Monday, September 19, 2011

Biskut Coklat Cip (Selera Sayangku)

Tanin pada koko membantu mencegah karies gigi & mengurangkan pertumbuhan plak

BAHAN-BAHAN :
  • 250gm mentega
  • 1 1.2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji telur (kuningnya sahaja)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu besar milo
  • 1 cawan walnut (cincang kecil)
  • Cip coklat secukupnya
CARA MEMBUAT :
  1. Pukul mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur & pukul lagi.
  2. Masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung, milo, esen vanila, walnut & cip coklat sedikit demi sedikit & gaul sebati.
  3. Sudukan adunan mengikut saiz yang digemari di atas dulang pembakar yang sudah disapukan sedikit mentega.
  4. Bakar biskut dengan api sederhana selama 15 minit @ sehingga biskut masak. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...