Saturday, September 10, 2011

Waffle Enak (Selera Sayangku)

GambarMak Cik Gugel
BAHAN-BAHAN :
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu minyak sayur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 1/2 sudu teh gula
  • 1 1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT :
  1. Pukul telur sehingga sedikit kembang.
  2. Campur susu segar, minyak sayur, tepung gandum, serbuk penaik, gula & garam. Gaul sebati.
  3. Tuang adunan ke dalam acuan waffle yang telah dipanaskan & disapukan dengan sedikit majerin.Sekiranya tidak mempunyai acuan waffle, bolehlah dimasak di dalam kuali seperti membuat lempeng.
  4. Waffle ini boleh dimakan bersama mentega kacang, mentega, jem buah-buahan @ madu mengikut citarasa sendiri.
INFO :
SUSU, DADIH, KEJU, IKAN BILIS, IKAN SARDIN BERTULANG, KEKACANG, TEMPE, TAUHU ADALAH MAKANAN YANG KAYA DENGAN KALSIUM. PENGAMBILAN MAKANAN DALAM KUMPULAN INI BAIK UNTUK TUMBESARAN & PERTUMBUHAN TULANG ANAK-ANAK.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...