bukan melalui cara jalan atau sebarang perubahan kulit ataupun mood. Selaput dara yang masih belum koyak yang merujuk pada lapisan nipis bulat yang menutupi sebahagian daripada pembukaan vagina, mungkin merupakan tanda yang seorang gadis itu masih lagi dara. Tapi itu tak semestinya benar. Selaput dara juga boleh meregang dan mungkin masih kekal walaupun selepas hubungan seks.

6. Mencium orang lain akan membuatkan saya:
Jawapan yang tepat ialah: Mendapat jangkitan herpes (sekiranya saya mencium seseorang yang mempunyai luka terbuka)
Betulkan fakta kamu tu – mencium seseorang tidak membuatkan kamu hamil. Dan juga tidak boleh menyebarkan HIV atau penyakit kelamin lain, meskipun terdapat risiko kecil, sangat-sangat kecil untuk mendapat HIV sekiranya kamu bercium dan terdapat luka pada mulut atau gusi. Untuk jangkitan kelamin pula (kulat pada vagina atau penis), ia akan disebarkan menerusi sentuhan kulit, biasanya semasa oral seks atau persetubuhan. Luka kecil atau koyakkan pada kulit boleh menyebabkan jangkitan virus dengan mudah pada kawasan ini. Herpes? Oh itu cerita lain. Kelihatan seperti benjolan merah atau ketulan yang mengandungi cecair jernih pada bibir atau di tepi mulut, herpes boleh merebak melalui sentuhan terus dengan kulit yang dijangkiti, biasanya berlaku semasa bercium.

7. Adakah ia dianggap sebagai rogol sekiranya kamu tidak mahu melakukan persetubuhan dan pasangan telah memaksa kamu melakukannya?
Jawapan yang tepat ialah: Ya, walaupun kami pernah bersetubuh sebelum ini
Tidak kisahlah sama ada ia merujuk pada seseorang yang rapat dengan kamu, seperti teman lelaki ataupun kamu telah melakukan seks dengan seseorang itu, rogol tetap rogol, walau dari perspektif manapun. Apabila seseorang memaksa kamu untuk melakukan seks, katakan tidak dengan tegas. Jika dia mula menjadi ganas dan cuba untuk memaksa kamu secara fizikal, lindungi diri kamu dan cuba cari cara untuk melarikan diri tanpa mencederakan diri kamu. Rogol merupakans satu jenayah. Bila ia berlaku, laporkan pada pihak polis dan minta bantuan profesional yang boleh memberikan kamu nasihat dan perlindungan sewajarnya.

8. Perhubungan yang mendera merujuk pada:
Jawapan yang tepat ialah: Semua di atas
Seseorang yang memalukan kamu, mengugut untuk mencederakan kamu atau memang benar-benar mencederakan kamu memerlukan bantuan profesional. Berada dalam perhubungan yang mendera bukannya mudah. Untuk sentiasa disakiti oleh seseorang yang kamu sayang dan ambil berat boleh merosakkan cara pemikiran dan gaya hidup kamu. Keyakinan diri yang rendah dan takut hidup keseorangan boleh menghalang wanita sebegini untuk memberhentikan perhubungan yang mendera. Sekiranya kamu bersama dengan seseorang yang mencederakan kamu atau tidak endah mengenai perasaan kamu, cuba untuk menjadi lebih berani dan dapatkan bantuan. Bercakaplah dengan kaunselor profesional yang boleh membantu kamu membuat keputusan.

9. Kedua-dua lelaki dan wanita boleh memancut tanpa mencapai klimaks.
Jawapan yang tepat ialah: BENAR
Betullah tu. Kajian menyatakan yang wanita membebaskan cecair melalui pembukaan kecilnya berdekatan dengan uretra semasa terangsang. Jumlah cecair yang dibebaskan mungkin berbeza antara wanita. Cecair yang dibebaskan datang dari struktur kecil dipanggil kelenjar Skene yang merupakan sama fungsinya dengan kelenjar prostat lelaki. Untuk lelaki, mereka boleh mencapai klimaks tanpa atau dengan ejakulasi. Mengurut bahagian prostat atau mengambil ubat-ubat tertentu boleh menyebabkan pembebasan air mani tanpa klimaks. Walaupun ejakulasi biasanya berlaku ketika klimaks atau orgasma, ia tidak semestinya harus berlaku setiap kali.

10. Bolehkah saya mendapat STI melalui penjolokan vagina dengan jari?
Jawapan yang tepat ialah: Terdapat risiko kecil yang seseorang mungkin mendapat STI yang disebarkan melalui luka atau kudis pada tangan
Ya. Kamu mungkin mendapat STI melalui cara ini. Walaupun ia tidak kerap berlaku, jari dan tangan kamu mungkin telah dijangkiti oleh organisma yang menyebabkan herpes atau penyakit kelamin. Walaupun kulat yang dijumpai pada jari mungkin tidak akan menjangkiti vagina atau penis, jejari yang telah dijangkiti dengan virus herpes boleh menyebarkan jangkitan tersebut pada organ seks kamu. Herpes kelihatan seperti ketulan merah pada kulit. Ketulan ini mengandungi cecair jernih yang mungkin menyebabkan kesakitan atau gatal. Jadi berhati-hatilah dengan setiap luka atau kudis pada tangan atau jari pasangan kamu. Ketahui juga yang walaupun seseorang itu mempunyai virus herpes dalam tubuhnya, ia tidak semestinya ditunjukkan dengan terdapatnya kudis pada tangan.

No comments:
Post a Comment