Tuesday, September 13, 2011

1st Pap Smear

13 September 2011 is my 1st pap smear...selepoas da hampir 13 month umur Nur Amira Auliya... Dan setelah 2 Year 7 Month usia perkahwinan ebby & En.Mizy.


Selalu bila ke KD (Klinik Desa), nurse akan tya nak buat Pap Smear x? tp asal g je on time bendera merah...kikiki
Sampaikan last month on 24 August 2011...nurse KD da bising..kikiki...ye la...mahu x bising nye Auliya da umur 1 thun...tapi masa tue x ley checkup kat KD sbb bulan puasa...so,malam tadi 13 September 2011 ebby da wat pap smear kat Klinik Panel En.Mizy...


OK Sini nak story sikit apa itu Pap Smear, Kepengtingan Pap Smear, Mengapa Pap Smear Perlu di lakukan & Masa Pap Smear d lakukan.....


So, rini B kena story pasal Cik V....Cik V apa???
Cik V stand for V.A.G.I.N.A


Dalam vagina kita ada serviks. Dan pada masa kini jumlah pesakit cancer servik meningkat dari tahun ke tahun. So, apa yang perlu di lakukan??


Bagi yang telah melakukan hubungan seks sama ada secara sah atau tidak sah orang ini perlu melakukan pemeriksaan servik. 


Let's straight to the point....Pap Smear Test ye kawan-kawan!


Once nurse / doc / mo panggil untuk menjalani pemeriksaan you must be ready to be naked!..Not Fully naked. But half naked. Bukak all the garment sebelah pinggang ke bawah. Kalo kate lelaki, mintak la permission pasangan anda terlebiy dahulu. Kalo pompuan??..Alhamdulillah. =)

Alat untuk pap smear test
Spekulum

Imagin alat ini akan dimasukkan ke dalam cik F anda.  =p. So di sini anda perlu relax, kangkang luas2 and breathing. After alat ni dah bukak...

Then die gune brush cervical sampling ni untuk ambik sample pada pintu servix...
Ini Spatula


Die wipe a few time and sapu pada pallette sampling. Done!

Sekejap je ok....

ni ori photo...dapat from gugel
Itu namanya spatula kayu Aylesbury. Macam nombor 2 cakap, dia buat gerakan memutar untuk ambil sel.

Ataupun dia guna brush untuk ambil sel


DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.

Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

* Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
* Mereka yang kerap bertukar pasangan.
* Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

* Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
* Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.

hasil dr copy n paste dari sini ye...

2 comments:

  1. ape pakaian awak pakai buat pap smear?

    ReplyDelete
  2. pakai macam biasa smpai sana doktor akan suruh kita bukak seluar... ;)

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...