Tuesday, January 07, 2014

¤Cara Makan Vitamin SHAKLEE¤

Bila sebut SUPPLEMENT sebenarnya tidak terikat pon waktu makannya..berbeza dengan ubat..tp kalo kita makan dengan konsisten..keberkesananNya senang d perolehi...SUPPLEMENT juga tiada pantang larang seperti makan ubat...ubat kekadang ada y x blh minum ngan tea..atau susu...SUPPLEMENT tidak seperti itu sbb ia merupakan MAKANAN TAMBAHAN..blh ikuti jadual y sudah d tepek..






Apa yang saya pelajari setelah melibatkan diri selama setahun dalam Shaklee ialah tentang kepentingan mengambil vitamin dengan cara yang betul. Setiap pengedar Shaklee akan memberi jadual pengambilan vitamin mengikut kesesuaian customer tersebut. Sementelah pula setiap orang tidak mengambil vitamin yang sama, tidak mempunyai tahap kesihatan yang sama dan lain-lain lagi.

Ada yang susah nak makan vitamin pada waktu kerja. Jadi boleh ambil pada waktu pagi atau malam sahaja, ketika berada di rumah. Ada pula yang rasa mengantuk jika mengambil B Kompleks pada waktu pagi, maka disarankan pengambilan selepas makan tengah hari (lunch). Ada juga yang suka ambil semua serentak, sebab takut lupa. Semua boleh dan ianya fleksibel. Cuma ada beberapa 'basic rules' tentang ini. Di sini dikongsikan cara makan vitamin Shaklee yang wajib diketahui.   





SELEPAS SARAPAN

Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :
Vitalea
B Kompleks
Vitamin C
ESP / Cinch / Meal Shakes 


SELEPAS MAKAN TENGAH HARI 

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk. Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai diambil :
Lecithin
Omega
Vitamin E
GLA (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya) 


SELEPAS MAKAN MALAM 

Lecithin
Alfalfa 
Zink (Perlu diambil setiap hari hanya jika mengalami masalah keguguran rambut yang serius)


SEBELUM TIDUR

Ostematrix
ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
Herblax (2 kali seminggu sahaja)


Tambahan :
1. Nutriferon - seminggu satu sachet sahaja kecuali ketika rasa nak demam atau demam, boleh diambil setiap hari. 
2. Vivix - selepas makan


PENTING 
Vitalea tidak boleh diambil Ostematrix atau susu
Vitamin E tidak boleh diambil bersama Alfalfa
Pastikan pengambilan air masak mencukupi - 2 hingga 3 liter

* Tidak semua vitamin disenaraikan di sini. Untuk jadual yang lengkap sila hubungi pengedar anda. 

Jadual dan cara makan ini flexibel ye...bergantung kepada situasi anda...n cara SID anda terangkan...

jika ada sebarang pertanyaan boleh trus hubungi sy d talian 012-956.9686




No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...