Tuesday, September 27, 2011

Botok Ares

BOTOK ARES Botok Ares
Botok Ares merupakan masakan kukus dibungkus daun berbentuk tum dengan bahan utamanya ares, iaitu bahagian dari dalam batang pisang.
Untuk rasanya, silakan cuba sendiri resepi botok ares untuk 8 bungkus:

BAHAN BOTOK ARES :
  • Ares 400gram (potong kasar)
  • Kelapa muda 200gram (parut)
  • Cabai rawit merah 15biji
  • Lengkuas 3cm (potong kasar)
  • Daun salam 3 helai (potong 2 setiap helai)
  • Daun pisang secukupnya
  • Air secukupnya
BUMBU HALUS :
  • Bawang merah - 7 biji
  • Bawang putih - 4 ulas
  • Cabai merah - 5 biji (buang bijinya)
  • Ketumbar sangrai - 1 sudu teh
  • Terasi bakar - 1 1/2 sudu teh
  • Asam jawa - 1/2 sudu teh
  • Garam secukupnya
CARA MEMBUAT :
  1. Rebus air sehingga mendidih, masukkan ares & sedikit garam. Masa hingga ares layu. Angkat & sejatkan.
  2. Perah ares sehingga airnya betul-betul kering. Asingkan.
  3. Campur ares dengan kelapa parut & bumbu halus. Gaul sehingga rata.
  4. Ambil selembar daun pisang ukuran 10x15cm. Masukkan 2-3 seduk adunan ares di atasnya.
  5. Panaskan pengukus, kukus botok hingga masak. Angkat dan hidangkan panas-panas.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...