Thursday, April 21, 2011

Kuetiaw Goreng Ringkas (Selera Sayangku)

Bahan-bahan:

  • 200gm kuetiaw
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 80gm brokoli
  • 50gm lobak merah (disagat)
  • 2 biji telur
  • 150gm udang
  • 2 sudu makan kicap
  • Minyak (menggoreng)
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan telur. Hancur-hancurkan telur sehingga masak. Ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang dan kacau sehingga hampir masak.
  4. Masukkan brokoli dan kacau sehingga hampir lembut.
  5. Akhir sekali masukkan kuetiaw, telur, lobak merah dan kicap. Kacau sehingga sebati dan masak. Sedia dihidangkan.
Info:
Jika ingin membawa makanan semasa berkelah, sebaik-baiknya membawa makanan tidak berkuah untuk mengelakkan tertumpah ketika dalam perjalanan dan cepat basi.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...