Saturday, April 23, 2011

Nasi Goreng Cina (Selera Sayangku)

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk kecil nasi
  • 50gm isi ayam / udang
  • 50gm sayur campur
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam / udang dan kacau. Biarkan sebentar sehingga ayam / udang masak.
  3. Masukkan telur dan kacau hancur.
  4. Masukkan sayur campur dan biarkan seketika.
  5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata sehingga masak.
  6. Sedia dihidangkan.
Info:
Hati, daging, ikan bilis, sayuran berdaun hijau, telur, kerang, roti, kekacang dan buah-buahan kering kaya dengan zat besi.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...