Showing posts with label Aneka Puri (Selera Sayangku) Hidangan berkhasiat untuk bayi berusia 6 Bulan hingga 10 bulan. Show all posts
Showing posts with label Aneka Puri (Selera Sayangku) Hidangan berkhasiat untuk bayi berusia 6 Bulan hingga 10 bulan. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Puri Keledek (Selera Sayangku)

Bahan-bahan:
  • 00gm keledek (buang kulit dan bersihkan)
  • 2 sudu makan susu tepung (seelok-eloknya susu ibu)
  • 1 sudu teh mentega
  • Sedikit serbuk kunyit kayu manis
  • Air secukupnya untuk merebus
Cara membuat:
  1. Potong dadu keledek dan rebus sehingga empuk. Tos.
  2. Campur susu tepung bersama keledek rebus tadi dan kisar sehingga hancur.
  3. Tambah sedikit serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.
  4. Sedia dihidangkan
Info:
Makanan yang biasa menyebabkan reaksi alergi terhadap kanak-kanak ialah seperti kuning telur, ikan dan kekacang.

Bubur Cha Cha (Selera sayangku)



Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk kecil bubur cha cha kering - direbus
  • 1 mangkuk kecil keledek (potong dadu dan rebus)
  • 1 mangkuk kecil isi jagung
  • 1/4 mangkuk kecil sagu mata ikan
  • 2 mangkuk pati santan
  • Gula secukupnya
  • Air secukupnya
  • Daun pandan
Cara membuat:
  1. Mula-mula masukkan pati santan, air, gula, isi jagung dan daun pandan.
  2. Kemudian, masukkan pula bubur cha cha dan keledek. Kacau lagi.
  3. Selepas itu, masukkan sagu mata ikan dan kacau lagi.
  4. Setelah semua bahan masak, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Info:
Kanak-kanak yang berlebihan berat perlu mengurangkan pengambilan makanan bergula dan berlemak.

Tuesday, April 12, 2011

Puri Labu, Epal & Oat

Bahan-bahan:
  • 1 biji epal (buang kulit & potong dadu)
  • 100gm labu (buang kulit & potong dadu)
  • 50gm oat (campur dengan sedikit susu panas)
Cara Membuat:
  • Rebus epal dan labu sehingga empuk. Kisar atau lecek kedua-dua bahan tapi jangan terlalu hancurkerana pada usia 8 bulan hingga 10 bulan bayi sudah boleh mengunyah
  • Campurkan dengan oat dan kacau rata
  • Sedia dihidangkan
Info:
Tekstur makanan bayi berbeza mengikut peringkat umurnya. Semakin besar bayi, semakin besar tekstur makanan nya

Bubur Nasi Bersama Ayam & Brokoli

Bahan-bahan:
  1. 50gm beras
  2. 100gm sis ayam (potong kecil)
  3. 50gm brokoli (potong kecil)
  4. Air secukupnya
Cara Membuat:
  1. Bersihkan beras dan tanak seperti memasak bubur
  2. Apabila bubur separuh masak, masukkan isi ayam dan kacau rata
  3. Masukkan brokoli dan biarkan lembut
  4. Setelah masak, lecek atau kisar bubur untuk mendapatkan tekstur yang sesuai dimakan oleh anak
  5. Sedia dihidangkan
Info:
Hanya bayi berusia 6 bulan ke atas boleh diberikan makanan pejal. Bagaimanapun, kandungan makanan mestilah ringkas dan berkhasiat.


 

Bubur Yummy

Bahan-bahan:
  1. Sebiji lobak merah saiz kecil (potong dadu)
  2. Sebiji kentang saiz kecil (potong dadu)
  3. Sepokok kecil brokoli (potong kecil)
  4. Sekeping keju cheddar
  5. Secawan susu segar
Cara Membuat:
  1. Rebus lobak merah dan kentang sehingga empuk
  2. Masukkan brokoli dan biarkan seketika
  3. Setelah semuanya masak, matikan api dan tos
  4. Kisar semua bahan yang direbus tadi bersama keju dan susu segar sehingga hancur. Sedia dimakan
Info:
Tubuh menggunakan protein untuk membina sel baru, menyelenggarakan tisu dan mengawal fungsi sel
 
 

Puri Brokoli

Bahan-bahan:
  1. Sepokok brokoli saiz sederhana
  2. Air masak secukupnya
Cara membuat:
  1. Potong kecil brokoli dan bersihkan
  2. Rebus atau kukus sebentar brokoli untuk melembutkannya
  3. Apabila lembut,kisar brokoli dengan sedikit air masak sehingga hancur
  4. Sedia dihidangkan
Info:
Anda boleh menambah sedikit susu badan atau formula ke dalam makanan anak untuk penambah perisa


 

Puri Nasi

Bahan-bahan:
  1. Segenggam kecil beras
  2. Air secukupnya untuk membuat bubur
Cara membuat:
  1. Cuci beras dan masak sehingga menjadi bubur
  2. Kisar halus bubur tersebut dan sedia dihidangkan
Info:
Bahan-bahan mentah yang ingin dijadikan hidangan anak mestilah segar dan kaya dengan zat


 

Puri Lobak Merah

Bahan-bahan:
  1. Sebatang lobak merah bersaiz sedarhana
  2. air secukupnya untuk merebus
Cara membuat:
  1. Buang kulit lobak merah dan potong kecil-kecil
  2. Rebus sehingga empuk dan kisar halus
  3. Untuk mencairkan pori, tambah sedikit air masak
  4. Sedia dihidangkan
Info:
Makanan pertama anak mestilah lembut, halus dan banyak air supaya senang si kecil menelannya.


 

Puri Betik

Bahan-bahan:
  1. 200gram betik (buang kulit dan biji)
  2. 1/2 biji buah oren
Cara membuat
  1. Lenyek atau kisar isi betik sehingga hancur
  2. Perah limau untuk mendapatkan jusnya dan campur ke dalam isi betik yang sudah dikisar tadi
  3. Sedia untuk dihidangkan
Info:
Barli, gandum, oat, daging lembu dan daging ayam kadang-kadang boleh menyebabkan alergi kepada bayi

 

Puri Aprikot

Bahan-bahan:
  1. 4 biji aprikot kering
  2. 2 sudu dadih perisa asli
  3. 1 biji pisang (potong kecil)
Cara membuat:
  1. Potong aprikot kecil-kecil dan rebus selama 2 hingga 3 minit untuk melembutkannya.
  2. Kisar bersama pisang dan dadih sehingga hancur.
  3. Sedia untuk dihidangkan
Info:
Nasi, lobak merah, epal dan buah prun jarang-jarang menyebabkan reaksi alahan atau alergi kepada bayi


 

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...