Monday, June 27, 2011

Crepe Ayam Pastrami Keju (Selera Sayangku)



Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung serba guna
  • 1 cawan susu segar
  • 3 biji telur
  • 6 sudu makan mentega (cairkan)
  • 4 sudu besar gula
  • 1/4 sudu teh garam
Bahan topping :
  • 30gm bawang besar (potong labu)
  • 30gm daun bawang (dihiris)
  • 50gm pastrami sayur (potong kecil)
  • Keju secukupnya
  • Sos cili
  • Mayones
Cara membuat :
  1. Campur tepung serba guna, gula & garam ke dalam mangkuk. Gaul rata semua bahan dan ketepikan.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan susu dan mentega. Kacau adunan sehingga sebati.
  4. Masukkan campuran tepung tadi & kacau lagi sehingga adunan cukup sebati.
  5. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit mentega pada permukaannya. Tuang adunan ke dalam kuali tersebut.
  6. Lakukan seperti membuat kuih gulung @ apam balik nipis @ lempeng
  7. Setelah separuh masak, tabur bawang besar, daun bawang, pastrami ayam & keju.
  8. Apabila masak, angkat dan letak sos cili & mayones di atasnya. Sedap dimakan ketika masih panas.
Info :
Makanan berserat tidak mengandungi kelori kerana tubuh tidak boleh menghadamkan atau pun menyerapnya.
 

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...