Sunday, September 11, 2011

Kek Keju (Selera Sayangku)



BAHAN-BAHAN :

  • 500gm krim keju
  • 210 gula kastor
  • 125ml krim putar
  • 60ml susu segar
  • 30gm tepung kastard
  • 5biji telur (asingkan putih & kuningnya)
  • 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN DASAR KEK :
  • 150gm biskut digestive (dihancurkan)
  • 90gm mentega (dicairkan)
  • 100gm coklat masakan (dicairkan)
CARA MEMBUAT :
  1. DASAR KEK : Gaul biskut, mentega & coklat masakan sehingga rata. Masukkan ke dalam loyang khas kek keju yang telah disapukan sedikit mentega. Tekan padat & biarkan sebentar di dalam peti ais.
  2. KEK : Putar krim keju, 150gm gula & susu sehingga gebu. Masukkan kuning telur 1 per 1 & putar sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung kastard & esen vanilla. Kacau lagi sehingga sebati.
  4. Di dalam bekas lain, putar putih telur & lebihan gula sehingga kental. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan krim tadi. Gaul sebati perlahan-lahan menggunakan spatula plastik @ senduk kayu.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang berisi dasar kek tadi & bakar selama 1 jam pada suhu 185'C

INFO :
Gunakkan telur bersaiz B untuk membuat biskut kerana telur bersaiz A terlalu besar (biasanya digunakan untuk membuat kek) & saiz C pula terlalu keciil.

No comments:

Post a Comment

Anda Mungkin Juga Meminati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...