Sunday, June 26, 2011

Burger Tuna (Selera Sayangku)


Bahan-bahan :
  • 1 biji roti burger
  • 3 sudu makan isi tuna dalam tin
  • 2 sudu mayones
  • Daun salad, tomato dan timun secukupnya
  • Sedikit mentega
Cara membuat :
  1. Potong 2 roti burger dan bakar sebentar permukaan dalamnya. Sapukan roti dengan mentega.
  2. Susun daun salad, timun dan tomato yang sudah dihiris nipis di atas roti.
  3. Gaul isi tuna dengan mayones dan sapukan di atas susunan salad, timun dan tomato tadi.
  4. Ulang langkah 2 dan tutup dengan bahagian atas roti burger.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Info:
Sekiranya anak-anak anda menolak satu-satu jenis makanan yang diberikan padanya, jangan mudah berputus asa. Sebaliknya cuba lagi pada waktu makan yang lain atau pada hari lain.




No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...