Monday, June 27, 2011

Danish Manis (Selera Sayangku)



Info : Garam, gula @ perasa tambahan dilarang dimasukkan  ke dalam makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana ketika itu organ dalaman bayi belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

Bahan-bahan A :

  • 150gm tepung roti
  • 125gm tepung gandum
  • 25gm mentega (untuk adunan)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 15gm yis kering
  • 40gm gula kastor
Bahan-bahan B:
  • 1 cawan susu cair
  • 2 biji telur
  • sedikit perasa lemon
Bahan C :
  • 175gm mentega (untuk lipatan pastri)
Cara membuat :
  1. Gaul sebati semua bahan A di dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan pula bahan B, gaul & uli sehingga menjadi doh. Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama kira-kira 25minit.
  3. Setelah kembang, keluarkan doh. Tabur sedikit tepung gandum di atas papan pencanai & canai doh menjadi segi empat.
  4. Potong kecil-kecil mentega (bahan C) & susun pada sebahagiaan doh yang dicanai nipis tadi. Lipat dan canai lagi sehingga menjadi panjang. Lipat menjadi tiga lipatan.
  5. Bungkus doh yang dilipat di dalam plastik & rehatkan kira-kira 1/2 jam di dalam peti sejuk. Keluarkan doh & canai lagi. (ulang langkah ini selama 3x)
  6. Untuk lipatan terakhir, anda digalakkan menyimpan doh selama 5jam sebelum dipotong & dibentuk menjadi saiz yang digemari.
  7. Sebelum dibakar, sapu madu di atas doh untuk mendapatkan danish manis. Bakar pada suhu 200 darjah celcius sehingga kekuningan.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...