Tuesday, June 28, 2011

Jejari Roti Gandum (Selera Sayangku)

Info : Karbohidrat melindungi otot & membantu mengawal jumlah gula di dalam darah supaya semua sel mendapat tenaga yang diperlukan.

Bahan-bahan :
  • 4 keping roti gandum (ambil bahagian tepi sahaja)
  • 1 biji telur
  • 125ml susu segar
  • Sedikit garam
  • Gula secukupnya
  • Sedikit mentega
Cara membuat :
  1. Pukul telur & garam sehingga sebati. Masukkan susu segar dan kacau rata.
  2. Ambil bahagian tepi roti yang dipotong memanjang celup ke dalam telur tadi.
  3. Sapu sedikit mentega pada dulang pembakar dan susun roti yang dicelup telur tadi di dalamnya.
  4. Tabur gula di atas roti & bakar selama 15 minit hingga 20 minit @ sehingga kekuningan pada suhu 200 darjah celcius.
  5. Sedia dihidangkang ketika masih panas & rangup.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...