Thursday, April 14, 2011

Puding Coklat (selera sayangku)

Bahan-bahan:
  • 500ml susu segar
  • 100gm gula
  • 25gm mentega
  • 100gm coklat masakan (potong kecil)
  • 25gm tepung jagung (bancuh dengan air)
Cara Membuat:
  1. Campur susu, gula, mentega dan coklat masakan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan pastikan adunan ini sentiasa dikacau.
  2. Setelah mendidih, kecikan api dan masukkan bancuhan tepung jagung. Terus kacau adunan sehingga menjadi licin dan berkilat. Padam api.
  3. Tuang adunan ke dalam bekas-bekas kecil kerana puding ini sangat lembut.
  4. Hias mengikut cita rasa seperti menabur kekacang, gula-gula manik atau coklat urai di atasnya.
Info:
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng makanan bagi mengurangkan penyerapan minyak.


2 comments:

  1. comeii..mesti sedap ni..
    i like choc flavour

    ReplyDelete
  2. farah keifli cba buat..kalau menjadi jgn lupa komen tau

    ReplyDelete

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...