Showing posts with label Manisan Lembut (Selera Sayangku). Show all posts
Showing posts with label Manisan Lembut (Selera Sayangku). Show all posts

Monday, April 18, 2011

Puding Oat Mangga (selera sayangku)

Bahan-bahan:

  • 50gm aerbuk puding segera perisa mangga
  • 950ml air
  • 120gm oat
Cara membuat:
  1. Didih ar dan masukkan serbuk puding sedkit demi sedikit.
  2. Apabila semua bahan larut, masukkan oat dan tutup api.
  3. Sediakan acuan. Tuang larutan puding ke dalam acuan dan biarkan beku.
Info:
Coklat mengandungi asid amino lengkap untuk memelihara protein di dalam tubuh.

Jeli Nanas (selera sayangku)

Bahan-bahan:

  • 90gm serbuk adunan agar-agar Jeli A
  • 100ml jus atau perisa nanas
  • 300ml air
  • Kiub nanas dalam tin secukupnya - potong kecil
Cara membuatnya:
  1. Mula-mula, masukkan air dan jus nanas ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Kemudian, tuangkan serbuk adunan agar-agar Jeli-A perlahan-lahan ke dalam air yang telah mendidih. Kacau selama dua hingga tiga minit. Padamkan api.
  3. Selepas itu, tuang larutan agar-agar tadi ke dalam acuan.
  4. Masukkan pula kiub nanas ke dalam agar-agar.
  5. Sejukkan agar-agar di dalam peti sejuk sehingga keras.
  6. Setelah cukup keras, keluarkan agar-agar dari acuan dan hidangkan.
Info:
Kanak-kanak hiperaktif perlu dikawal pengambilan gula dan kabohidrat bagi mengelakkan rangsangan terhadap tahap hiperaktif mereka.

Sunday, April 17, 2011

Jeli Aiskrim (selera sayangku)

Bahan-bahan:
  • 10gm serbuk jeli putih
  • 250gm gula halus
  • 125ml susu segar
  • 950ml air
  • Kismis sebagai hiasan
Cara membuat:
  1. Rebus kismis sampai lembut dan tos.
  2. Didih air bersama gula. Maukkan serbuk jeli sedikit demi sedikit dan kacau sehingga semua bahan larut.
  3. Tuan dalam acuan aiskrim dan masukkan lima hingga tujuh biji kismis.
  4. Bekukan di dalam peti. Siap dihidang
Info:
Gula semulajadi terdapat di dalam buah-buahan,sayur-sayuran berkanji dan susu.

Agar-agar roti (selera sayangku)

Bahan-bahan:
  • 10gm serbuk agar-agar.
  • 250gm gula halus.
  • 1 liter air.
  • 4 keping roti (buang bahagian tepi)
Cara membuat:
  1. Didih air bersama gula. Masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit.
  2. Biarkan semua bahan larut dan padam api.
  3. Susun roti dalam loyang empat segi dan tuang agar-agar setinggi 1 inci. Biarkan sejuk.
  4. Bentuk agar-agar menggunakan acuan terap mengikut cita rasa anda. Sedia dihidangkan.
Info:
Agar-agar mudah dibentuk menggunakan acuan. Anda boleh memilih sama ada menggunakan acuan tertutup atau terbuka. Kedua-duanya menghasilkan bentuk yang menarik.

kalau nk perisa coklat blh letak serbuk coklat @ milo...kalau nk perisa susu,letak susu cair...

Saturday, April 16, 2011

Agar-agar Hijau Bersantan (resepi sayangku)

Bahan-bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar (kosong)
  • 200ml perahan air pandan
  • 200ml santan
  • Sedikit pewarna hijau jika suka
Cara membuat:
  1. Jerang air pandan sehingga mendidih dan masukkan agar-agar perlahan-lahan. Kacau hingga larut selama kira-kira 3 minit.
  2. Tambah santan dan sedikit pewarna hijau. Kacau sebentar sehingga semuanya sebati dan padamkan api.
  3. Tuang agar-agar ke dalam acuan dan biarkan keras. Simpan dalam peti sejuk.
Info:
Pengambilan gula yang berlebihan mendedahkan seseorang kanak-kanak itu kepada karies gigi, obesity, kencing manis dan penyakit jantung.

