Tuesday, May 17, 2011

Kenapa CD Bocor???

Kenapa CD Bocor???
Bagi ibu-ibu yang berCD, kadang2 situasi ini akan membelenggu diri kan? ada beberapa sebab yang menyebabkan CD boleh bocor. jadi di sini saya rungkaikan satu persatu.




1. TIDAK PREWASH SEBANYAK 3 KALI ATAU LANGSUNG TIDAK PREWASH.


Kadang-kadang sebab terlalu excited dengan CD yang baru dibeli, ada ibu2 yang prewash hanya sekali sahaja. Sepatutnta Cd dan insert perlu di prewash sebanyak  kali bagi menjamin serapannya untuk pemakaian kali pertama. kenapa perlu prewash? sebabnya kalau baju yang kita baru beli pun, mesti kita basuh dulu sebelum pakai kan? kita nak hilangkan kotoran dari kilang. entah apa2 kotoran yang melekat masa perjalanan CD dari kilang, jua semasa membuat CD. satu lagi konsep CD dan insert ni, makin lama di basuh, maka makin kuat serapannya, ibaratnya sama dengan tuala yang baru dibeli, jika kali pertama kita pakai selepas sekali di basuh, serapan air pada tuala masih kurangkan, kita masih rasa badan basah, hal ni sama juga dengan CD.tuala kita perlu dibasuh berulang kali baru la lama2 makin serap air. ingat, CD anak kita tu, makin banyak laki basuh serapan makin power, jadi tiada lagi masalah CD bocor kan?




2. PEMAKAIAN YANG TERLALU LAMA


kadang2 kita terlajak memakaikan CD secara terlalu lama, jadi CD ni akan bocor. para ibu sekalian, hatta pakaikan lampin pakai buang secara terlalu lama pun lampin tadi akan penuh kan, sama la jugak dengan CD ni. CD boleh di pakaikan sehingga 3-4 jam dan bergantung juga pada jenis anak. kalau anak jenis heavy wetter, mungkin 4 jam adalah tempoh yang terlalu lama untuk pemakaian 1 CD. jadi bila dh tgk pada getah CD dah nampak macam basah, terus tukar pada CD yang baru. jangan tunggu sampai lenjun dan dah meleleh kat lantai baru nak tukar.




3. ADAKAH ANAK ANDA JENIS HEAVY WETTER?


anak saya adalah yang jenis heavy wetter jadi setiap kali pakai CD mesti double insert. kalau single insert, mesti sekejap saja dah bocor. ada ibu2 yang berpegang pada  single insert. sepatutnya bila anak anda jenis yang heavy wetter, perlu pakaikan double insert pada anak anda. tak pun lebih elok jika microfiber insert digandingkan bersama degan insert dari jenis hemp atau bamboo. selain memelihara anak anda dari alergik, insert hemp atau bamboo tadi juga dapat menakung basahan dengan kuantiti berganda berbanding insert microfiber.



4. CUCI INSERT MENGGUNAKAN PELEMBUT @ PELUNTUR

oh tidak!! jangan gunakan pelembut untuk mewangikan CD dan peluntur untuk mencerah atau membersihkan CD. kenapa?!sebabnya pelembut akan membina satu lapisan detergent yang sekaligus akan menghalang fungsi insert sebagai pnyerap basahan. basahan tidak dapat di serap secara maksimum sekiranya wujud lapisan ini pada insert atau inner CD. peluntur pula akan merosakkan sistem binaan microfiber pada insert mcirofiber. pakai sabun biasa pun insert tetap wangikan?



5. CD DIPAKAI LONGGAR

CD perlu di pakai ketat pada anak anda. pastikan pada ruang di celah paha anak anda jangan sampai anda boleh masukkan satu jari diantara peha dan getah CD. ini bermksud CD yang dipakai adalah longgar dan punca ini mendrorong pada kebocoran CD walaupun baru di pakai tak sampai sejam. nota yang saya dapat dari kak sue lunatot, CD perlu dipakai ketat pd anak anda.



6. TIDAK ATAU JARANG STRIPWASHING CD

Setelah berbulan berCD, CD2 anda yang comel itu perlu dilakukan stripwashing. kalau saya, saya buat sebulan sekali. mengenai stripwashing boleh dibaca disini.



7.BASUH CD DENGAN BERSIH

semasa membasuh CD gunakan kuantiti air yang bayak supaya CD tadi yang bergelumang dengan sabun di bilas dn di basuh sebersih-bersihnya sbb ada kalangan ibu2 (cerita dari kawan saya) yang ingin menjaga mutu CD, mereka membasuh CD dengan tangan. oh..saya tak pernak basuh guna tangan..semua robot saya yang lakukan. syabas jka anda salah seorang ibu seperti kawan saya ini. berblik kepada hal ini, jadi bilas sehingga CD bebas dari sabun2 dan buih2 yang ada. jika tidak dibasuh bersih, serapan akan kurang sebb masih ada lapisan sabun kering pada CD anda dan hal lain kan timbul iaitu ruam. kerana apabila air kencing anak bercampur dengan sabun ia akan bertindakbalas menghasilkan ruang pada bontot comel dan mulus anak anda.Minta jauh la perkara seperti ini. 

harap2 info ini sedikit sebanyak membantu dan menambahkan ilmu dalam menggunakan CD.

nanti kita berkongsi tentang hal lain pulak ye..

copy from:MEDAISTORE

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...