Friday, July 01, 2011

Pai Ayam (Selera Sayangku)

Info : Lemak & koko dalam coklat mengandungi 38.2%
asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berfungsi
merendahkan paras kolestrol dalam darah.
Bahan - bahan :
  • 120gm tepung naik sendiri
  • 90gm mentega
  • 2 biji telur (pukul sehingga kembang)
Bahan - bahan Inti :
  • 200gm daging kisar
  • 1 tangkai daun sup (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 biji telur (ambil putihnya untuk sapuan)
Cara membuat :
  1. Kulit pai : Gaul semua bahan & uli sehingga menjadi doh. Perap selama kira-kira 20 minit.
  2. Inti : Tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging kisar, daun sup, serbuk lada hitam & garam. Kacau sehingga masak.
  3. Ambil doh & gelek sehingga menjadi setebal 1/2sm. Terap dengan acuan berbentuk bulat. Ambil sekeping & masukkan ke dalam acuan pai mini aluminium.
  4. Masukkan inti & tutup dengan sekeping lagi doh yang sudah diterap & tekan bahagian tepinya supaya inti tertutup rapat.
  5. Sapu permukaan pai dengan putih telur & bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit.
  6. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...