Sunday, September 11, 2011

Brownies Ceri Walnut (Selera Sayangku)

Gambar Hiasan


BAHAN-BAHAN :
  • 255gm mentega lembut
  • 250gm gula kastor
  • 10gm ovalette
  • 280gm telur
  • 30gm gliserin
  • 50gm coklat masakan (cairkan)
  • 285gm tepung halus
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 15gm serbuk koko
  • 100gm walnut (panggang sekejap & potong kecil)
  • 270gm ceri dalam tin (buang sirapnya)
  • 70gm cip coklat
BAHAN-BAHAN GANACHE :
  • 250gm coklat gelap (potong kecil-kecil)
  • 250gm krim putar non dairy
  • 1/2 sudu besar mentega
CARA MEMBUAT :
  1. Pukul mentega, gula & ovalette selama 10 minit @ sehingga gebu.
  2. Masukkan telur & pukul selama 5 minit lagi dengan kelajuan sederhana. Kemudian masukkan gliserin & coklat masakan.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko & serbuk penaik sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Pukul sebati.
  4. Bentuk biskut mengikut bentuk kegemaran & golekkan ke dalam kepingan oat.
  5. Bakar dalam loyang bersaiz 10" pada suhu 160'C selama 1 jam 15 minit @ sehingga masak.
  6. Ganache (topping) : Panaskan krim putar non dairy sehingga suam sahaja & tuang ke dalam coklat gelap. Masukkan mentega & gaul sebati. Biarkan selama 2 jam.
  7. Setelah brownies sejuk, tuang ganache di atasnnya & boleh dihias dengan coklat putih kalau suka.
INFO :
Pastikan telur yang hendak dibuat biskut @ kek berada di dalam suhu bilik. Jika telur di simpan di dalam peti ais, keluarkan terlebih dahulu lebih kurang 30 minit sebelum digunakan untuk mengadun biskut.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...