Friday, April 15, 2011

Puding Warna-Warni (Selera Sayangku)

Bahan-bahan:
  • 20gm serbuk gelatin
  • 650ml air
  • 200gm gula
  • 60gm mentega
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • pewarna makanan (mengikut cita rasa)
Cara membuat:
  1. Masak air dan gula sehingga mendidih. Tutup api dan biarkan sedikit sejuk.
  2. Campur serbuk gilaten ke dalam air gula tadi dan kacau sehingga larut. Ketepikan.
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sedikit kembang.
  4. Campur dengan susu cair dan tepung kastard. Kacau rata adunan dan tapis. Tuang adunan yang ditapis tadi ke dalam campuran air gula dan gelatin tadi. Kacau sebati.
  5. Masak semula adunan dengan api sederhana sehingga mendidih. Masuk mentega dan esen vanila. Kacau lagi dan padam api.
  6. Bahagikan kepada beberapa bahagian yang anda suka dan warnakan setiap satunya dengan warna berlainan.
  7. Tuang adunan secara berselang-seli ke dalam loyang. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Info:
Hidangkan sayur-sayuran dan buah-buahan secara segar. Minsalnya dibuat rojak atau salad.

Thursday, April 14, 2011

Puding Coklat (selera sayangku)

Bahan-bahan:
  • 500ml susu segar
  • 100gm gula
  • 25gm mentega
  • 100gm coklat masakan (potong kecil)
  • 25gm tepung jagung (bancuh dengan air)
Cara Membuat:
  1. Campur susu, gula, mentega dan coklat masakan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan pastikan adunan ini sentiasa dikacau.
  2. Setelah mendidih, kecikan api dan masukkan bancuhan tepung jagung. Terus kacau adunan sehingga menjadi licin dan berkilat. Padam api.
  3. Tuang adunan ke dalam bekas-bekas kecil kerana puding ini sangat lembut.
  4. Hias mengikut cita rasa seperti menabur kekacang, gula-gula manik atau coklat urai di atasnya.
Info:
Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng makanan bagi mengurangkan penyerapan minyak.


Wednesday, April 13, 2011

Jeli koktel (resepi sayangku)

Bahan-bahan:
  • 100gm serbuk jeli
  • 400ml air
  • 1 tin kecil buah-buahan campuran
  • krim putar untuk hiasan
  • buah ceri untuk hiasan
Cara membuat:
  1. Didihkan air dan masukkan serbuk jeli sedikit demi sedikit.Kacau rata sehingga masak dan tutup api.
  2. Masukkan buah-buahan campuran dan kacau rata
  3. Tuang jeli ke dalam acuan. Setelah sejuk, simpan sebentar di dalam peti sejuk
  4. Hidang jeli ini bersama krim putar dan buah ceri.
Info:
Kekurangan khasiat pemakanan melemahkan sistem imun tubuh. Kajian menunjukkan vitamin A, asid folik, vitamin B6, B12, Vitamin C, E, zink, tembaga, zat besi dan selenium perlu untuk mengukuhkan system imun agar dapat berfungsi dengan lebih berkesan

Tuesday, April 12, 2011

Puding Jeli (selera sayangku)

pandangan dari atas


Bahan-bahan:
  1. 250ml susu cair
  2. 1 cawan jagung krim
  3. 1 cawan gula
  4. 1 cawan tepung kastard
  5. 1 cawan tepung jagung
  6. 5 cawan air
  7. 1 tin koktel buah
  8. 1 serbuk jeli segera (perisa strawberi)
Cara membuat:

  1. Campur susu cair, jagung krim, gula, tepung kastard, tepung jagung dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan pekat.
  2. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat, padam api dan tuang adunan ke dalam mangkuk hidangan.
  3. Sementara itu, masak jeli segera mengikut cara yang tertulis pada kotaknya. Setelah masak, tuan jeli ke dalam adunan puding tadi.
  4. Hias dengan koktel buah diatasnya dan sejukkan.

letak dalam bekas kecil2 senang anak2 nak makan...mrnarik perhatian dia...

Info:
Bagi mengekalkan kandungan nutrien di dalam sayur-sayuran, elakkan merendam selepas dipotong.

Monday, April 11, 2011

Dadih Strawberi (Selera Manjaku)

Bahan-Bahan:
  1. 4-5 biji strawberi segar - potong kecil
  2. 120gm dadih biasa
  3. 1 sudu makan madu
Cara-Cara Membuatnya:
  1. Masukkan buah strawberi, dadih dan madu ke dalam mesin pengisar
  2. Kisar sehingga halus
  3. Setelah siap,tuangkan ke dalam gelas & sejukkan
  4. Sedia dihidangkan
nyum3...jemput makan ye...hehehe:D


Info: 
Kanak-kanak memerlukan tenaga berterusan untuk keperluan aktiviti dan kadar metobolisme yang tinggi

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...