Tuesday, April 12, 2011

Puding Jeli (selera sayangku)

pandangan dari atas


Bahan-bahan:
  1. 250ml susu cair
  2. 1 cawan jagung krim
  3. 1 cawan gula
  4. 1 cawan tepung kastard
  5. 1 cawan tepung jagung
  6. 5 cawan air
  7. 1 tin koktel buah
  8. 1 serbuk jeli segera (perisa strawberi)
Cara membuat:

  1. Campur susu cair, jagung krim, gula, tepung kastard, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan pekat.
  2. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat, padam api dan tuang adunan ke dalam mangkuk hidangan.
  3. Sementara itu, masak jeli segera mengikut cara yang tertulis pada kotaknya. Setelah masak, tuan jeli ke dalam adunan puding tadi.
  4. Hias dengan koktel buah diatasnya dan sejukkan.

letak dalam bekas kecil2 senang anak2 nak makan...mrnarik perhatian dia...

Info:
Bagi mengekalkan kandungan nutrien di dalam sayur-sayuran, elakkan merendam selepas dipotong.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...