Sunday, April 24, 2011

oregano??

Oregano Leaves
Oregano Dried

Nama Saintifik: Origanum vulgare
Bergantung kepada tempat ia ditanam, secara umumnya, rasa oregano lebih kuat di tempat yang lebih panas. Rasanya menarik dan tidak tenggelam bersama bahan. Ia sebati dengan bawang putih. Aromanya kuat, dan rasanya sedikit pahit. Kekuatan rasanya pelbagai, oregano yang berkualiti tinggi sangat berperisa hingga boleh mengebaskan lidah, tetapi melada di iklim sejuk selalunya kurang berperisa.
Walaupun oregano segar lebih kompleks dan menarik, herba ini lebih banyak digunakan secara kering. Oregano kering selalunya lebih berperisa dari yang segar. Rasanya yang berempah, disesuaikan dengan ketumbar, dan sering digandingkan dengan jintan putih.
Oregano banyak digunakan dalam masakan Itali dan Greek. Ia selalu digunakan dalam sos tomato, dengan sayur goreng, dan daging bakar. Bersama daun selaseh, ia penyumbang rasa unik dalam masakan Itali. Oregano sesuai dengan acar buah zaitun, melada, dan daun lovage. Ia boleh digunakan dengan makanan pedas. Oregano menambah perisa salad, dan juga ditambah dalam sos lemon-zaitun untuk dimakan bersama ikan dan daging bakar.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...