Sunday, September 11, 2011

Biskut Oat Coklat (Selera Sayangku)



BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula pasir halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bilkarbonat
  • 2 1/2 cawan oat (kisar halus)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 cawan oat untuk salut
CARA MEMBUAT:
  1. Satukan tepung, oat, serbuk koko, garam, soda bikarbonat & serbuk penaik ke dalam mangkuk & gaul rata. Ketepikan.
  2. Pukul mentega & gula sehingga kembang. Masukkan telur & esen vanilla. Pukul lagi,
  3. Masukkan campuran bahan-bahan kering tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan & gaul rata sehingga menjadi doh.
  4. Bentuk biskut mengikutbentuk kegemaran & golekkan ke dalam kepingan oat.
  5. Bakar padasuhu 180'C selama 20 minit @ sehingga masak
INFO :
Bijirin beras perang baik untuk bayi kerana mempunyai lebih banyak khasiat berbanding beras putih

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...