Friday, October 12, 2012

Zat Penting DALAM MAKANAN

DHA-Nutrien ini penting bagi membantu perkembangan otak & mata bayi mahupun kanak-kanak. Kajian menunjukkan kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang mengambil suplemen DHA semasa hamil & ketika menyusukan menunjukkan keputusan ujian IQ yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang mana ibunya tidak mengambil suplemen DHA

PROBIOTIK - Bakteria hidup bermanfaat pada kesihatan kerana di dalam usus, probiotik menghasilkan enzim dan vitamin C tertentu. Ia berupaya memperbaki penghadaman & penyerapan nutrien sekali gus mencegah masalah sembelit & radang usus. Untuk pengetahuan anda, suplemen probiotik adalah selamat untuk diambil dalam jangka masa panjang.

ASID FOLID - Disarankan mengambil 400-600mg asid folid sehari dengan memakan sayur berdaun hijau & kekacang. Ia berperanan dalam pembentukkan hemoglobin iaitu pigmen yang mengankut oksigen ke sel-sel tubuh serta berupaya mencegah kecacatan tiub saraf (NTD)

KALSIUM & VITAMIN D - Pengambilan kalsium & vitamin D patut diberi perhatian untuk perkembangan tulang & gigi sihat. Wanita hamil disarankan mengambil sekurang-kurangnya 1000-1200mg kalsium sehari.

KARBOHIDRAT - Diperlukan sebagai sumber tenaga harian. Sumber karbohidrat yang penting boleh didapati dalam nasi, pasta, bijirin, roti bijirin penuh & kentang. Pastikan ada mendapat 55% keperluan karbohidrat sepanjang hari.

PROTEIN - Daging, ikan, ayam, telur putih, kekacang & tofu merupakan sumber makanan yang mengandungi protein & nutrien ini penting untuk perkembangan sel-sel baru bayi.

VITAMIN C - Ketikan hamil, vitamin C sangat penting sebagai pembantu untuk menyerap zat besi, merangsang kasiat gusi, tulang & gigi serta mengekalkan daya ketahanan tubuh. Ibu & bayi memerlukan vitamin C yang cukup untuk pembentukan kolagen sebagai komponen tulang rawa, otot, tulang & kulit. Vitamin C boleh didapati daripada buah-buahan sitrus, sayuran hijau, jambu batu & tomato.

ZAT BESI - Nutrien ini sangat penting untuk menghasilkan sel darah merah yang cukup jika tidak, fungsi organ & tisu tubuh akibat kekangan oksigen akan terjejas. Bayi anda juga akan terdedah kepada bahaya. Sebenarnya, nutrien ini paling mudah didapati daripada sumber haiwan (daging) berbanding sumber tumbuh-tumbuhan (sayuran).

AIR - Tubuh badan anda perlu dijaga rapi daripada dijangkiti sebarang penyakit kerana boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan. Untuk menhindari diri daripada dijangkiti demam atau selesema, anda digalakkan untuk minum air dalam kuantiti yang disarankan. Ketika hamil, isi padu darah meningkat secara mendadak. Dengan meminum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari boleh mengelakkan masalah seperti dehidrasi & sembelit.


No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...