Berdoa itu bukan hanya selesai solat,
dan apabila berkehendak hajat,
atau apabila bertemu musibat,
Doa adalah zikir harian yang dilakukan di mana-mana,
dalam apa jua situasi,
semasa berhias diri,
memandu, bekerja,
berjalan-jalan ataupun menziarahi rakan.
Biar apapun keadaan kita,
sentiasa ada doa yang sesuai diucapkan.
Berdoalah...
semoga kita sentiasa dirahmati olehnya,
dan semoga segala permohonan kita
akan tercapai jua...
apabila kita memulakannya
dengan sepotong doa paling mustajab Bismillaahirrahmaanirrahim
dan disudahi dengan ucapan paling tulus...
Amin, ya Rabbal Alamin.
Adab & Sebab Doa Diterima
- Niat yang ikhlas kerana Allah.
- Yakin doa diterima.
- Merendahkan suara semasa berdoa.
- Mengulangi doa sebanyak tiga kali.
- Berdoa dengan khusyuk serta rasa rendah diri.
- Mengadap kiblat.
- Mohon diampunkan segala dosa dan bertaubat.
- Mula dan akhiri dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi Muhammad.
- Berdoa dalam keadaan suci dan berwuduk.
- Mengangkat kedua belah tangan dengan rasa rendah hati.
- Memastikan urusan kehidupan adalah dari sumber yang halal.
- Mulakan dengan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
- Ucap syukur atas nikmat Allah.
- Tidak menyanyi atau berlagu-lagu dalam berdoa.
- Tidak memohon selain daripada Allah.
Masa & Tempat Mustajab Berdoa
- Penghujung sembahyang fardhu.
- Semasa bersujud.
- Antara iqamat dan azan.
- Pada waktu tengah malam.
- Pada malam Lailatul Qadar.
- Hari Jumaat.
- Hari Arafah.
- Pada bulan Ramadhan.
- Semasa bermusafir.
- Semasa berada di hadapan Kaabah.
- Semasa berada dalam masjid ilmu.
- Semasa berada di Safa dan Marwah.
- Semasa hujan turun.
- Semasa berjuang di jalan Allah.
- Semasa berlaku bencana.
No comments:
Post a Comment